Angkara Siapa Ni?


Asalnya begini....


Mula-mula ada 1, 2, 3, 4 dan 5 tangan. Yang satu tu macam tangan junior aje.

Hmm.....tambah lagi

Perjalanan diteruskan tapi dah kurang satu tangan. Yang junior dah surrender

Brrppp!!! Alhamdulillah.

Nasi briyani berlaukkan kambing yang kelihatan dan sememangnya menyelerakan dihidang di dalam dulang. Tau ajelah pak arab punya mesti power. Mertua lalu kat belakang sahlah tak akan nampak. Tak cukup dengan apa yang dihidang di dalam dulang tersebut, ditambah pulak dengan semangkuk lauk kambing lagi. Sap, sup, sap, sup...... Tetiba tak semena-mena sejurus selepas itu, semua selesai! ..... Jap tadi ada, sekarang dah tak ada. Ibarat macam ada David Copperfield atau macam dalam rancangan Fuyo Magic. Bukan hidangan dalam dulang tu aje yang selesai, malah kueh kole kacang dan kueh lapis kat tetingkat tu pun mangsa dighaibkannya sama.

Ulasan

Azmanar berkata…
Apraaa!!!!!

Korang tak patutlah. Tak tinggalkan aku sikit pun.
kembara kelana berkata…
tu mesti kat rumah pak arab syed mohamad al hadad tu...sah.
Sukimin berkata…
Aikk...kau kat arab sana kan banyak makanan stail arab tu man. Tak yah lah simpan untuk kau. Tapi sebenarnya bukan makanan tu yang penting, yang lebih penting ialah makan dengan geng-geng......betul tak man
g berkata…
Wah, enak ee koyok mangan sego ambeng :)
JunglePeople berkata…
kita ada pengalaman dijemput ke rumah Pak Arab di mekah dulu..cara hidangan mrk memang cukup lumayan..kita di hidang satu pinggan besar nasi minyak yg menggunung yg ada seko ayam di tengah2!!! Dahtu..ada lagi daging kambing besar2 lengan...aduuhh..berjam2 kita cuba 'meratah' atas dasar hormat kpd tuan rumah...satu pengalaman yg amat sgt mengenyangkan!!!
Azida berkata…
Salam. Chameng, Kita cuma nak tanya.. kau dapat habiskan daging kambing dan ayam tu ke? Hehehe... salute kau.. menghormati tuan rumah.
Azmanar berkata…
Sukimin,

Kau memang sakat aku. Aku bukan boleh tengok aje. Mesti kena rasa jugak. Memang betul. Makan dengan geng baru sedap. Bila aku sampai Malaysia, kau dan Mimbar jangan lari.

Chameng. Arab pandai masak kambing. Dan daging kambing lebih sihat dari daging lembu. Tapi yang buat Arab gemok-gemok ialah banyak minum PEPSI.
rahman berkata…
Min..dosa kau buat kita org macam ni .. Dah makan kao kao baru nak posting gambar kat blog..Ada ke makan kambing tak ajak..

Bar..kalau teka bola..aku pernah la cuba..tapi teka tangan..emmn..tak pernah dibuat dak orang..pening..pening

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI