Salam. Sungguh sayu tgk video itu. Sedangkan binatang yang ganas boleh memahami kasih sayang inikan pula kita sesama manusia yang mempunyai kelebihan akal fikiran.
Marilah kawan-kawan, yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita rapatkan.
Kita dah tua dan tak mgkn kita diberi peluang untuk jadi muda walau sesaat pun... sesungguhnya tiada peluang ke2 kecuali dgn izin Allah swt.... 1. Pada Reunion 13/12/2008 kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt dan mgknkah Allah swt memberi kita peluang ke 2 untuk membuat reunion sedangkan kita semakin hari semakin tua.... 2. Kita ketawa apabila bertemu untuk melepas rasa kerinduan tp mgkn kah Allah swt akan kita peluang ke2 untuk kita bertemu dan ketawa semula .... Sedangkan kita semakin hari semakin tua.. 3. Kita berpelukan bila bertemu untuk membakarkan semula pertalian sahabat yg telah lama sejuk agar persahabatan ini akan sentiasa menjadi panas tapi mgknkah Allah swt akan memberi kita diberi peluang ke2 untuk kita bertemu dan berpeluk semula.... Sedangkan kita semakin hari semakin tua... 4. Kita menangis tanpa malu atau segan kerana kita tahu sesungguhnya titisan air mata yg keluar adalah lambang keikhlasan kita atas nama persahabatan tapi mgkn kah Allah swt akan memberi kita p...
teka ni gambar siapa? Tuai padi antara masak.... Esuk jangan layu layuan... Intai kami antara nampak... Esuk jangan rindu rinduan.... ( Khas untuk Teja) kita dinamakan manusia kerana kita mempunyai akal dan kerana itu kita tak pernah puas dgn diri kita.. kita mesti bersyukur dengan apa yg kita miliki bukan berfikir apa lagi yg belum kita punyai.. Ini ada gambar exclusive yg telah diharamkan di majalah sekolah 1978 atas alasan yg begitu dirahsiakan. Mereka adalah wakil sekolah yang mengharumkan sekolah pada tahun 1978..Cuba kita sama sama menarik benang merahnya... Atau kita biarlah gambar dibawah menjadi saksi bisu sepanjang hayat kita.. Case no 1. ( Pemain Bola Sepak U17) Diharamkan kerana mereka tak pakai seluar pendek waktu bergambar. Case no 2 ( Qari Sekolah) Diharamkan kerana "style" kaki yang bersilang seperti gaya "Black Dog Bone".. Case No 3 ( Pemuzik Rock) Ini yang paling pelik. Dunia mengakui mereka adalah kumpulan Rock yang hebat tapi gambar mereka bukan...
Sementara menunggu hati Bagio cair, aku buatkan jugak entri ini untuk menunaikan tanggung jawab yg di amanahkan oleh Usop iaitu minggu ini adalah giliran M2 untuk menghantar entri di blog ini. Aku tak pandai nak buat entri yang lawak atau yg ilmiah. Hanya bila mendengar lagu Uji Rashid yg Usop muatkan dalam blog ni , buat aku teringat beberapa lagu lagi yg menjadi pujaan kami semasa bersekolah di SMSJ dulu. Oleh sebab aku ni budak M dah tentu lagu melayu yg mendominasi lagu-lagu pujaan aku. Masa tu selain lagu-lagu Uji Rashid, lagu J Mizan ( hari ini kau datang riang), DJDave ( maafkanlah ), Sharifah Aini, Rafeah Buang, M Nasir dgn Yunizar Hussin ( aku terbayang Bakyah meniru mimik muka yunizar bila nyanyi lagu ni) A. Razak ( rasa mcm ada pertalian saudara dgn Ha)...dan ramai lagi. Bila masuk bab lagu Indonesia pulak, mestilah d'loyd ( lagu' ibarat air di daun keladi' tu lah), dan lagu 'widuri' ( yang cukup famous tu sampai Abg Jamaludin, head boy 1976 terkenal sbb ...
Ulasan
Marilah kawan-kawan, yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita rapatkan.