Catatan

Lingkaran Kasih Seribu Kenangan

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum Salam Sejahtera Salam sayang sesama batch, salam mesra kepada pembaca sekelian Lencana ni adalah lambang kemegahan Batch 1978 Hasil ubahsuaian dari Ibrahim Esa Pontian Suasana hening hari ini menarik lamunanku kepada waktu waktu kita pernah bersama. Waktu di mana kita semua pernah berpijak dibumi yang sama dan berbumbungkan langit yang sama. Waktu kita serba daif. daif ilmu, pengalaman hidup dan cekal menahan tekanan yang datang untuk menjadikan kita dewasa. Terdapat dua status yang nyata, status orang sederhana( budak e) dan status orang kampung yang serba kekurangan (budak m) namun kedua duanya sangat excellent dan punya pemikiran yang sangat tajam. Kedua dua golongan ini berkawan baik dan bergembira bersama dan malah berkongsi suka duka bersama, perkauman tidak ada sama sekali, Ragunath, BCL, Kew, KC, Amoi dll adalah macam adek beradek dengan kita,  Kenakalan remaja terbiar tanpa bimbingan di asrama memang tak dapat di nafikan,...

Selamat Hari Lahir Ke 54

SMSJ78 Semoga berbahgia dunia akhirat sahabat semua Rostam Mohamad (1.6.61) Jaafar Sulatin (4.6.61) Lee Kim Tiong (5.6.61) Norazman Idrin (6.6.61) Said Ahmad (7.6.61) Ibrahim Ahmad (9.6.61) Januri Kadeni (15.6.61) Rodziah Tawil (15.6.61) Tumiran Ahmad ( 16.6.61) Norahamad ( 18.6.61) Yusof Mohamad (18.6.61) Jamaiatulkhir (23.6.61) Mohd Fadzullah (26.6.61

Biduk lalu kiambang bertaut

SMSJ78 Persis biduk lalu kiambang bertaut Puluhan tahun berlalu, 1974-1978 lima tahun bersama kemudian 1978-2015 kemudian 37 tahun berpisah. Bukan satu angka yang kecil. Lima tahun hidup bersama penuh dan melimpah ruah dengan pelbagai dugaan anak remaja. Berbekal dengan apa makna yang dapat dalam tempuh kejam itulah kita bawa bersama mengharungi kehidupan di fasa yang lain. Kiambang kehidupan kita tumbuh merapat dan membiakkan benih pemikiran dan tingkahlaku yang pelbagai. Akhirnya kita menjadi dewasa yang penuh dengan warna warni rasa dan pelbagai gaya tersendiri. Seterusnya kita berumahtangga dengan mengikut cetakan sunnahtullah dan ketentuan ilahi. Hak kita, bahgian kita. Kita acu pula keluarga kita mengikut makna kehidupan yang kita ada dan mampu. Kita , isteri kita dan anak anak kita adalah kiambang itu. Kiambang sajohan bercambah dengan dewasa dan penuh rasa kasih. Ada yang melalui kehidupan yang sangat sukar.Kehilangan orang tersayang.Anak,Suami Isteri dan ada yang berpis...

Puisi Cinta : Renunglah dalam mataku

SMSJ78 Renunglah mataku Bila kau renung mataku Ku lihat dlm dirimu ada diriku Lalu terbakar belantara maluku Dan ingin ku keramatkan tumpah kasihmu Di pelamin cintaku Tapi Entah kenapa ya Kasihmu itu bagai embun Yang melerai rindu Di hujung rerumput Kenapa ya Setelah kau tusuk kalbuku Dengan tinta biru Tiba tiba ia tergures layu Pintaku Renung renunglah lagi mataku Agar dapat kau selami Diriku yang ada dalam dirimu Dan pasti nanti Akanku jadikan nostalgia ini Pengubat jiwa dan penawar hati Di kala kamarku Dilamar sepi Kembara Kelana 6.7.2001

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 54

SMSJ78 Selamat Hari Lahir Ke 54 Mohd Ibnu Hajar (3.2.61) Aliah Husin ( 6.2.61) Hafizah Awang (6.2.61) Shamsul Jabar (7.2.61) Kew Chee Kim (18.2.61) Mukhlis Moyo (20.2.61)  Senoga dirahmati Allah dan tuhan dimurah kan rezeki dan berbahgia dunia dan akhirat admin 
Imej
SMSJ78 5M1 5M2 5E1 5E2

Aku dan Rostam

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum Salam sayang satu batch Salam hormat untuk sajohan salam sejahtera untuk pembaca  kembara kehidupan seolah seperti jalan yang berkabus  Di Bandar lama Rompin...aku di sini selama berbelas tahun  Semasa SPM..hanya batch kita sahaja di surau semua dah insaf, berkopiah, songkok dan sarban...aku masih tak dapat hidayah duk jauh dari jemaah...apalah aku ni ek...  Aku dah tak kenal untuk perkenalkan ..mungkin sukimin boleh menolong  Fokus entri aku....rostam mohamad Akhirnya aku dapat bersembang dengan seorang kawan lama aku, satu batch dan satu bilik semasa sekolah dulu. Namanya Rostam Mohamad,  Rostam ni budak kelas 5E2 kalau tak silap, seorang yang sederhana, tidak terlalu riuh dan tidak terlalu pendiam, dia sering memerhati dan mengambil tindakan jika dia rasakan perlu, yang aku ingat sangat kami mempunyai nama bapa yang sama. Rostam ni mulanya duk Batu Pahat kemudian pindah ke JB, mun...