Kita semua adalah kawan baik...

KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???

Saya dengan itu menjemput semua kawan-kawan baik dari batch SPM/MCE yang sememangnya kawan baik saya ke perjumpaan pada 1312 nanti...jumpa di sana ok, kawan-kawan baik semua....

Ulasan

Sukimin berkata…
did i missed something?
Azida berkata…
Salam. Syam, Kata2 yang amat baik, sukar untuk dihayati kerana kawan yg baik ni adalah kawan yg berani menegur kita walau apa pun risiko yang dihadapi. Kerana kita kena faham budaya org timur... bukan mudah menerima teguran....
Noorsham berkata…
Salam kawan2 baik...'sajak' ni hanyalah satu rekaan saja(itu pun amik dari kawan baik yg lain...hehe) dan tak bermaksud apa2 yg tak baik kpd siapa2...sbb semua adalah kawan2 yang baik blaka...
kembara kelana berkata…
ok tu syam
ambik yang baik kalau tak mahu ambik semua..jangan lihat secara sepintas lalu, cuma gunakan triagulasi dalam pembacaan , insya Allah, apapun yang kita baca akan mendapat penilaian sewajarnya..syabas syam...anak aku dah pandai bersajak.hahahaha
betul tu azida, sebab tu kita kena mukadmiah sebelum menegur tetapi yang jenis ular kena katuk terus jangan bagi bangun, nanti dia patuk balik..dalam kerjaya kau lagi ler pulak...hitam putih terus.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI