Perjumpaan pertama dgn Md Rous Abd. Majid setelah 30 tahun

Md Rous dan saya minum2 ptg di tepi padang golf

Setelah seminggu sejak dpt menjejaki Md Rous baru skrg dpt bertemu. Kami berjumpa di Cinta Sayang Golf & Country Resort. Masa saya sampai dia dah lebih awal smpai dan menunggu saya dan dari jauh dia dah mengangkat tangan menunjukkan persahabatan yg lama masih kekal dan bila berjabat tangan perasaan mcm bila kami sama2 di SMSJ dulu masih kuat di ingatan.

Md. Rous bila saya berbual dgn dia masih mcm dulu juga. Orangnya bersopan santun dan humble and down to earth. Kalau difikirkan, dia skrg seorang doktor pakar sakit puan dan dalam daerah Kuala Muda/Kota Setar ni dia lah sorg yg bertanggung jawap...jadi memang dia seorang yg sgt sibut...maklumlah org pompuan yg sakit di buat org sekarang ni kan byk sgt...hehehe.

Apapun saya rasa amat gembira dapat berjumpa dgn dia dan kami berbual agak panjang, maklumlah kami kenal dari masa sekolah rendah di Segamat lagi. Dia banyak bertanya tentang kawan2 lama kerana dia kata dia hampir tidak ada contact sape2 melainkan yang terjumpa seperti berjumpa dgn Isa Kahar masa dia pegi ke Cameron Highlands dulu (kalau tak silap saya). Dia dah dihubungi oleh Md. Razif Saleh dan dah diberitau pasal blog kita n dia juga ada membuka dn membaca2 tulisan2 dari kawan. Oleh itu dia kata dia merasa terpanggil utk dtg menghadiri perjumpaan reunion 30 thn batch 78. Saya harap dgn keinginan tersebut beliau dpt 'melepas' diri dari tanggungjawapnya utk seketika dan hadir bersama-sama di hari tersebut.

Jadi setakat ni, saya rasa utk E1, dah bertambah jadi 9 org...mcmana dgn Sudin Md. Dom, Ibrahim Isa, Jeff (mana dia eyy?) dan Amin Ali Zain dan kwn perempuan/lelaki yang lain? Tak mahu ker kita dtg ke hari yg sgt bersejarah utk kita semua ni?

Jumpa kwn2 semua di Kluang pada 13hb. Disember nanti, Insyaallah.

Ulasan

Azida berkata…
Syam. Amin Ali Zain...aku dah beri nombor dia pada Said. Tak tau apa cite.. dah contact ke belum. Dia ada di Kluang.
sha'ri berkata…
Brother, thanks for finding Dr Mohd Rouse. Sihat aku tengok DR Rouse. Hope we can meet on 13 Dec.
Noorsham berkata…
Thnks Azida. Kalau dia di Kluang, dia patutlah dtglah kan. Dia buat apa skrg eyy?

Harap2 kwn2 lain yg tahu di mana kawan2 kita yg masih belu tahu pasal perjumpaan kita dpt menghubungi mereka supaya mereka juga dpt hadir di perjumpaan yang amat bermakna ini.
Thanks again Azida. Appreciate your efforts very much.

Said, tolong emel kpd Kew Chee Kim yg dulu ada masuk dlm Yahoo grp batch 78 tp tak bape dpt sambutan.
Azida berkata…
Salam. Amin Ali Zain tu dua pupu husgand aku. Rasanya dia tanam pisang kat kluang tu. kau nak try contact ke?
Said Ahmad berkata…
Amin Ali Zain aku dah contact.
no problem dia tahu pasal 1312.
Said Ahmad berkata…
Syam,
Tak simpanlah email add Kew Chee Kim. No fon yang ada pun tak boleh dihubungi. Cuba tanya cikgu/gi yang mengajar di Melaka mungkin dia orang dapat track dia.
fati berkata…
Norsyam, 2 tahun sudah, saya ada jumpa kakak Am Mansor, katanya Am kerja dia PNB Alor Setar (kalau tak silap). Cuba lah risik, mana tau ada kat situ, sbb dia mmg kawin dgn org Kedah.
Sukimin berkata…
Hmmm...akhirnya terkeluar juga kisah si Am Mansor ni. Cubalah kau cari dia Sham, aku teringin sangat nak jumpa dia.
Noorsham berkata…
fati, min...sebenarnya aku dah cari n jumpa Am Mansor tahun lps lagi. Aku pun dah jumpa dia beberapa kali dan slalu gak tipon dia. Aku rasa aku dah ckp kat dia pasal blog kita n juga perjumpaan 1312. Nanti aku call dia lagi n ajak/paksa dia pegi. Dia dgn aku sama2 dpt tawaran dari MARA utk pi blajak n kami sama2 pi orientation. Aku kira rapat gak dgn dia. Bila aku dpt cari dia jer, terus dia ingat kwn lama. Badan dia sihat mcm tu gak. Nnti aku pi Aloq Setaq aku cari dia n amik gambaq skali n masuk kat blog ni k....
sha'ri berkata…
Noorsham,
hang tolong bagi fon number saudara kita Am Mansor tu, biaq aku call dia, paksa (paksarela)dia datang turun ke Kluang ...hehehhe
Sukimin berkata…
awat hang tak habag yg hang dapat dah no am mansor tu. Sms pd cek no dia buleh ka?
kembara kelana berkata…
bagitulah kehidupan kita, pertemuan kemudian terpisah kemudian kita berjumpa semula...ini semua adalah lumrah...selepas pertemuan ini, mungkinkah akan berjumpa lagi atau menjadi titik akhir pertemuan kita atau terjalin persahabatan yang lebih akrab? semuanya tererah kepada hati nurani kita...aku cuma seperti kawan kawan lain...mahu yang terbaik dalam ikatan silaturahim kita..aku juga mohon kawan kawan datang awal..supaya sejak pagi lagi kita dah memulakan perbualan dan sembangan kita yang lalu...aku juga hanya pemangkin kepada idea said yang sangat berinisiatif dan pro aktif dalam reunion ini...syabas semua.
Noorsham berkata…
sop n kwn2 lain, aku rasa perjumpaan kita ni insyaallah akan membuahkah persahabatan yg lebih akrab sbb setelah kita berhempas pulas tinggal 5 tahun bersama dibawah satu bumbung, belajar, tido, makan minum, bergurau, bergaduh, bermain n mandi (bogel...hehehe..censored!!!..tp bukan sumelah)n mcm2 lagi...kalau kita anggap tu sebagai kenangan manis, tentunya ia membuat kita sume tersenyum n bila jumpa kembali setelah 30 tahun ia pasti mendatangkan satu perasaan yg amat nostalgia skali. Cuma, saya harap matlamat kita hanyalah untuk menyambung hubungan siratul rahim yg lama terputus dek kerana masing2 sibuk mengikut haluan yg berasingan demi membina masa dpn dan bukan utk agenda2 lain. Tapi jika pertemuan smula ini dpt membuahkah perkara2 yang lebih baik dan bermanafaat bagi mereka yg ada common interest pun takder salahnya seperti dpt meningkatkan prestasi kerja, perniagaan dll...
kembara kelana berkata…
kawan kawan
lain tak per syam...bab mandi bogel jangan sebut...malu kat azida, fati dll kawan perempuan kita...mana tak rapat...sampai punggung norsyam pun aku dah tengok ...hahahahahaha..
mintak maaf yer geng perempuan.. kami ni kalau bersembang memang kasar dan lucu..tetapi itulah gelagat boys...gembira... ada yang menyanyi ada yang buat dua kerja gosok gigi dan .......
satu lagi, lepas habis tingkatan 5 sepatutnya pentadbiran smsj mengadakan majlis letak jawatan ketua pengawas..tetapi mereka tak buat...so, shaari memang masih ketua pengawas kita lagi. kalau ada kawan kawan kita yang degil, beri no hp mereka kat shaari..

aku minta maaf juga pada semua sebab aku selalu membuang istilah dr yang ada dalam entri dan blog. aku tak mahu kerana dua huruf itu ada sempadan antara kita. dan tuan yang empunya badan jangan marah....dont worry, pengiktirafan itu tak akan hilang...cuma dalam blog ini...[ yang dibaca semua orang ] aku cuba sedaya upaya menghilangkan jurang antara kita. [ harap mengerti ]

salam
Azida berkata…
Salam. Hahahaha... Usop jangan la nak malu2. Bab mandi tu hubby aku pun selalu cita masa dia kat ssi dulu. Budak lelaki memang camtu.

Dengan aku jangan le nak sorok2. 7 tahun aku keja dengan orang kastam... lagi macam2 dengan mereka tu. Jokes pun melampau... hehehe... Asam garam kehidupan.

Catatan popular daripada blog ini

System Tools Part 7

BLESSING IN DISGUISE