PELIK TAPI BENAR
Di TADIKA , cikgu ajar mereka mengenal dan menulis A , B , C serta bersosial . Mereka dibimbing mengamalkan adab yang murni ketika makan . Mereka dididik tentang kesihatan dan kebersihan diri seharian . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional .

Di sekolah rendah  , mereka diajar membaca , menulis dan mengira serta diasah bersukan , berpasukan uniform , berkelab dan berpersatuan . Mereka dimangkinkan supaya  berhujah dan berbakti kepada organisasi . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Di sekolah menengah , mereka dipecutkan dengan ilmu teras bekalan masa depan  mencabar serta  didedah profession  terjamin . Mereka  dibimbing mengejar impian dengan ilmu penuh di dada serta aktiviti pengukuh kerjaya . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Di universiti , mereka merasai betapa ilmu dibekal di sekolah  membantu  menggenggam impian masa depan . Semuanya sinonim dengan dorongan dan tanggungjawab cikgu-cikgu sepanjang alam persekolahan . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Tamat pelajaran  , mereka akui memang cikgu membantu menyediakan tenaga-tenaga professional memajukan negara- jurutera , pensyarah , peguan , doktor , arkitek , ahli korporat , ahli politik dan lainnya  . Cikgu tidak minta balasan . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Semua ini adalah pelik tapi benar . Ini disebabkan kononnya cikgu kurang kerja tetapi banyak cuti . Betul ke ? Sebagai guru selama lebih 24 tahun , saya tidak percaya  sebab kerja saya sentiasa banyak dan cuti sekolah saya tidak pernah solid  ........

Ulasan

fati berkata…
Hanya orang yang pernah jadi cikgu je yang tahu macam mana siboknya cikgu, lebih-lebih lagi jika cikgu tu jenis yg komited dgn profesyen nya....
Citera Alam berkata…
malang Tie ...statusnya tak di"professionalkan" ...bermakna ruang dan peluang seperti orang professional lain ditutup , alasannya guru terlalu ramai . Apa2 promotion , ikut kuota . Yg kuat mengipas gerenti dpt .
hafizah berkata…
Apa beza professional atau tidak? Kan ke klu kita dapat ganjaran dari apa yg kita lakukan tu kira professional? Dulu zaman saya jadi akauntan pun walaupun saya ahli professional body, ASCPA, saya rasa sama aje. Dari segi ganjaran atau pengiktirafan , masih dipandang dari kebolehan dan kesungguhan setiap individu. Ada je accoutant ACCA ke MACPA ke, walau pass ujian susah macam mana pun, performance di tempat kerja tak semestinye cekap.
Guru ada professional body di Malaysia atau di peringkat antarabangsa tak? Kalau ada, tentu boleh formulate atau sudah pun ada Standard dan qualifying examination. Tapi siapa yang kata guru tak professional?

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI