Usop Datang Serdang....Bestnya


Salam. Aku seronok hari ni, Usop dan keluarganya sempat singgah rumah aku sewaktu datang melawat anaknya. Tapi aku tak dapat jumpa anaknya sebab anaknya telah di'kidnap' oleh Abakariya....


Abakariya dan isteri pun sempat singgah lepas dari menghadiri kenduri di Putrajaya. Terima kasih....


Seronoknya kami sembang... Walaupun tak puas bercerita, tapi syukur alhamdulillah tuhan pertemukan kami selepas reunion hari tu... Rahman aje yang tak sampai... huhuhuhu...

Ulasan

fati berkata…
Laa...hang pun dah buat mg dgn depa ke.....isy, isy, isy...tak aci sungguh. "Aku tau aku jauh"...hehehe
Said Ahmad berkata…
Ida,
takkan rahman aje yang tak sampai rumah kau, aku pun belum juga tapi tak sebut pun????
saje ajelah jangan mare gurau aje.
hari ni (isnin) aku ada kat shah alam ada urusan tapi tak sempatlah nak terjah putrajaya.
kalau tak kena juga kau belanja aku makan t/hari.
Azida berkata…
Salam. Hehehe... saja le sebut nama Rahman tu.. Kau tau la dia tu Said, asyik kerja aje....

Tak Pe YB, kau janji nak datang 1 Feb kan? Nanti aku uruskan alamat dan pelan ke rumah. Fati akan tolong maklumkan.

Fati, nanti aku emelkan... busy dgn diri sendiri, tak sempat lagi nak betulkan pelan ke rumah tu...
rahman berkata…
Ida..bukan aku tak mau mai, tapi cuba camna sekali pun,..memang tak free sungguh masa tu. Ampunkanlah aku.

Wah wah wah..Tok Penghulu Rompin..mentang2 aku takda, kan main kau, baju kuning..kerabat di raja Pahang..Untungnya kau sop dijamu makanan yg lazat masakan si ida ni. Memang jeles aku tapi takpa, sebab kau sedara aku..aku redha.

Hello, ni mamat mana pulak yg tumpang jeles ni ida oi. Sudahlah kau Said, jangan kau nak cemburu pulak. Jaga Meha tu baik2.Relax bro.

Fati.."aku tau kau jauh"..habis nak buat camna kan! Tak dapet den nak menolong. Kau tanyalah Abg Rosli dan kau fikirlah sendiri.

Ida,..ini..syam tak tau ni, kalau syam tau abis...
Azida berkata…
Salam. Hehehe... Haah ya, lama Syam tak muncul... mana dia ek?

Nanti 1 Feb.. Rahman Camnapun mesti Rahman dulu hehehe), Member, Sukimin, Abakariya, Sha'ari dan lain2 jejaka yang berdekatan tu datang le ye. Memang le Fati sebut ladies day out...sebab untuk ladies mesti datang... Yang lain2 tak sebut tu... harap dapat dtg, tapi satu aje... tolog confirm dgn Fati sesiapa yang sudi nak dtg tu.. sebab nak budget makanan...

Man, YB tu ngusik kau... masa sekolah dulu mana dia pandang org lain selain Meha.. hehehe... kita aje yang malu2...
Said Ahmad berkata…
Man,
Gua ok bro. Tak jeles pun...........
Eh. bila trip kita ke KK nak terjah si Caming tu???
kau senyap aje lambat2 nanti mood dah hilang pulak bro.
kembara kelana berkata…
bawak bertenang
perjalanan pada 10 dan 11 januari itu hari amat meletihkan.

aku mengucapkan terima kasih kepada azida sekeluarga yang menyambut kehadiran aku dan bak sekeluarga dirumahnya, aku amat terasa dihargai.

azida, kau memang orang muo, garang tapi baik hati..suami kau pun steady

bak, payah nak cari kawan macam kau..kau dan isteri serta anak anak ..tidak akan aku lupakan.

kepada kawan kawan lain,
terima kasih kerana usikan disana sini, menjelang kedewasaan ini , aku berharap sudi sudilah kita saling ziarah menziarahi antara satu sama lain...alamat, email dan telefon semua telah kita miliki, kalau ada kesempatan kita gunakanlah ruang masa yang ada selamanya..

aku..minta maaf kerana menyusahkan. aku ni orang susah dan orang jauh. Jalan kat KL pun aku tak berapa tau..semoga kita berjumpa nanti.

Salam
Noorsham berkata…
Somebody is pulling my leg eh? man, azie..aku ada di sini...jauh di utara ...sob..sob..sob...apa nak buat. Mengembara cari rezeki..dari Johor ke UK...balik Johor, lps tu ke KL sekejap...kemudian ke Kuantan, lps tu balik Johor smula...skrg ke utara plak, lps ni tak tahu plak nanti nak pegi mana lagi. Usia dah menjengok waktu ptg, org lain dah kira menghabiskkan kerjaya masing2 tp aku baru nak mula yg baru. Jeles tu mmg jeles tgk kau org seronok berkumpul ramai2 ...tp sebenarnya aku juga tumpang rasa gembira melihat kawan2 dapat berjumpa...nnti di masa lain aku plak jumpa2 kau org ya...
mohd noor berkata…
Sham, aku tau aku jauh.......(pinjam kata2 Usop)..
kembara kelana berkata…
aku tau aku jauh....hahahaha, mat khir kau menang nak kena sekeh dgn aku. pinjam ke perli

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI