Pengalaman yang sangat traumatik untuk dikongsi

Salam kawan2 semua. Semoga Allah memberkati hidup korang dan keluarga di tahun baru hijrah ini. Aku nak kongsi satu pengalaman yg berlaku kedua kalinya dalam hidup aku yang sangat2 traumatik.

Pertama kali ia berlaku ialah selepas form 5 dulu masa aku menaiki keta yg dipandu bapak saudaraku semasa hendak menjalankan majlis pertunangan abang aku yg sulong dari jb ke Dungun. Masa tu bapak saudara aku yg memandu keta dan keta terbabas dlm hujan lebat n masa tu bapak saudara aku mmg mcm tgh racing dgn satu keta lain n bila sampai ke satu bahagian bukit2 yg banyak selekoh sebelum Kuala Dungun keta telah terbabas dan tercampak ke tepi bukit. Alhamdulillah masa tu aku tak apa2...juga dgn sedara2 aku yg menaiki keta yg sama.

Hari Sabtu yg lps(hari kelahiran aku-tima kasih usop di atas posting ucapan kau), aku mendapat berita dari anak aku di KL yg nenek pada menantu(isteri anak aku tu lah) telah meninggal dunia pada ptg Sabtu tu. Oleh kerana nenek menantu aku tu menjaga dia masa kecil, jd dia sgt rapat dgn nenek tu sehingga di panggilnya nenek dia tu mak dan mak dia sendiri mama. Masa nak bertunang and kahwinkan anak aku dgn menantu dulu, nenek tu lah juga yg sibuk dgn perancangan yg dilakukan sehingga aku suami isteri agak rapat dgn dia. Jadi bila dgr dia meninggal dunia kami pun pergilah ke KL ptg Sabtu tu utk menghadiri pengkebumian dia pada hari Ahad pagi iaitu semalam(Sukimin ada sms mengucap hapy birtday masa dlm perjalan tersebut dan aku ada memberitahu dia yg aku otw ke KL). Selesai pengkebumian, kami berehat di rmh anak di Puchong n ptg kami pun bertolak balik ke Sg. Petani. Dalam perjalanan, hujan telah turun semasa masuk ke kawasan negeri Perak dan aku telah berhenti solat dan berehat di Tapah n dlm puku 6 ptg lebih aku pun menyambungkan perjalanan semula. Masa keluar dari Tapah tu hujan dah mula agak lebat dan semasa sampai di kawasan Gunung Tempurung hujan bertambah lebat.

Semasa menurun dari kawasan Gunung Tempurung tu di km 299.6 semasa hendak memotong satu bas tiba2 aku rasa keta isteri aku yg aku pandu (keta Gen2, keta aku masuk workshop sbb terlanggar objek kat highway minggu lps)dah tak bole dikawal dan aku cuba tekan brek pelan2 tp tak dpt nak kurangkan kelajuan keta atau kawal keta. Apa yg aku bole buat cuma pegang stereng kuat2 tanpa memusingkan ia kemana2 arah dan menunggu apa yg akan berlaku. Dalam sekelip mata, keta telah berlanggar dgn center divider dn berpusing dan aku dalam sedar melihat keadaan di luar keta berpusing menggeliling aku dan dlm hati aku seakan berkata yg adakah aku akan mati? Nak katakan aku panik tak juga, cuma aku mcm rasa terkejut dgn pengalaman tersebut dan aku sempat lihat satu keta putih lalu tepi keta yg aku ingat aku dah berlanggar dgn dia n dlm sekelip mata keta aku berhenti dan aku mcm stun sekejap di tempat duduk. Aku langsung tak sedar atau dengar isteri dan anak2 kat belakang menjerit semasa keta tu berpusing dn berlanggar dgn divider, cuma kemudian tu aku semacam tersentak
bila dgr isteri aku suroh keluar cepat2 n aku cepat2 bukak pintu keta n pegi ke arah belakang keta utk dptkat anak2 aku utk dikeluarkan dari keta sebab masa tu asap mcm keluar dari enjin keta(sebenarnya wap dari radiator yg pecah) dan aku sedar yg keta aku berhenti kat tepi center divider menghala ke selatan!). Setelah mengeluarkan anak2 dn isteri dan membawa mereka ke tepi jalanraya dan meletak mereka di sebelah luar divider tepi jalanraya tu supaya mereka dihadang oleh divider, aku pun cepat2 berlari menghala ke arah kendaraan yg dtg sambil melambai2 suroh dorg perlahankan kenderaan sebab takutkan nanti ada secondary accident berlaku kerana keta aku tu terberhenti kat lane laju tepi central divider. Lama juga aku melambai2 sambil berlari2 lebih jauh dari keta aku sbb takut kendaraan yg sampai tak sempat brek n melanggar keta aku, sehinggalah keta2 dah mula berhenti dn keta2 yg dtg dari atas bukit mula perlahan sbb tgk keta2 dah byk berhenti n bila dah mcm tu, barulah aku dptkan anak2 dan isteri aku kat tepi jalan tu n masa tu aku baru pastikan betul samada mereka ok ke tidak sebab masa keluarkan mereka aku tgk dorg okay jer termasuklah diri aku. Alhamdulillah, kami sekeluarga tak apa2 dan Allah memang nak panjangkan umor kami lagi.

Bila aku pikir2 balik kenapa keta aku skid..aku bawak mcm selalu aku bawak keta Chevrolet Optra aku yg ada ABS n traction control bila dlm hujan dalam lebih kurang 100km/j. Mungkin masa potong bas tu n turun bukit aku tekan minyak sikit n masa tu keta tu hilang kawalan. Jadi aku rasa utk keta2 biasa, tak boleh bwk dlm lingkungan 100km/j atau lebih bila hujan lebat esp bila turun bukit. Polis yg amik report kat Kampar kata kat kawasan tu mmg bahaya esp bila hujan n byk kemalangan dah berlaku kat situ. Bila satu kwn isteri tu tipon, rupa2nya dia pun pernah terbabas dkt kawasan situ dlm km 310 gitu.

Apapun aku bersyukur pada Allah kerana aku dan keluarga tak apa2. Korang berhati2lah bila bawak keta juga ok.

Ulasan

kembara kelana berkata…
sham
ngeri baca pengalaman kau...namun hujung citernya, kau selamat dan aku harap ini akan memberikan kau pengalaman yang bermakna dalam hidupkau, jadikan pengalaman itu sempadan dan iktibar. selamat syam selamat
Azmanar berkata…
Salam alaik,

Syukur kau dan keluarga selamat.

Semoga Allah menghindarkan kita semua daripada segala bala pada masa akan datang.
fati berkata…
Alahamdulillah kau sekeluarga selamat. Aku baru nak wish kau happy belated birthday bila buka blog ni. Insya Allah pengalaman kau ni akan kami ingati smpai bila2 sbb kami pun dok ulang alik jln tu jugak bila balik ke Perlis. Kirim salam kat orang rumah kau dan anak2....
Noorsham berkata…
tq usop, azman n fati. Pengalaman ni memang akan aku gunakan utk akan dtg. Aku kongsi ni sbb aku bila bwk keta slalunya memang berhati2 n tak sangka ia bole berlaku pada aku. Bab leka n tertido masa bwk keta mmg aku jauhkan. Tapi bila dah jadi, tentu ada hikmah dia. Yg penting orang selamat, keta tak selamat takper...tu bole dptkan ganti. Mcm Azman ckp, kita doakan kita sume tak perlu melalui pengalaman ni lagi di masa akan dtg.

Aku perasan dlm suratkhabar Star hari ni ada org amik gambo n hantar n dimasukkan dlm paper di ms N39...
JunglePeople berkata…
Kita pun pernah nyaris masuk gaung masa turun bukit..masatu hujan lebat..masa cornering drove over a puddle of water..the keta macam melayang atas angin!! kita terbabas ke tepi & nasib gak ada gravel stones yg stop de car...jd sbg peringatan utk kita semua..kena extrraa careful masa mandu dlam hujan, esp di jln berbukit..kalau keta rengan lg nak jaga..masa kejadiantu mrk di belakang dah tinggal menjerit je..jd kita dpt rasa apa yang Norsham & famili alami...hanya ucap Syukur yg mampu kita katakan utk Norsham & famili...
Said Ahmad berkata…
Sham,
Dapat tahu this month aje kau dah dua kali met an accident.
Just a kindly reminder, be careful.
Syukur kau dan keluarga tak apa2.
Am berkata…
salaam sham,

Syukur smuanya slamat, sham.

Bersama2lah kita bersabar dlm menjalani kehidupan yg penuh mencabar ini...........

'Along with every hardship is relief..'

So, take good care of yourself and your family.....
mohd noor berkata…
Salam Sham,
Syukur Alhamdullilah semuanya selamat Aku baru aje bukak blog pasal cuti balik kampong.......
Azida berkata…
Salam. Syam, aku cuti lama... baru nak buka blog, baca pulak cite kau ni.. Ngeri betul. Syukur kau sekeluarga selamat...

Sempat lagi nak ucap Happy birthday kan... Semoga panjang umur, murha rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat...
ZULKARNAIL berkata…
Sham,

Syukur kau sekeluarga selamat.

Aku juga pernah mengalami keadaan lebih kurang macam kau ketika balik ke JB selepas menghantar kedua-dua orang tuaku menunaikan fardu haji tiga tahun lepas,

Tayar belakang kereta aku pancit. Tengah malam dihighway Plus dekat Yong Peng.

Perkara yang utama yang perlu dilakukan apablia berlaku kemalangan di highway dan kereta stranded di tengah atau tepi jalan ialah pastikan semua ahli keluarga hendaklah keluar daripada kereta.

Anyway selamat menyambut maal hijrah, semoga kita semua dihindarkan daripada gangguan iblis dan syaitan.
Dan selamat hari lahir.
sha'ri berkata…
Brother, takut aku baca cerita kau tu. Anyway take care and lets pray that all of us are protected by Allah all the time.
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah.. syukur korang okay..

pengalaman ssebaik guru, berhati2 selalu.. terlebih pd pmandu yg sbuk sms'g n calling masa driving... huh, bengang bl nmpk mcm tu..

xsayang nyawa gamaknye!

anyway, thniah krn anta mmandu dlm had -

hee..

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI