MG di utara tanahair

Salam,

Hari Ahad lps, Shari dan famili dia telah dtg menziarah ke pondok aku kat Sg. Petani. Dia melawat pelajar yg dia selia di Penang tetapi mengambil kesempatan utk dtg menziarah aku. Timakasih Shari kerana sudi menziarah aku yg sgt jauh di utara ni...Sempena kedatangannya, dia juga ada menalipon Dr. Rouse yg dia akan kerumah aku dan bila habis jer waktu keja, Dr. Rouse pun segera ke rumah aku di Bandar Laguna Merbok. Kami berbual panjang, tapi tak sempat buat n hidang laksa johor dan makanan2 yg sedap2 macam kat rumah Azida. Apapun kami seronok dpt berjumpa, cuma lupa nak bgtau pada tok penghulu utara bro Am kita lbh awal supaya dtg ke sp kalau dia bolehlah...the more the merrier..sorry tok penghulu Am..(dia dah lama kat utara ni, jadi aku lantik dia jadi tok penghulu utk batch kita kat utara ni....hehehe)
Insyaallah, kita buat mg betul2 n plan awal2 skit nanti. Ini pun Shari terjun jer sbb bila dia dah smpai kat Penang hari Sabtu tu baru bgtau. Anyway, Shari dah nampak sihat dari sakit 'dengki' dia hari tu syukur alhamdulillah.


Dr. Md Rouse dan Prof. Dr. Shari kat rumah aku


Isteri Shari(kanan sekali) dan isteri aku bersama dua anak aku.

Siapa2 yg nak dtg ke utara...bagitaulah, kami (saya, Dr. Rouse dn Tok Penghulu Am) di utara ni mengalu2kan kedatangan kawan2...mailah...

Ulasan

Said Ahmad berkata…
well done bro!
lebih banyakkan lagi MG kat sebelah utara tu.
aku sekarang tengah kempen nak banyakkan MG kat pulau pulak kesian kat member kita sorang tu tercampak kat tengah2 laut cina selatan.
Sukimin berkata…
sampai hati kau terlupakan penghulu utara tu sham. apa2pun nape penghulu kita sonyap terus????
sha'ri berkata…
Syam, terima kasih kerana menerima kami sekeluarga. Aku seronok dapat jumpa kau dan Dr Rouse, rasa tak puas. Nanti turun KL tengok cucu kau datang lah rumah kita buat MG 'terkejut' macam kat SP tempohari.

Azida, sorrylah hari tu tak dapat datang on 1/2/09. Masa tu masih kurang sihat, badan lemah-lemah lagi. KIta buat MG terkejut kat my house Kajang bila Noorsham datang nanti kot....
Am berkata…
salaam

hmmmm.....den ado lai kek utaro ni..
sonyap sikit, krojo banyak.....sori2.

Bukannya tak kisah, cuma x tahu je.., maybe next time...

sebenarnye, aku ade d sg. petani almost twice aweek but only 2 to 3 hrs je d sana, reorganise a small factory, sorry sham....

I'll catch up with you someday....
mcm haritu...ok
Azida berkata…
Salam. Emm...seronoknya Syam. Shaari dgn Raouse tu banyak cerita ke... atau kau sorang aje yang bercakap....hehehehe...

Sha'ari (rasa macam panggil Sha'ari dalam cite P ramlee.. masam-masam manis pulak...hehehe), nanti MG kat rumah U aje la....
Noorsham berkata…
Azie, sebenarnya kan...aku ni bukan jenis tukang karut mcm si usop, rahman, membar...dll tu. Shari n rouse ni pun 2x5 juga...hehehe. Jadi sbb shari kan tetamu n dia talipon rouse, aku bior dorang sembanglah. tp kalau ada penghulu am, aaarrr...dia ni ada iras2 tukang karut skit...hehehe
Azmanar berkata…
Datok Cham,

Bila aku ke Sg Petani, selalunya sampai kat pagor rumah kau aje. Tak pernah makan lagi.

Sekali lagi aku datang SP, aku nak rasa home-made jemput-jemput udang style utara. Boleh ke?
Noorsham berkata…
man, sorylah sbb bila kau dtg slalunya on a tight schedule. aku tak pastilah kalau wife aku tahu buat jemput2 udang style utara tu, sbb tak pernah dia buat. Tapi kalau warongmade pun is as good as homemade juga if not better. Kalau yg tu aku bole dptkanlah...ok tak?
Azmanar berkata…
Datok Cham,

Kau tau tak berapa kali warong gerai menggunakan minyak masak tu? Selagi tak berwarna hitam macam tar, selagi tu pakai.

Bila mereka beli minyak masak, mereka beli yang paling murah. Biasanya yang paling murah ialah dalam paket. Biasanya yang dalam paket adalah minyak masak RECYCLE dari segala restoran halal maupun tak halal.

Sebab tu kena makan jemput-jemput home-made.
Noorsham berkata…
kau ni ada2 je man...mengada betul. Aku pun suka makan jemput2 udang tu, tp aku sorg jer yg suka. Jadi terpaksalah aku blasah yg warongmade punya. Itu pun tak slalu...bila bulan puasa jer...mengidam setahun sekali...hehehe
Azmanar berkata…
Datok Cham,

AKU DAH SAMPAI KL semalam. Alhamdulillah.

Kita buat jemput-jemput kat rumah bujang Chargeman tu aje.

Resepi jemput-jemput udang utk 5 orang ( aku boleh cover utk 2 orang ) :
> Tepung Gandum 3 cawan
> Air 1 cawan
> Garam 1 sudu kecil
> Telur 1 butir
> Udang Kecil/Besar 300 gram ( jangan buang kepala dan ekor )


Cara menyediakan hantam aje : campur semua sekali dan gaul ( namun sila buang kulit telur tu dulu ah ah ah ).

Cara masak : Letak minyak kacang dalam kuali dan tunggu panas. Kurangkan api. Guna tangan ( yang penuh berkat tu ) dan masukkan sejemput-sejemput dalam minyak panas. Tunggu jemput-jemput jadi warna keemasan. Keluarkan dan letak dalam bakul kecil yang ada tissue tebal supaya serap minyak.

Sos : Tak perlu buang masa. Beli yang dah ready kat kedai.

Akhir sekali : sila makan.

Kalau nak buat cekodok, sila cari kodok banyak-banyak kat sawah dan makan sendiri. Orang Johor makan jemput-jemput aje.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI