Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Relong kehidupan

SMSJ78 RELUNG KEHIDUPAN Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja. Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.. Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini,siapa kah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita. Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta. Waktu kita"Miskin" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit & saling membantu saudara kita.. Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.. Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia. Hidup tidaklah lama, Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA: Saling me...

Epilog : Sketsa lukisan di senja kehidupan

Imej
SMSJ78 ...aku menulis ini adalah hari terakhir Hijrah 1436 dan esok akan masuk tahun Hijrah yang baharu 1 Muharam 1437. Aku ucapkan selamat tinggal pada Hijrah 1436 yang membawa erti  umur aku sudah menjangkau 56 tahun (Hijrah) sebab aku lahir pada 4 muharam 1381. Sesiapa yang lahir sebelum 14 Jun 1961...umur mereka 57 tahun! Patutlah sudah terasa penat. Selamat tinggal tahun Hijrah 1436 ...ketika aku menulis ni juga kawan kawan seangkatan dengan aku dah 12 orang pergi dahulu, Rafie Sohot, Zaid Jais, Sharudin Amin, Elham Hasan, Rohana Sahara, Norlela samad, Aziz Misran, Rani Othman, Md Zin Daud, Amirudin Yahya, Said Ahmad dan pada 2.10 yang lepas Habibah Abdullah. Mereka telah terlebih dahulu mengadap ilahi, mendahului kita semua. Selamat tinggal untuk kita semua dari mereka dan semoga kita semua dihimpunkan kembali nanti di perhimpunan yang lain pada masa yang akan ditentukan. ...epilog Sketsa Kehidupan antara aku dan kau wahai Habibah kini berakhir dengan memah...

Balasungkaawa : Habibah binti Abdullah dalam kenangan

Imej
SMSJ78 Asslammualaikum Salam sejahtera Salam sayang untuk pembaca Habibah Abdullah SMSJ- 1M2(74)-5M2(78) Eksekutif Pentadbiran Syarikat Air Johor Bendahari Kooperasi 10.5.1961 = Rabu, 24 Zulkaedah 1380 hingga 2.10.2015=Jumaat ,18 ZulHijjah 1436 No.496 Blok 21, Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor Anak : 3 Cucu :6 nak masuk 7 Habibah, atau dikenali sebagai bib, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 2.10.2015  jan 12.24 pagi. Akibat kompikasi jantung. Semoga di rahmati Allah akan ruhnya, Dan semoga ruhnya ditempatkan bersama para solehah dan di redhai oleh Nya. Insya Allah. Kepada ahli keluarganya, semoga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam meneruskan kehidupan tanpa bib. Kepada kawan kawan dan rakan taulan yang masih dikurniakan nyawa..percayalah kita juga akan menyusul kerana mati itu adalah benar. Wataknya riang, senyum sentiasa menguntum dibibir, mudah berbicara, boleh berada dimana situasi sekalipun, periang, menyegarkan pem...