Terima Kasih Kepada Semua

Selaku penggerak utama majlis RA30Y saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas kehadiran dan sambutan yang diberikan. Adalah diharapkan semua yang hadir berpuas hati dengan apa yang terdaya dilaksanakan. Sejuta terima kasih juga kepada mereka yang telah membantu lebih awal lagi untuk menjayakan majlis ini antaranya saudara Yusof Mohd, Kamisan Mat, Sukimin Juki, Member Siraj, Noorsham Yusof, Shaari Yusof, Md Noor Md Roos, Hishamudon Mahfar, Rahman Mokhtar, Roslan Sukeimi, saudari Fatimah Hashim, Latifah Saubi, Azida Aziz dan yang lain2 yang saya mungkin terlupa untuk menyatakan di sini. Kejayaan majlis ini adalah hasil kerjasama saudara-saudari sekelian dan ini jelas menunjukkan ikatan silaturrahim kita masih kekal utuh walaupun telah lebih 30 tahun berpisah. Adalah diharapkan ikatan ini akan kekal utuh dengan lebih kuat lagi selepas daripada majlis reunion ini untuk selama2nya.
Maaf sekiranya ada apa2 kekurangan atau kecacatan pada majlis reunion ini yang mana ianya adalah tidak dirancang atau diduga sama sekali. Silalah berikan komen atau pun cadangan agar dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat2 yang telah memberikan sambutan kepada majlis ini dan diharapkan akan terus berhubungan di antara satu sama lain dan diharapkan akan terus mengekalkan tali persahabatan ini dengan mengadakan perjumpaan2 kecil di tempat masing2.
Akhir kata terima kasih dan jumpa lagi di reunion yang akan datang dan selalu2lah melewati blog ini.
Jumpa lagi di Reunion II 50 Years Old 2011

Ulasan

kembara kelana berkata…
aku juga berterima kasih kepada kau.. yang paling menarik..ialah songkok tinggi kau tu..macamana tiba tiba kau ada songkok ed..betul macam YB lah bang
Said Ahmad berkata…
songkok tu.ahaaa.......
aku akan cari satu untuk kau. apa saiz kau?
nanti lain kali kalau kau kena wakilkan aku untuk melawat kawasan kenalah pakai songkok tu.
kembara kelana berkata…
ramai setuju dgn reunion 2011 tu..kita akan teruskan ..aku akan sokong kau ed..sebab ada kawan akwan kita yang tak berpeluang hadir dapat hadir..
Said Ahmad berkata…
kita akan mulakan perancangan awal agar semua dapat hadir dan juga mereka yang belum kita temui pada RA30Y.
perlu lantik ajk agar perancangan berjalan lancar.
kembara kelana berkata…
ed...
JKuasa sempoi jer, macam kita ni ..janagn heavy2 mikir bab JK..kau ada kuasa veto, kelas kau kimin aku mimbar..dah power...dah tu, e1, e2, m2...kaun pun dah nampak sapa kan..
kalau nak buat kat rompin aku set up hotel..kambing, ikan, udang galah..siap ada boating lagi..
Sukimin berkata…
terima kasih dan syabas pd kau said & famili yg aku rasa sangat komited. Hmm.. Kalau kita reunion umur 50 tahun ada 1 mamat tu tak cukup umur hehe. Kau guna kuasa veto kau la beri permit pd dia wpun under age
Noorsham berkata…
aku baru dpt tgk n respond pd blog. Tmksh kpd YB dan semua JK di atas usaha terhadap kejayaan reunion yg pertama ini. Yg paling best ialah usaha2 menjejaki kwn2 yg tak tahu di mana mereka dn dpt mengesan mereka utk mengajak mereka hadir di reunion ulung ini. Aku juga rasa amat terharu dgn kedatangan Norlila dn keluarga dan sama2lah kita doakan kesihatan yg berkekalan utknya.

Tp aku skrg sedih sbb tak layak utk menghadiri perjumpaan yg akan dtg disebabkan tak layak utk hadir...sob..sob..sob..xperlah, nnti bila aku dah layak aku buatlah gathering lain utk siapa yg nak join...
pakroslan berkata…
Salam,
Menyambung sirahtulrahim(Reunion) dan sedekah(Surau) adalah sesuatu yang terpuji.. Tahniah
Said Ahmad berkata…
untuk si noorsham aku beri kebenaran dengan syarat dia datang dengan cucu2 dia sekali untuk 50Years Old Reunion tu........
kita lihat siapa pula yang ramai cucu masa tu. amacam????????
JunglePeople berkata…
Syabas pd semua nadi penggerak Reunion 1312 & Reunion 50 tahun memang bertepatan - kira Jubli Emas tukan? Semoga semua kekawan dipanjang umur & rezeki & 2011 nanti dpt full quorom kehadiran.
Disamping kita senua meniti liku2 kehidupan menjelang tiba usia emas,izinkan kita share nasihat drp mereka yg lebih ahli iaitu "sentiasalah kita cuba merenung yg banyak utk melihat yg Satu & merenung yg banyak utk melihat yg Satu"..Wallahualam.
JunglePeople berkata…
OOps ayat yg last tu tak ngam..patutnya- merenung yg Satu utk melihat yg banyak...
Azida berkata…
Salam. Setuju sangat dengan 2011.. dgn syarat buatla dekat sikit... PD ke.... Melaka ke... jangan pulak buat musin haji ye.... Untuk Syam, ok je... Syam, jangan peduli dia orang tu. Dia org jeles sebab dah 50 waktu tu...

Syabas pada semua yg telah bekerja keras...
sha'ri berkata…
Wah.. korang dahsyat lah.. Reunion50 memang 100% setuju. Noorsham .. kita suruh dia isi borang permohonan dulu before kita bagi dia join kita. Jangan marah brother.
Noorsham berkata…
tul tu lah azie..nak ajak dtg tp nak suroh isi borang permohonan plak...mcmana nak join the 50's club kalau dah mmg umoq aku blum 50 lg...hehehe...kalau kena bwk cucu baru bole join...yg tu aku setuju...hehehe...the datos' n datins' club....
Sukimin berkata…
haha kesian noorsham. Kau kena ingat syam yang kau ni bukan aje lahir lewat setahun tapi bulan kau pun hujung tahun.....malah tarikhnya pun dekat2 hujung bulan. Hmmmm....dekat 2 tahun juga beza umur kau dgn stgh2 dr ahli 'born in 1961 but still goin strong'. Apa2 pun happy 46th birthday sham (in advance). Ni aku dah smp kinrara dr jb and tgh mkn kat kedai mamak bk4
fati berkata…
Tahniah...sebenarnya tak ada kata-kata yg sesuai yg dpt dinukilkan utk menggambarkan penghargaan kami semua terhadap usaha kekawan yang bertungkus lumus menjayakan reunion lalu....
ZULKARNAIL berkata…
Tahniah YB Said,GB Sukimin dan lain-lain. Walaupun x dapat bersama pada dinner tetapi aku rasakan kehangatan dan kemesraan di kalangan kawan2.Semoga RA50 nanti aku dapat bersama-sama.....
"Freinds Are Forever"

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI