1312 - Ke Arah Tarikh Bersejarah
11/11/08 - Langkah seterusnya telah aku ambil pada tarikh ini untuk memastikan apa yang dihajatkan oleh sahabat-sahabat sekelian termakbul - bertemu kembali setelah 30 tahun berpisah.
Sebaik habis mesyuarat rasmi aku di Kluang aku terus bergegas ke SMSJ. Memang betul kata kawan-kawan kita yang tak pernah langsung ke sekolah setelah meninggalkannya pasti akan tersesat kerana banyak perubahan kepada jalan masuk ke sekolah.
Papan tanda masuk ke sekolah dah terlindung.
Pemandangan yang bakal di tempuhi sebelum tiba di pintu masuk utama sekolah dan Inilah dia pintu masuk utama ke sekolah kita dahulu. Sudah tukar tau. Bukan pintu masuk dulu semasa kita bersekolah.
Setiba aku di sekolah aku sempat memberi perangsang kepada dua kumpulan pelajar sebelum menemui Pengetua sekolah untuk berbincang. Kumpulan pertama ialah pasukan ragbi sekolah bawah 15 tahun yang akan bertanding di kejohanan ragbi sekolah-sekolah di Seremban pada hujung minggu ini. Mereka sungguh bersemangat dan banyak kali dah sebelum ini pasukan ragbi mengharumkan nama sekolah. Kumpulan yang satu lagi adalah pelajar-pelajar SPM yang akan menduduki peperiksaan matapelajaran sejarah. Aku juga sempat memberi perangsang kepada mereka sebelum mereka memasukki dewan peperiksaan walaupun aku punya result masa MCE dulu taklah berapa baik sangat.
Pertemuan dan perbincangan dengan Pengetua dan GPK 1 sekolah berjalan dengan suasana yang amat mesra sekali dan segala kemudahanyang diperlukan untuk perjumpaan kita diluluskan serta merta.
Perbincangan dengan pihak sekolah amat ringkas dan seterusnya aku bergegas ke Pusat Kesihatan Kluang untuk berbincang pula dengan Latifah Saubi mengenai persiapan yang perlu untuk jamuan petang di sekolah. Dia begitu gembira dengan kedatangan aku terutama sekali apabila bertemu dengan isteri aku.
Selepas menghabiskan masa bersama Latifah aku terus bergegas ke hotel Prime City untuk membuat pengesahan majlis jamuan makan malam yang akan di adakan. Semuanya beres dan untuk mereka yang akan hadir jangan sesat lagi. Jamuan di tingkat 6 hotel tersebut di bilik Jupiter. Refer kat gambar bawah ni.
Dan akhir sekali untuk menjejaki bekas-bekas guru kita aku mengambil keputusan untuk mencari Tn. Hj.Malik Khiew.
Dulu semasa kat sekolah kita panggil dia Mr. Khiew aje mengajar Sains Paduan (Integrated Science) dan jurulatih pasukan hoki sekolah yang berdedikasi. Oleh kerana bila aku sampai rumah dia dah sampai waktu makan maka aku ajaklah dia keluar makan dengan anak bongsu dia sebab cikgu Marmining isteri dia memang balik lambat sebab dah naik pangkat jadi Pengetua di sek men tengku abd rahman Kulai dan berulang alik setiap hari dari Kluang. Semasa makan perbualan memang hebat dan kebetulan pada masa tu Member pun ada talipon aku, maka sempat juga cikgu kita tu berbual dengan Member. Banyak perkara yang dibualkan sedar tak sedar dah pukul 3 petang antaranya untuk mengesan kembali bekas guru-guru kita antaranya Mr. Paul, Mr. Heng, Yunus Dahalan, Syed Hussin dll. Aku harap lapuran aku kali ini dapat membayangkan betapa nostalgianya kisah kita semasa di sekolah dahulu. Selamat bertemu kembali.
Ulasan
tolong edit balik post aku ni, tak teratur sangat sebab nak cepat harap maaf & berikan bantuan.
thanks.
satu lagi...kita kena order...minum dan makan makan petang...sementara menanti kawan kita datang...kita meng ngeteh dulu...pekena deng kena tangkap tak?
Adakah pengetua akan bersama kita ptg tu? Ada cenderahati ke untuk beliau ataupun sekolah? Sori banyak le pulak tanya....hehehe
Wah Tipip akan jadi orang kuat dalam majlis ni nanti la... Dia ada business catering ke? Mana la tahu, sambil tu jadi usahawan...
harapan aku agar usaha dan kerja2 aku akan menggembirakan sahabat2 kita dan mendapat munafaat darinya.
guru sekolah pun mungkin ada. kalau pengetua ada aku perlukan rombongan untuk jemput dia kat rumah dia.
kalau nak berdeng ini susah sikit aku nak beri green light, .......
tapi curi2 dalam bilik air boleh kot macam zaman 30 tahun yang lalu.
headboy & samsuddin md dom datang tau, jadi kalau kena tangkap aku tak jamin.
nasib baik aku dah berhenti berdeng............
Nampak gaya dgn adanya pengetua, cikgu raman, mr khiew...kena deng dlm jamban mcm dulu2 ler aku...tp aku takut nanti kena tangkap dgn hdboy n si sudin plak...alaa...sudin tu pun skrg aku tahu kuat deng kretek...hehehehe
ragunath....jadi mr paul
mimbar, aku, said, norsyam...jalan jalan pijak rumput.
dialog:
ragunath ; hei kamu mari...
4 mamat: maaf cikgu, alamat habis lah kita...
ragunath: kamu pijak rumput yer...apa lagi...JOGGGING...
4 Mamat tadi pun berjogging atas pentas..
[ MACAM MACAM IDEA MIMBAR NI ]
tapi kan memang gempaq kalau ada mr paul.
syam
kena tanya dulu, tetapi eloklah tak deng didepa ramai...kena jaga tuan rumah.
masa pendaftaran, adalah masa paling best..sebab kali pertama pandang selepas 30 tahun...jangan terkejut masa tu ada macam macam gelagat dan suprise...harap kawan kawan sporting...beritau keluarga..majlis ni agak giler giler sikit..[ takut jugak ada setengah yang akan terkejut dan cemburu...] terutama yang ada isteri muda tu...[ ada orang terasa ler pulak ]
said..kau memang steady, adalah sikit aku edit entri yang kau post tu.. jumpa nanti
Said kata Cikgu Marmining Pengetua SMK kat Kulai. Apa kata tolong cari Md Sam Kadeemon 5M2 yang katanya di Pejabat Pelajaran Kulai.
TQ.