MSAM - Minggu Saham Amanah Malaysia

Tahun ini pesta MSAM diadakan di JB. Ada ramai sahabat2 kita yang terlibat. Antaranya siapalagi kalau tak si Esa Itik dari Bursa Malaysia. Sebelum turun JB dia dah inform aku terlebih dulu. Jadi aku pun aturkanlah MG kat JB. Pagi tadi (Ahad) kita orang breakfast sama2 kat bandar JB. Yang ada sekali Kamaluddin, Zulkarnail Zakaria dan aku sendiri. Batan tak dapat join sebab ada kursus haji.
Lepas breakfast kita orang lepak kat hotel si Kamal dah tu jumpa pulak orang kampung dia orang ni - orang Muoa. Makin panjanglah boraknya sampai pukul 2 ptg tu pun pasal si Esa kena jaga booth MSAM pukul 4 ptg terpaksa hantar dia balik hotel.
Sesiapa yang ada kesempatan pergilah ke pameran MSAM tu kat Plaza Angsana sampai 27 April. Ada nasib dapat banglo RM 350K hadiah cabutan bertuah tajaan daripada Pelangi Bhd. Senior2 kita yang kencang2 pun ada sama antaranya Najib Abdullah CEO MIDF, Azmaar Talib - CEO Pelangi Bhd dan Zainuddin Kadir (Toyol) - CEO Prolintas Bhd dan jangan lupa pergi booth Bursa Malaysia ada penyanyi suara serak basah siapa lagi kalau tak si Esa.

Ulasan

Azida berkata…
Salam. Kau orang tak pernah jumpa Dato' Md Zain ke... Last aku jumpa dia... dia pemilik syarikat IMATERA... syarikat IT...
JunglePeople berkata…
salam..sukalah nengok muka Isa kahar tu..dari dulu senyumannya x pernah lekang!!masa main bola pun camtu gak!!

Awal 2009 amat bermakna buat kita..dapt MG dgn Tn Hj Shamsuddin Md Dom...lepastu MG pulak dgn Dr Rahman Mokhtar..yes both of them were in KK...bestnya Tn Hj Sham ada bawakan T-shirt reunion!..dahpun kita bawa ke Bandong tak lama lepas tu..

15 Mac 2009 yg lalu kita alami musibah Mati Hidup Kembali...kita balik dr outstation bila X-trail yg kita pandu tiba2 terbabas dan terpusing terbalik bbrpa kali..kita tak cedera apa2 dan my GM yg duk depan cedera dan luka sedikit..but we lost our A/C Mgr aritu..he was thrown out of the vehicle and succummed to injuries at the hospital...yg kita ingat ialah kita melaung AllahuAkbar masa terbalik tu dan nampak cermin pecah beserta bunyi impak yg dahsyat sekali..kalau nengok keadaan X-trail tu memang x caya masih boleh selamat..maka izinkan kita berpesan agar kekawan semua sentiasa extra careful masa memandu dlm keadaan hujan dgn jalan yg berair dan licin...kita x trauma, cuma amat terkedu masa lihat balu mendiang meraung dan anak yg baru 4 thn tu terpinga2...munajat kesyukuran kita panjangkan kpd Rabbul Jallal yg masih memberi iizin utk kita terus hidup lagi...salam dr junglepeople...
sha'ri berkata…
Chameng, Allah panjangkan usia kita. Sebenarnya semua kita sudah sangat hampir kepada kematian. Mengingati mati itu juga satu ibadah. Ajal kau belum sampai dan Allah panjangkan umur kau. Sama-sama kita ambil iktibar, pandu slow sikit... aku ni pun kadang-kadang kat highway laju jugak bawa kereta. Doakan semua kita sentiasa dalam peliharaan dan belas kasihan YANG MAHA ESA.
Said Ahmad berkata…
Syukur Alhamdulillah kau selamat dan dipanjangkan umur lagi.
Aku kena cepat2lah jumpa kau mcm ni nak minta maaf, banyak dosa dulu masa kat sekolah.
Noorsham berkata…
salam Chameng, bila baca kau punya citer, aku teringat balik apa yg berlaku pada aku bulan Dec lps masa keta aku terbabas kat kawasan Gua Tempurung. Alhamdulillah Allah panjangkan umur kau lg...aku juga. Sama2lah kita beringat yg maut tu mmg amat dekat mcm Dr. Shari ckp. Malah hidup ni dari kita keluar kat dunia hingga kita tinggalkan dunia ni nanti, mcm antara Azan dgn Iqamat jer. Kita dah diazankan masa lahir dulu, sekarang tinggal nak disembahyangkan jer...eee...seram bulu roma aku
Alimor Sipon berkata…
Apa yg berlaku pada Chameng tu adalah musibah yang memberi peringatan ttg siapa yang maha berkuasa. Umur kita yang panjang dah lepas yg tinggal amat singkat. Destinasi seterusnya makin hampir. Itulah hakikat kehidupan yang kita semua lalui.

Eh tak ada siap jawab soalan Azida ke? I ada jumpa Dato Md. Zin (is3 dia Dr. Salbiah, sama batch 77) early this month masa lunch in a hotel in KL. He is still with Immatera ... tauke besar IT tu!
kembara kelana berkata…
salbiah tu aku kenal...mor..sorii kacau kau masa mesy..aku saja call nak sembang...
chameng
lu jaga jaga keselamatn sikit meng, sebab wa tak jumpa lagi sama lu..anyway sama sama maaf ma...apa apa hal jadi sama kita, kosng kosng..ok

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI