Rabu, 17 November 2010

SAJOHA - Perjumpaan @ Timur


Time
Saturday, November 27 at 3:00pm - November 28 at 4:30pm

LocationKuala Gandah Elephant Sanctuary

Created By


More Info
27/11 - mancing, makan, karaoke dll. overnite @ chalets
28/11 - elephant rides & etc, lunch - special menu patin tempoyak &
petai orang asli Sg. Teris.

Yang berminat untuk menyertai perjumpaan ini sila hubungi:

Saudara Hussain Mian (SAJOHA 80)
Kembara Kelana (Yusof Mohd SAJOHA 78)




Sweet Charity (Ramli Sarip) - Kamelia

Jumaat, 12 November 2010

Elham Hasan menjalani rawatan kansernya

Email drpd Elham tempuhari;-

From:
View contact details
To:
"Mus SMSJ" , "SAJOHA Haizad Ibrahim"
Cc:
"fadzilah sulaiman" , "Rizal Kamal" , "ASAJOHA Said Ahmad" , "ASAJOHA Alam Kadir" , "ASAJOHA 1994 Tebu" , "ASAJOHA 1994 Akmal" , "ASAJOHA 1994 Syafarid - Yom" , "SMSJ Noorazlinda Noordin" , "ASAJOHA 1992 Zaini" , "SMSJ Suhaimi Mohd Rukiban" , "ASAJOHA 1992 Lela Maarof" , "ASAJOHA 1996 Haszuan" , "Sam"
Pro Bowlers,

I have been having NPC ie nasal cancer since 2008. I don't smoke but that's just my luck. Otherwise I am healthy. Please don't be worried.

I have had concurrent radio and chemo therapy in 2008 followed by surgery in 2009. But I needed further treatment.

I am going thru 2nd round chemo that week at UM Medical Centre. Its a 6 day stay in the hospital. Then I will rest for 2 weeks. I have to go thru between 3 to 6 cycles.

I would love to join but maybe next time. Please go ahead and enjoy.

Elham

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Doakan semoga sahabat kita menjalani rawatannya dengan lancar & tiada masalah.

Semoga cepat sembuh hendaknya.

Khamis, 11 November 2010

Pengumuman

Saya baru dapat email dari Dr. Salbiah Hj Nawi , kakak senior kita batch MCE 77, ajak kita buat perjumpaan sesama geng perempuan , tak kira dari batch mana.

Tempat: Tasik Putra jaya
Tarikh: 27/11/2010
Masa : 3.00 petang
Pakaian : baju kurung lama/skirt lama

Katanya , kalau geng lelaki nak join sama , dipersilakan, terutamanya bagi yang nak menemani isteri masing-masing..... so, apalagi geng! Jangan lepaskan peluang ini, bukan senang kita nak berjumpa balik, terutamanya yang perempuan ni..... please, please....jangan hampakan harapan kita ok!!!

Jumaat, 5 November 2010

SEBUAH CATATAN RINDU
....Secara tiba-tiba
aku mengingatimu
di kamar sepi di malam syahdu
inikah namanya rindu 
sengsara tiada terhingga 
setelah perpisahan berlaku........
(Nyanyian Son Of Adam)

Entah kenapa , tiba-tiba rasa rindu untuk membaca blog ini yang sudah lama tidak saya jengah . Tiba-tiba  juga terasa hendak menulis sesuatu dari rasa rindu , lalu saya namakan catatan rindu .

Semalam , ke Penang , esok nak ke Selangor , minggu depan nak ke Perlis , belum ada sebutan ke  "Johor" lagi buat masa terdekat ini . Namun dengan keadaan banjir teruk di Kedah , tiba-tiba saya teringatkan Johor yang pernah melalui saat-saat sukar itu beberapa  tahun lalu . Moga-moga Johor tidak banjir lagi . 

Siapa kata anak Johor tidak rindukan buminya ? Sebenarnya rindu ..... rindu serindu-rindunya . Namun takdir telah  mengatasi segalanya . Ditelanlah segala rasa demi iman yang kukuh terhadap Dia Yang Maha Esa . Sesekali  rasa ingin ke Air Terjun Kota Tinggi lagi , merasa dingin air derasnya  , tapi entah bila ke sana .  Terasa juga nak ke Pantai Air Papan Mersing menyusuri pantainya  yang putih , tapi keadaan selalu tak mengizinkan .

Terasa rindu juga pada alam persekolahan di SMSJ selama tujuh tahun bernaung di asrama puteri .Dalam rindu ini , ada sesuatu yang terasa di hati . Kemesraan dulu adalah lebih  berharga kerana ketika itu masing-masing tiada status elit yang ketara ......tiada  tembok pemisah perasaan  berbanding sekarang . ...Resam dunia yang harus  diterima meskipun terkadang pahit untuk ditelan ... Keikhlasan berbicara dululah yang terbawa dalam hidup saya hingga ke hari ini untuk menjadikan memorinya tetap indah bermakna .

Tika ini rasa amat terbatas untuk bermesra seperti dulu .....terjadi apabila terdapat sapaan - sapaan di facebook tidak berjawab walau dalam satu ayat .....sedangkan dulu begitu mesra , siang dan malam hidup bersama ....Entahlah , tak tahu kenapa .... Mungkin status yang berbeza  atau TEMBOK itu  .... Atau juga diri kerdil ini yang memang tak glamour seperti orang lain , maka tak perlu dibalas (tambahan lagi nama pun langsung tak tercatat di blog ini -slot tarikh lahir) ........  Biarlah begitu , ia bukan  satu masalah yang besar , hanya secuit rasa untuk dibicara .

Akhirkata .....doa dipohon semoga semuanya sejahtera dalam meneruskan  usia  senja ini .  Semoga kita semua diberkati Allah serta mendapat rahmatNya . Amin ....

Isnin, 1 November 2010

Abu Bakar Ali - 5E2 1978

Jumaat lepas terserempak dengan Hj. Yahya Selamat kat Batu Pahat semasa dia melintas jalan sedangkan aku dalam kereta. Sempat juga jerit kat dia, lepas tu call dia ajak pergi ngeteh, maklumlah petang pukul 3.30. Dia janji akan call balik kerana lama ada urusan di bank.

Tunggu punya tunggu, aku pun teruskan perjalanan aku ke Seremban kerana SMSJ hantar kontinjen ragbi untuk kejohanan jemputan KGV Seremban & Sabtu pagi ada mesyuarat SAJOHA kat Kajang. Semasa dalam perjalanan antara Pagoh & Tangkak aku terima panggilan dari Hj. Yahya tetapi nombornya berlainan. Selepas bercakap dengan dia seketika aku bercakap dengan tuan punya telefon. Dia tak lain tak bukan Abu Bakar Ali, classmate aku budak Batu Pahat tu. Dia sekarang bertugas di pejabat pelajaran daerah Batu Pahat bersama2 Hj. Yahya kita. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi Abu Bakar, silakan : 019 723 4153