Sekali lagi aku memenuhi permintaan Bagio (Pak Roslan) untuk n3 baru. Setelah ditimbang2kan aku pun mencari idea untuk n3 baru sedangkan malam tadi baru saja aku n3 kisah Tenaga Kerja Asing. Itu pun setelah melihatkan Administrator blog ini terlalu sibuk dengan urusan seharian dan pening2 lalat.. Nanti jika beliau telah selesai urusannya maka aku pula berehat. Kali ini aku nak cerita tentang hal Peria. Peria yang aku maksudkan bukannya lelaki tetapi sayur yang kebanyakan kita tidak mengemarinya. Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya. Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protin, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Jenis peria yang digunakan adalah peria yang dipanggil oleh kebanyakan kita orang Melayu peria katak. Ianya bersaiz kecil. Banyak dijual...
Ulasan
Memang benar Faraza tu Jurutera d RTM KL.Dia dah J44. Ini yang aku letih ni kerana khabarnya akan jadi bos aku . Patutlah aku tengok dia macam kenal aje tapi takut nak tegur. Kau orang boleh bayangkanlah.
Sabar lah aku ni.Kau org boleh ke rasa macam aku rasa!.
Aku dapat bercakap dgn Jasminah dan Zubaidah hari ini. Syukur alhamdulillah.
Aku tak sabar berjumpa kau org semua.
Aku minta maaf dzahir bathin sepanjang perkenalan kita dunia akhirat.
Aku turut menangis bila baca entri Said tentang Sharudin tu. Semoga Allah mencucuri rahmah kpd ruhnya. Alfatihah...
Aku rindu dgn kawan2 semua.
baik sekali kau approach dia sebelum perjumpaan kita ni. terangkan pada dia siapa kau sebenarnya. aku rasa dia dapat menerima kau dan begitu juga kau sebaliknya. sampaikan salam aku kepadanya apabila berjumpa dengan dia
khuatir kalau salah pilih parti nanti lari pula sokongannya terutamanya daripada kau selaku orang kanan aku.
persahabatan sebenarnya tiada batasan termasuk juga jawatan bukanlah kriteria utama kita untuk menjalinkan persahabatan.
kalau nak difikirkan aku lagi malu. mana ada kerja tetap tak ada apa2 jawatan pun. tapi keikhlasan adalah yang paling utama.
Aku tak berapa perasan sangat Mohd khir ni... tapi apa pun, berlhidmat dgn penuh ikhlas, tentu ok. Satunya... jangan lelaki ada ego dgn bos wanita, memang la ada byk persepsi tentang bos wanita ni. Tapi ada juga yang ok tau....
Salam. Aku kalau kau org masih ingat zaman tu juara pingpong sekolah single dan double. Cuma macam kata Usop aku baik dgn perempuan tapi takat baik je.No feeling.
Cuba bayangkan kawan2 5M2 perempuan ada 13 org pun baru perasan setelah 30 thn. Itupun bila baca entri kau org.
Suprise nya aku... semua dah kembang.Rambut dah nak habis. Kau boleh tengok aku pada entri Kimin atau Member. Diawal pertemuan pada hari kebangsaan yang lalu. Kami rancang pertemuan dan tetapkan tarikh pada 13hb tu.
Said,
Jika takda aral melintang aku datang pd 12hb. Awal2 Tip minta aku sekeluarga datang ziarah rumah dia.
Jumpa d sana....
memang kau terror main ping pong, sekarang ? aku rasa aku boleh pukul kau, sebab aku ni lambat cerdik sikit, yang aku geram suara kau yang tak pecah tu...halus mersik. harap kau masih kekalkan suara antik aku tu macam suara kawan kita dari kelas e tu...hahahahaha [ malas sebut nama sebab sama sekampung ]