Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Saya, isteri dan anak2 dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan2 serta keluarga masing2 dan kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman masing2 dan memandu berhati2lah ketika di jalanraya. Doakan agar rakan2 kita yang sedang menunaikan fardu haji kali ini agar mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapat menunaikan amal ibadat di sana dan memperolehi haji yang mambrur dan selamat kembali kelak.
Kepada rakan2 kita yang masih belum dapat dikesan, lipat gandakanlah usaha kita bersama agar kita sama2 dapat bertemu kembali pada 13 Disember yang akan datang.
Kepada rakan2 kita yang masih belum dapat dikesan, lipat gandakanlah usaha kita bersama agar kita sama2 dapat bertemu kembali pada 13 Disember yang akan datang.
Ulasan
Aku juga mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua rakan2.
......SAHARA MAZABA......
Salam "pengenalan semula" untuk semua.
Utk yg menyambut Raya Haji - Selamat Beraya & kalau bawak keta laju, jgn lupa check brake. Kalau bawak slow..takpa check le anak2 selalu.
Utk yg buat korban - daging lebih bawak ler ke reunion, boleh barbecue
Utk yg nyambut Annv Kawin - (ada 4-5 org tu kan termasuk abg Rosly - cam kenal aje) Congrats..selamat Ulang Tahun - kau org boleh stayback kat hotel tu utk additional honeymoon. Kasi room no, sebab paparazi kita cukup utk cover kau org live. Nak discount - mintaklah sama YB
Yang takda anak atau ada 2-3 org tu..kena ambil kesempatan belajar dari Syam ilmu dia. Harap2 Syam boleh buat demonstrasi live (jgn marah Syam & jangan tak ajar pulak)
Mintak ampun & maaf sekiranya ada kesilapan.
man lepas reunion aku balik muar, lepak kat sana aku nak makan 5 benda, mee bandung, asam pedas ikan sembilang, apam balik kacang merah dpn bus stand, rojak petis dan putu piring jalan khalidi..nak join jom..
Itu satu idea yang cukup geliga. Harap2 aku free. Tapi, why not... Setakat nak escort kau jalan2 cari makan kat Muar ni takda hal la.. Aku tambah satu lagi..Murtabak Singapore kat Petronas, Tg Agas..tu pun mengancam jugak!!!
Tapi bole ke kau perabis semua ni...