KESINAMBUNGAN - ANAK MASUK SMSJ
Isnin lalu - 11/01/2010 aku telah menghantar anak bongsu aku meneruskan pengajiannya ke peringkat menengah ke SMSJ. Ada beberapa perubahan yang mana agak lain berbanding semasa kita berada di sana lebih 30 tahun yang lalu.
Bangunan baru ini dah siap untuk digunakan dan ianya dibina di kawasan lapang antara bangunan lama dan padang sekolah. Ianya akan dijadikan blok pejabat & perpustakaan baru sekolah manakala pejabat & perpustakaan lama akan digunakan untuk bilik darjah.
Semasa pendaftaran pelajar baru setiap seorang daripada pelajar baru akan diiringi oleh abang/kakak angkat masing2 yang mana mereka ini akan membawa & menunjuk arah kepada pelajar baru & ibu bapa pelajar baru proses pendaftaran dan seterusnya semasa minggu orientasi pelajar2 baru.
Abang angkat anak aku ni merupakan pelajar tingkatan 4 & juga merupakan pelajar cemerlang dengan keputusan 8A peperiksaan PMRnya.
Semasa pendaftaran juga setiap pelajar baru telah ditetapkan rumah sukan masing2 & anak aku juga telah meneruskan kesinambungan aku diSMSJ kerana dia dipilih untuk menganggotai rumah Purnama . Seterusnya anak aku telah dibekalkan terus kain cadar & sarung bantal berwarna merah untuk kegunaannya yang mana ianya telah dimasukkan ke dalam kos semasa pendaftaran.Setiap pengambilan pelajar baru tingkatan 1 hanya 120 orang sahaja yang dipanggil iaitu untuk 4 kelas sahaja yang mana 60 adalah lelaki dan 60 lagi adalah perempuan. Walaupun terdapat pelajar perempuan tetapi aku dimaklumkan bahawa bukan sahaja asramanya diasingkan diantara lelaki & perempuan, kelas pembelajarannya juga diasingkan iaitu 2 kelas pelajar lelaki & 2 kelas lagi pelajar perempuan. aku pun tak tahu kenapa ianya dilaksanakan secara demikian sekarang ni tetapi kira2nya nasib kita dulu agak bertuah juga kerana bercampur juga satu kelas dengan pelajar perempuan.
Itulah dia sedikit berita tentang SMSJ pada masa kini.

Ulasan
terkenang dimasa dulu
hatiku merasa pilu....(lirik lagu lama...hehehe)
Anak yang pertama - belajar disekolah agama dan duduk diasrama. Tak minta tp kami galakan kerana ada peluang. Alhamdulilah x de masaalah amat mudah - cam benih dicampak, kat mana pun hidup subur sampai skrg.
Anak bungsu.. dia ni sejak awal lagi mmg bercita-cita nak sek agama dan duduk blajar diasrama, alhamdulilah berjaya tp mak oii.. cal umah hari2 seawal 6.45pagi dengan sendu, nak blaja tp miss home so much. La ni form 4.. seminggu 2kali pun susah nak dengar suara dia.
Anak kedua.. blaja dan duduk asrama form 4. Bila kita x galakan krana umah dah x de orang, majuk dia..yang lain boleh, dia x boleh katanya. Hantarlah nun sampai ke Muar sana. Yang ini ya ampun.. kerana masuk 2nd intake x dpt nak sesuaikan diri dgn kawan2, asyik tpon aja & nangis2 bila ada pluang mintak kami ambik balik, sampai takut nak jawap tpon. Berulanglah kami setiap minggu.. pujuk. That time, marah & geram x boleh nak kira tp krna anak kita turutkan juga. Mujur okay sampai ambik peksa SPM.
Anak... oh anak...