Matang dan .......

Apa itu yang dikatakan matang? Itu soalan yang Azida lontarkan pada aku. Aku ingin beri sedikit pandangan dari pengalaman aku yang sikit ini. Matang mungkin bermaksud kita:
1. sentiasa cuba melihat dunia ini secara total, pelbagai sistem fizikal dan metafizikal yang cukup teratur dengan harapan kita dapat ambil pengajaran dan iktibar melalui pemerhatian kita dalam mengharungi kehidupan kita seharian.
2. sentiasa menghisap diri samada apa yang kita lakukan atau telah lakukan untuk ahli masyarakat (bangsa, negara) benar-benar sesuatu yang bernilai, kalau boleh bernilai tinggi, mengikut kehendak dan tuntutan agama. (ask ourselves is this correct, is this right, ... buat sesuatu bukan kerana ia hanya baik tapi ia mesti betul dan benar... lupa.. dan mesti faham kenapa kita buat kerja itu)
3. kita sentiasa membuat keputusan (pilih kerja, pilih rumah, pilih suami/isteri, pilih kawan, atau buat keputusan nak tukar kerja, nak tambah cawangan [oops], macam-macam lagi perkara yang perlu pilihan dan keputusan. Aku selalu beritahu my students bahawa 'life is about choices' - 'to succeed you must make the correct choices/decisions'. Pilihan yang kita lakukan hari ini akan memberi impak kepada komitmen kita masa akan datang, implikasinya, contoh ... kahwin dua... mungkin bahagia, mungkin kaya, ... atau mungkin bercerai dengan pasangan pertama, mungkin anak terbiar, mungkin dan mungkin...
Malalui proses ini lah kita seharusnya menjadi matang dan sepatutnya bijaksana dalam tindak tanduk kita. We become matured and wiser in all our undertakings. We may make mistakes along the way, but we can always rectify, improve, change, and apologise to others, before we become a person who are able to visualize beyond 'kulit luaran'...... sama-sama kita fikirkan.
Itulah sedikit coretan dipagi Jumaat ini yang aku 'curi' masa kerja aku untuk kongsi dengan kawan. Segala yang berlaku didunia adalah ujian dan cubaan, saya cukup yakin... rakan Batch 78 ini semuanya hebat belaka dan telah matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan sepanjang 48 tahun.. (lupa Noorsham baru 46 tahun)... Moga hari mendatang akan memjadikan kita LEBIH matang (apa nak sebut Usop .. lematang ke). Salam dan mohon maaf atas kesilapan dulu dan mendatang.
sahabat seperjuangan
sha'ri
BATC, UTMKL yayasan selangor

Ulasan

Noorsham berkata…
yelah doc...aku muda lagi, jd tak matang sgt mcm korang...hehehe....
kembara kelana berkata…
dah ler tak matang...kuat merajuk pulak..hahahahaha...[ jangan marah syam..]

satu pendapat yang bernas doc.
sha'ri berkata…
Sham, semua matang dan tahap kematangan berbeza, dan mungkin bab Datuk dan Cucu kau lebih matang dari aku..... Yang kurang matang biasanya dia cepat putus asa, dia tidak dapat terima sesutu hakikat kenyataan suatu 'event' . aku lihat kau memang hebat dan matang. Aku doakan bisnes kau berjaya dan membikin kau lematang
hafizah berkata…
Betul tu Shari. Agaknya dulu2 kat sekolah kita belum cukup matang dari berbagai segi. Hubungan kita juga dengan org dewasa tika kita sangat memerlukan juga agak terhad. Saya rasa hubungan kita dengan anak2 kita lebih terbuka justeru itu mereka adalah lebih cepat matang dari beberapa segi. kebanyakan nasihat,larangan atau galakan kita kpd anak2 disusuli dgn rasionalnya.
Tetapi kita dulu agak berdikari juga. Betul atau tidak tindakan kita, pilihan kita, akibatnya kita tanggung sendiri.Alhamdulillah, moga kita semua di bawah golongan org2 yang diredaiNya.
pakroslan berkata…
Sham,
bila masuk baligh? Form 4?
Noorsham berkata…
bagio...tu rahsia!...tp aku kan yg pertama kahwin n dpt anak...jd dari situ kan..aku ingat aku yg terawal masuk baligh kot...hehehe...
Alimor Sipon berkata…
Pembetulan Doc. No.2 tu bukan menghisap diri tapi 'menghisab' diri. Typo error agaknya. Memang sesetengah kita sentiasa 'menghisap' sejak sekolah termasuk aku. Bila nak berhenti tak taulah. On a serius note...menghisab diri tu mengira-ngira, mencongak-congak diri (mcm ilmu hisab or matematik). Syukur kita dipanjangkan umur ke hampir 1/2 abad ni sebab ada peluang 'mematematik diri'. Masa muda sentiasa sibuk tak terfikir untuk berhenti sekejap dan semak kehidupan kita. Umur yg tinggal sedikit lagi ni mestilah digunakan untuk membetulkan apa yang tak betul untuk diri. Jangan lupakan diri kita oleh kesibukan dgn orang lain dan kerja. Bila kita mati, kita bersendirian.
sha'ri berkata…
Betul sangat Alimor, aku dah berhenti rokok lebih 7 tahun. Kau akan rasa nikmat sebenar bila tidak merokok... kan kita jadi bijak dan matang bila kita HISAB diri kita. Terus tingkat 'amal untuk bahagia dunia dan akhirat.
Noorsham berkata…
alleymore....aku ketawa berdekah2 bersendirian baca tulisan kau...hahahaha.....bila nak main golf lagi mcm ari tu? Kau kat mana eh? Dgn TNB kat KL ke?

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

System Tools Part 3