Catatan

Imej
Hari ini 10 julai 2012 aku menziarahi sahabat junior smsj 1980 Tuan Syed Zakaria bin Syed Mohammad yang dikenali panggilan mesra Z. Beliau telah pengsan hari ini di opisnya dan di hantar ke Hospital Ampang Puteri. Beliau mengidap penyakit buah pinggang dan telah menjalani dylisis lebih kurang dua bulan. Beliau telah di masukkan wad ICU/CCU semasa aku menziarahinya. Semoga ALLAH menyembuhkan kesihatannya dengan segera. Jua marilah kita mendoakannya agar dipermudahkan segala urusan beliau. Juga dimaklumkan beliau mengalami pengsan ini adalah kali ketiga. Hari ni adalah pengsannya yang kritikal sebab tekanan jantungnya lemah.
Imej
SMSJ78-Bersama senior dan junior semasa membuat ziarah Syed Zakaria Syed Mohamad. Dari Kiri ke Kanan-Barisan Belakang- Zaidi,Dato' Ahmad Redza(Preseden SAJOHA),Syed Zakaria,M Shah,M Yusuf dan Azhar. Dari Kiri ke Kanan-Barisan Tengah- Nora,Rita,Aishah,Zawiah,Hapizah(isteri M Shah),Laila,Aiza(isteri Syed Zakaria). Dari Kiri ke Kanan-Barisan Hadapan- Azita,Aqil(anak Huda),Huda,Wani(anak M Shah) Untuk makluman Syed Zakaria mengidap penyakit buah pinggang dan telah mula menjalani rawatan homeodylisis.
Imej
SMSJ78 Sabtu 2hb Jun 2012 aku telah dikunjungi oleh Yusop Mohamad@Kembara Kelana. Kunjungan Yusop sekeluarga. Seronok tengok Usop dengan keluarga yang besar. Seorang isteri dan 6 orang anak kesemuanya. Petang tu aku keluar ke bandar Segamat bersama isteri untuk membeli water heater bagi mengganti wang sudah rosak. Sebelum membeli water heater aku singgah minum bersama isteri. Aku makan mee bandung dengan air barli dan isteri aku makan satay dan udang goreng tepung berserta sotong goreng tepung, aku pun tumpang juga makanan yg isteri oder.. Sedang aku menikmati makanan, aku telah menerima panggilan talipon dari Usop yang datang ke Segamat untuk menjemput isterinya yang menghadiri kelas membuat cake. Aku terus ajak Usop untuk sama2 minum bersama aku. Selepas makan dan minum aku dan isteri mengajak Usop dan keluarga singgah ke rumah aku di kg Gelang Cincin. Usop tidak menghampakan dan singgah rumah aku. Selepas semuanya solat maghrib dan mandi, kami duduk sebentar sambil minum teh o dan...
SMSJ78-Petua Mengempiskan Perut Minumlah teh tanpa gula yang dicampur dengan air limau nipis setiap pagi. Jadikan amalan dan anda mendapati sedikit demi sedikit perut anda yang mungkin membuncit akan bertambah kempis.

Hanya Kenangan

Imej
Bersama Syed Mohamad dan Bong di Kuantan Rumah Fatie Saadiah dan Abangnya ke rumah aku SMSJ78

kenangan di rumah kawan kawan

Imej
SMSJ78 kenangan di rumah yahya selamat di Parit Bingan dirumah azida seri kembangan rumah zainuddin - din gajah di dapor rumah  januri-sal  rumah md khir md nor di rawang rumah prof arbakaria - serdang lama

PETUA

SMSJ78- PENAWAR SAKIT KEPALA Ambil debiji bawang putih yang dihiris nipis-nipis. Tampal hirisan itu pada pelipis kiri dan pelipis kanan. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila kering dan sakit kepala beransur hilang. Ambil 1kg daun lemuni yang berbatang lembut. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidur gunakan bantal tersebut. Amalkan beberapa hari dan sakit kepala tidak terasa lagi. Tumbuk daun serai sehingga lumat dan tampalkan ke dahi. Giling ubi pokok bawang putih dan tampalkan kebahagian kepala yang sakit. Rebus daun kangkung hingga mendidih. Lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan garam dan saringkan. Minum air rebusan setiap hari. Ramas beberapa daun sireh dalam air. Basahkan kepala dengan air ramasan daun sireh dan picit-picit kepala beberapa minit. Tumbuk 6 helai daun sawi dengan lumat. Campur sedikit garam. Lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan di dahi. Ramas sekepal asam jawa dengan secawan santan. Tapis dan lumurkan ke kepala. Bungkus kepala dengan kain....