Biduk lalu kiambang bertaut

SMSJ78

Persis biduk lalu kiambang bertaut

Puluhan tahun berlalu, 1974-1978 lima tahun bersama kemudian 1978-2015 kemudian 37 tahun berpisah. Bukan satu angka yang kecil. Lima tahun hidup bersama penuh dan melimpah ruah dengan pelbagai dugaan anak remaja. Berbekal dengan apa makna yang dapat dalam tempuh kejam itulah kita bawa bersama mengharungi kehidupan di fasa yang lain. Kiambang kehidupan kita tumbuh merapat dan membiakkan benih pemikiran dan tingkahlaku yang pelbagai. Akhirnya kita menjadi dewasa yang penuh dengan warna warni rasa dan pelbagai gaya tersendiri. Seterusnya kita berumahtangga dengan mengikut cetakan sunnahtullah dan ketentuan ilahi.

Hak kita, bahgian kita. Kita acu pula keluarga kita mengikut makna kehidupan yang kita ada dan mampu. Kita , isteri kita dan anak anak kita adalah kiambang itu. Kiambang sajohan bercambah dengan dewasa dan penuh rasa kasih. Ada yang melalui kehidupan yang sangat sukar.Kehilangan orang tersayang.Anak,Suami Isteri dan ada yang berpisah dan sebagainya. Ada yang merentasi masa dan cabaran status quo.....dan1001 satu cabaran kita tempuh

Semuanya terhidang dalam perkongsian cerita semasa kita berjumpa dan bersembang. Kita hargai segala yang  dikongsikan dan kita rasa ingin mendengar cerita lagi.

Semua yang kita lalui....umpama biduk lalu kiambang bertaut

Salam



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI