Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF
Seuatu yang indah itu seharusnya dikongsi bersama. Ini ada beberapa situasi yang patut dijadikan renungan bersama agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ....
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1.
utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2.
utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3.
utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4.
utk pakaian kita yang dah tak muat,
krn itu bermakna kita cukup makan.
5.
utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas ,
krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6.
utk bunyi bising jiran²,
krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7.
utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok,
krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8.
utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9.
utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.
utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
Ulasan
itulah yang dikatakan keindahan yang terselubung, mengintai gembira di sebalik keresahan. Biasanya azida, bila kita kehilangan sesuatu baru kita menghargainya. TErima kasih ringankan jari memasukkan sesuatu untuk kita kongsi bersama
Azida
Syukurlah kesedaran masih ada kat kita.
Aku ni rukun islam ke 5 belum daftar lagi. Kalau nak ikut dah lama pergi dah tapi hujung tahun buat modal bayar yuran sekolah.
Bila baca entri kawan2 aku rasa nak daftar ASAP.
Kau Azida ada bakat seni. Ingat Usop aje.Power Sop , Azida ni!.Satu lagi Norasyam. Tahniah. Aku ni lurus bendul.
Berjumpa kita pada 1312 nanti.
boleh tambah tak? kena bersyukur walaupun kita terlajak simpang sebab boleh pergi minum cendol...itu bermakna kita masih boleh berfikir dan masih tahu
dan tambahkan lagi syukur tu kalau beli extra dan jadikan buah tangan bila ziarah kau kat umah.
sama ler dengan aku khir, bila simpanan dalam LUTH baru sampai india, dah kena balik ke KL semula sebab aku draw nak nyekolahkan anak. tak per ada rezeki ada nanti,
azida nak nambah,
kalau sampai muo nak beli apam balik isi kacang kacang merah, tengok apam dah habis, bersyukurlah kerana duit kita tak luak, kalau nak ke tanjung emas nak makan roajk petis muo, tengok kedai tutup, bersyukurlah sebab selamat duit kita sekali lagi..
bab syukur yang merapu...hahahaha
When I read Dr. Covey's book the seven habits of highly effective people, I was much impressed and affected by it...this in essence is one of the habits....
Sop...citer kau sama jer dgn aku, tambah lagi bila ada 12 anak...skrg ni bila nak buat bisnes ni...lagi plak, habis sumer simpanan yg ada...insyaallah kena start balik...tak nak ler pegi haji bila dah tua2 sgt kan...amacam kalau kita plan ramai2 sape yg belum pegi utk pegi pada tahun yg sama...katakan dlm masa 3 tahun dari sekarang...mesti seronok nyer kan...