Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Taksonomi Cinta - Jom Tengok Wayang

Imej
SMSJ78  AJK Wayang Gambar 1977 Asalammualaikum Salam Sejahtera Salam sayang sama batch Salam Perpaduan Kepada semua kawan kawan satu batch, sajohan dan pembaca yang dikasihi.. Semoga semua sehat dan gembira disamping keluarga tercinta, didoakan semua ada rasa sahabat agar kita bersatu, bersilaturahim dengan harmoni dan menggembirakan. Kerana bila kita bersetiakawan, anak anak akan mencontohi perbuatan dan tingkahlaku kita. Malah tuhan juga merahmati kita. Insya Allah. Tengok Wayang. Satu dari episod yang menggembirakan semasa duduk di asrama. Memang tak boleh lupa...dimana biasanya akan ada iklan ditampalkan dan penggumuman di buat oleh AJK Wayang Sekolah.  Perhatian, malam ini jam 8.30 mlm satu pertunjukan wayang akan di adakan di tapak perhimpunan.....bla bla bla Screen besar di pasang. filem dari gelong besar di mainkan oleh AJK Wayang Gambar Sekolah menggunakan projektor macam di panggung wayang zaman 60an. Biasanya malam minggu. Malam sabtu dan tempat

Taksonomi CInta - Kami bukanlah jahat sangat...

Imej
SMSJ78 Rumah Kami di kala senja....Blok B Asrama Putra. 1976 ..gambar ni memang nostalgia,  aku beli dari abg Form 6   Pelan Lokasi supaya senang diingat kembali semasa membaca Assalammmualaikum Salam Sayang Salam perpaduan Untuk rakan batch 1978, Sajohan dan pembaca sekelian. Hari ni free...kerja semua under control...so aku luangkan masa sikit pada blog. Aku kali ni nak memberikan penjelasan kenapa ramai antara kawan lelaki kelihatan nakal dan kekadang dipanggil budak jahat...untuk kawan kita di asrama putri sana tu...tau...sebab kita tak pernah diberikan peluang bela diri..hehehe Ingat senang...untuk sampai ke Sekolah Sains. Bila bas kluang berhenti...kita kan menyusuri dengan berjalan kaki membimbit bag...dan melalui Kuaters JKR dan ada padang bola sebelah kanan kita...kita terus mendaki bukit...kemudian jalan tu berpecah dua...kalau terus kita masuk kampung cina dan kita akan ikut jalan tar ke kanan...dengan melalui sisi padang bola lagi...kem

Taksonomi Cinta - Level of Love

Imej
SMSJ78   Assalammualaikum Salam Sejahtera Salam Kasih Sayang Terutama batch 1978 yang dikasihi, Sajohan yang di hormati dan pembaca yang disayangi Bersambung kembali... Aku mulakan dengan doa agar semua berada di dalam kebahgiaan dan keselamatan, dijauhi dari segala mara bahaya dan mala petaka, semoga semua gembira selalu, sebagaimana gembiranya hatiku ini kerana semua kawan kawan kini telah boleh bersembang dengan penuh mesra dan gurau senda. Sehingga kita sentiasa berhubung antara satu sama lain dengan pelbagai group dalam Whatsapp, telegram, FB dan lain lain. Blog ni kira macam dah ketinggalan...  Walau bagaiamana pun Blog kelihatan agak lebih ekslusif..lebih puas membaca, lebih puas menulisnya dan lebih puas diulang baca jika kita boring boring. Lagi pun blog ni sudah berusia 6 tahun...sayang untuk aku stop dan jika tidak update...Pak Google kita akan tamatkan perkhidmatannya. Ada yang bertanya...kenapa pilih perkataan taksonomi...apa tu...tak faham lah. Disi

Taksonomi Cinta - Sweet 17

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum Salam Sejahtera Salam Perpaduan Kawan kawan batch 78 khasnya dan Sajohan amnya juga pembaca yang mengunjungi blog ini. Ketemu lagi. Masih dalam Taksonomi Cinta. Kali ini tajuknya Sweet 17. Sebelum aku mula bicara tajuk ini, aku mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan menghulurkan ungkapan kubra...Alhamdulillah.. kepada rakan kita yang telah mendapat panggilan Ilahi untuk menunaikan fardu Haji. Smeoga rakan kita dan keluarganya selamat pergi, selamat mengerjakan dan selamat kembali. Sehat tubuh badan, cergas pemikiran, dipermudahkan segala pekerjaan yang boleh disifatkan sebagai fisabillilah. Berikan tumpuan dan fokus agar mendapat haji yang mabrur. Bagi batch kita tahun ini yang aku tahu ialah Zubaidah Ahmad 5M1 serta suaminya. Bagi batch 77 kak ima dari JB ( cikgu juga ) yang telah pun berlepas. Yang tidak aku ketahui yang terdiri dari sajohan...juga didoakan hal yang sama Juga kepada kawan kita yang dilanda sakit, semoga cepat sembuh, yang

Taksonomi Cinta - Biarkan bunga berkembang

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum Salam Sejahtera 2014 merupakan tahun ke 40 kita berkenalan. Satu tempuh yang cukup dewasa. Cukup lama dan hebat. Namun adakah kita telah menggunakan masa 40 tahun itu untuk mengenali kawan kawan kita? Jawapnya tidak....kalau dikira kira ada antara kita masih belum bercakap selama 40 tahun sejak kita berkenalan. Tidak menunding jari kepada sesiapa. Aku sendiri belum satu patah perkataan pun bercakap dengan ramai kawan batch kita! Kawan perempuan dari kelas M2, E1, E2...terutamanya....jadi aku sebenarnya memang tidak boleh berbangga dengan kenyataan yang aku dah kenal dia 40 tahun lamanya. Mengapa itu terjadi? Adakah kita mahu anak kita mengalami nasib seperti itu? Masa telah berlalu....semua nya seakan akan berakhir...sebab ramai dari kita telah mula kembali ke rahmatullah...sebab itu aku sering ingatkan diriku sendiri, apabila berjumpa rakan se batch kita aku mulakan dengan doa ...cakap baik baik...gurau sedanya...diakhiri dengan doa..dan maaf.

Lirik Lagu Zaman Kita: Tak Ingin Sendiri

SMSJ78 Tak Ingin Sendiri - Hetty Koes Endang Aku masih... seperti yang dulu Menunggumu sampai akhir hidupku Kesetiaanku tak luntur Hati pun rela berkorban Demi keutuhan kau dan aku Biarkanlah aku memiliki Semua cinta yang ada di hatimu Apa pun kan ku berikan Cinta dan kerinduan Untukmu... dambaan hatiku... Malam ini... tak ingin aku sendiri Ku cari damai bersama bayanganmu... Hangat pelukan yang masih kurasa Kau kasih... kau sayang... Tak Ingin Sendiri - Hetty Koes Endang Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/tak-ingin-sendiri-hetty-koes-endang.html#ixzz3CQFF50wO

Musim Pencen

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum dan salam sejahtera Sahabat dan rakan seangkatan Batch 1978...Semoga bahgia dalam dunia masing masing. Dunia Kerjaya Dunia Keluarga dan Dunia Kehidupan. Sejak akhir ni aku sering kali pulak membuka blog yang kini telah berusia 6 tahun. Entah kenapa. Barangkali sejak akhir ini ada rasa keinginan untuk bertemu kembali kut. Atau adajuga semacam satu desakan untuk menjadikan blog ini titik pertemuan kita di alam maya. Beberapa rakan kita telah lama bersara dari kerja. Ada yang sedang menunggu masa dan ada yang ingin meneruskan kerja hingga 2021. Tahun 2021  itu kita berumur 60 tahun. Bagi yang kerja sendiri telah pun lama menikmati erti kerja keras dan kerja sendiri. Bagi yang kerja dengan syarikat atau kerajaan....beginilah...bila kitakuat semua kerja kita mampu buat, bila kita dah beransur letih, semua kerja dah slow dan rehatnya yang lebih. Selamat berehat kepada yang telah bersara Selamat berehat kepada yang bakal  bersara Selamat bekerja pada yang