Sekali lagi aku memenuhi permintaan Bagio (Pak Roslan) untuk n3 baru. Setelah ditimbang2kan aku pun mencari idea untuk n3 baru sedangkan malam tadi baru saja aku n3 kisah Tenaga Kerja Asing. Itu pun setelah melihatkan Administrator blog ini terlalu sibuk dengan urusan seharian dan pening2 lalat.. Nanti jika beliau telah selesai urusannya maka aku pula berehat. Kali ini aku nak cerita tentang hal Peria. Peria yang aku maksudkan bukannya lelaki tetapi sayur yang kebanyakan kita tidak mengemarinya. Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya. Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protin, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Jenis peria yang digunakan adalah peria yang dipanggil oleh kebanyakan kita orang Melayu peria katak. Ianya bersaiz kecil. Banyak dijual...
Ulasan
tolong ceramah sikit kat rahman, said dan norsyam..tajuk: bagusnya membeli air botol sendiri..kau diberikan peluang 10 minit, sebab minit ke 11 tiga mamat ni akan hilang
aku tak jamin dia mampu mendengarnya dan mudahmudahan ceramah sahabat lama macam kau akan lebih menginsafkan depa
jgn dengo ckp usop tu ji..kalau aji bg ceramah tu pd kami...silap2 aji kena baling dgn botol...hehehe..jgn marah, gurau jer...tp kalau topik yg dicadangkan hari tu, kami semua akn beri penuh perhatian. Lps tu jgn lupa nak bagi kami ayat2 yg kami bole amalkan utk tiup kat org yg kat rumah tu skali...hehehe
Syam..Bab Ucop ni...aku cadangkan Mr Paul Jogging yg ceramah dia sebab aku tgk janggut Si Paul ni dah beralih ke dia.
Ida..aku tu le kau tak main tiup2..kau tgk je gambar kau tu..org tasbih kat jari kau pakai buat rantai..padan tiup camna pun kau boleh tepis..(hehe..jgn marah da..)