Rabu, 4 Februari 2009

Anak Nak Masuk SMSJ

Kepada kekawan yang teringin anaknya melanjutkan pelajaran ke SMSJ kini ada berita baik. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini bahawa Pengetua sekolah berasrama penuh diberi kuasa dengan kuota 20% untuk mengambil pelajar baru sekolah masing-masing.

Lanjutan daripada pertemuan saya dengan GPK 1 SMSJ baru-baru ini beliau ada menyatakan bahawa daripada kuota 20% itu pihak sekolah pula ada memperuntukkan kouta kepada anak-anak bekas pelajar SMSJ.

Dengan itu kepada para sahabat sekelian yang mana anaknya memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan PMR dan berhajat untuk menghantar anak masing-masing melanjutkan pelajaran di SMSJ sila maklumkan kepada saya dengan memberikan maklumat terperinci anak masing-masing untuk urusan selanjutnya.

1 ulasan:

mohdkhirmatnor berkata...

Salam,
Kalau ada rezeki nak juga tapi anak bongsu aku ni baru darjah 5!.
Said, reserve kan buat anak aku.
He..he..UPSR mestilah 5A. Kalau tidak....faham sendiri lah.