MASIH KAH KAU INGAT WAJAH INI?

hanya sempat ambil gambar nie jer.......untuk kawan-kawan smua.
Hari ini sebagaimana yang aku janjikan semalam dan meneruskan usaha Roziah untuk mencari rakan kita ...... Jasmani Karimin. Malam tadi aku dah merangka apa yang perlu aku buat hari ini untuk mengesan rakan kita di tempat kerja yang diberikan. aku bernasib baik melalui carian di web, telefon dan dia kawan2, mereka mengesahkan Jasmani memang bekerja di Harta Packaging. 11.50 pagi aku bertolak dari Batu Pahat ke Parit Raja. aku sampai di sana jam 12.10 dan dimaklumkan pekerja sedang berhenti rehat, ini lah masa terbaik untuk mencari rakan kita dan lebih memudahkan lagi Jasmani berehat di kawasan dalam sahaja.
Akhirnya dengan bantuan guard aku dapat juga bertemu dengan Jasmani, baru selesai makan tengahari. Bila aku tanya Jasmani ke? dia tak cam aku lagi, tak pe, kita rakan sekolah baru dia perasan. Disebabkan masa terlalu suntuk aku hanya dapat call Usop je, Sukimin aku takut nak call sebab takut dia tengah periksa, tapi dia call aku juga malangnya aku dah kluar dan Jasmani dah mula kerja.
Tak pe aku dah kata dengan Jasmani bila dia free, call jer aku, aku akan datang cari dia di rumah dia. Insyaallah akan aku usahakan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai dia. Insyaallah kita dapat bersama pada 13.12 nie........
Ulasan
Boleh kasi tau..termasuk Jasmani ni dah berapa kawan2 yg kau dah berjaya terjah? Kalau kena penangan kau dengan research yg cukup mantap..siapa kena memang tak bernafas beb! Jasmani tu sampai terkedik kau buat..terkejut ke apa dia tu? Syabas
Terimakasih Kamisan,
Aku amat terharu dpt menatap wajah sdra Jasmani.
Kawan2 lapangkan lah sedikit masa untuk pertemuan ini.Entah bila selepas ini!. Takut2 lepas dah, langsung tak dpt cari.
Aku sendiri dah blok cuti 4 bulan dulu bilamana YB Said, Kimin,Member, Vijay, Md Nor dll juga Mudon masa tu menetapkan 1312 utk gathering.
Lapangkanlah masa. Kalau lepas ni tak nak jumpa takpalah.
Yb Said sms Azhari ada di Subang Jaya.Azman Rahim pun dia dah dpt.I'm proud of u.
Usop, kau tak aktif hari ni.
TQ
tahniah kamisan kau telah dapat mengesan dan berjaya berjumpa dgn jas, aku juga ucapkan tahniah. apa pun tadi kau tak hasbis cerita dgn dia, kau datang semula rumah dia [ kalau boleh ] kau sembang puas puas dan kau helo kami, kami call dia ..aku rasa nak terbang peluk wak jas aku tu..rindu sangat. jangan lupa ambik maklumat dan adress dia..
rahman, terima kasih kau luangkan masa untuk meulis dalam comment dan baca blog, bestlah macam ni
ok Sop nnt aku usahakan maklumat lanjut mengenai Jasmani.
Min aku cuma tlg sikit2 je mana yang aku terdaya. Kalau nak banding dgan kau, Usop, YB, Mimbar dll tu malu aku.
Fati, kau dah bagi gelaran aku kat member lain plak nanti dia org tak panggil aku kamisan lg la....
Gate kereta api Kluang tu masih ada lagi ke?
See u gate!!
Tapi..kau dtg la jumpa aku Misan..takda hal..kawan punya pasal..whateverton pun aku akan uruskan. Setakat seribu rupiah tu bisa aje pak.