Noraini Samin
Petang tadi, Fati chatting dgn aku minta carikan apa berlaku pada Noraini Samin pas tu Kimin plak sms. Masa tu aku baru bangun tidor. So lepas mandi aku siap2 la nak g ke Bakri untuk menjejaki kawan sekelas aku ni...guru pakar dan guru cemerlang SMS Muar. Dah beberapa kali aku hantar sms kat dia tapi tak pernah balas. Kadang2 aku terfikir mungkin darjat aku dengan kawan2 aku ni tak sama, aku kat bawah mereka di atas tapi atas nama persahabatan aku padamkan aje fikiran2 mcm tu. Dalam perjalanan ke Bakri, aku sempat menelefon kawan aku d TNB Batu Pahat untuk bertanyakan Abu Hashim Hasan. Bila aku sebut nama Abu Hashim dia terus kata "budak yang pakai cermin mata tebal tu ke?" aku kata ya lah. Dia kata unit di mana Abu Hashim ditempatkan telah dibubarkan dan pekerja-pekerjanya telah ditukarkan di beberapa tempat termasuk KL mulai bulan Dis 08. Frust aku bila dengar macam tu tapi dia janji akan carikan di mana Abu Hashim.

Sampai Bakri, aku cari Noraini dirumah ibubapa dia dan jiran dia maklumkan aku dia telah berpindah tapi tak tau kat mana rumah baru dia. Namun aku bernasib baik kerana tempat aku tanya tu ada kad jemputan abang Noraini dan disertakan pulak no tel. Aku tel la abang dia tanya kat mana rumah baru dia, dia bagi aku arahnya dan aku terjah la kesana, tapi hampa kerana Noraini dah keluar pulak. Aku return semula selepas 1 jam dan alhamdulillah dia ada di rumah. Sempat la aku sembang dgn dia 30 min, pasal dah dekat maghrib aku kena beredar dulu. Dia tak dapat bersama kita pada 1312 ni pasal sibuk sangat kena tanda kertas peperiksaan takut nanti ada anak2 kawan kita yang SPM tak keluar result plak. Kepada kawan2 yang nak terjah rumah dia silakan la di no.5, Jalan Seri 10, Taman Sri Bakri 3, Muar. dan mana2 yang rindu nak tengok gambar dia, ni lah rupa Noraini Samin....guru pakar dan cemerlang tu...

Sampai rumah dah jam 10 malam, dan aku terima sms no tel kawan kita Abu Hashim Hasan. aku terus tel dia tapi dapat cakap sekejap je, pasal bateri phone dia habis atau pasal malam Jumaat ni..........? Jadi kawan2 yang nak bercakap dengan Abu Hashim boleh la hubungi dia ... 013 7727826. Tu je la maklumat kawan2 kita yang dapat aku cari untuk kawan2 sume.
Ulasan
syam kau jangan sebut gelaran aku ikut suku kata plak nanti, lain tu...