Aku dianugerahkan tuhan beberapa kelebihan, antaranya ialah aku mudah berkawan. Tidak sukar aku join mana mana kawan, aliran mana, bangsa apa atau jenis macamana, aku tak berkira, aku tak memilih dan aku mudah ketawa, aku suka mengusik dan aku juga mudah menegur sapa. Dalam tempuh 3 hari aku sudah ada ramai kawan. Masa hari pertama persekolahan semasa rehat hari pertama aku dah boleh main kejar kejar dan bergurau senda. Aku berkejaran dengan seorang budak mampan, batu pahat, rambut lurus dan perang...keras, kurus dan suka bergurau.....Elias namanya...sekarang menjadi kapten Pilot MAS. Dulu kami gelar dia Lias Stone...sebab keras hatinya dan bila lawan bercakap dia payah nak mengalah...Keras tu yang kita ibaratkan macam batu...stone...sampai sekarang gelaran tu melekat di kalangan kita orang. Aku dapat bersembang dengan lama dna panjang semasa MG dirumah mimbar. Anak 6, macam aku..gak. Dan ketika kami sedang berkejaran di masa rehat yang dah habis tu , lias dan aku dipanggil oleh Mr Y...