PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN MENYINGKAP TABIR RAHASIA


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setaqwa Aisyah,
pun tidaklah setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. .... Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal,
kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Dari Zaiha Arifin..

Ulasan

kembara kelana berkata…
wah ganas nya kata kata dan bahasa...indah. tapi yang aku heran..wak mimbar pulak yang jadi s/u. kira dari zaiha dan mimbar lah tu...baru betul. terima kasih pada input yang bernas ini
fati berkata…
Alamak Zai....cantik nya entri ni, wak mimbar tolong entrikan, bagusnya....aku rasa aku nak print, pas tu nak besarkan tulisan dia, nak buat cantik-cantik dan framekan , bubuh kat dinding yg selau kami tengok.....anak-anak pun boleh ambik ni, suka betul aku bahsanya, indah sekali...mana kau dapat Zai...?
asri berkata…
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah entri ini supaya kita selalu berwaspada dan mengaudit diri kita jangan asyik nak mengaudit diri orang lain sahaja.
zie berkata…
Syabas & terima kasih Zai,
Idea bernas,gaya penulisan kreatif,dan mampu menjana pemikiran untuk menganalisis. Orang Muor memang hebat...
Akan saya jadikan tatapan mata ( kalau Fati di dinding, saya di bawah cermin atas meja pulak lah )
asri berkata…
Syahdu Sop bila kau kepilkan dengan lagu-lagu jiwang d blog ni. Kau ni memang GB jiwang-jiwanglah. Jangan staffs kau jiwang-jiwang sudah.Susah kau nak handle kang.
Azida berkata…
Salam. Sungguh indah... dalam maknanya tu, jangan baca aje tau... kena hayati yang tersirat.
pakroslan berkata…
Salam Zaiha,
Allah Akbar... kau memang hebat Zaiha..
Zaiha berkata…
He..He..Hanya copy n paste aje. Ini gara2 entri yang mencuit hati daripada cinta gelap, cinta 2 darjat dll hingga kepada audit mengaudit. Untuk audit tu kena ada KPI n benchmarking. Jgn sampai mentua kata menantu ke hantu! Fikirlah sendiri.....siapalah aku ni!
mrs jannuri berkata…
Fati, cakap awak tu memang betul. Bahasanya indah sekali, teringin sekali nak bacakan kat wak macam berlagu syair, takut pulak wak terus deman tak dapat bangun.... menyusahkan je...
hafizah berkata…
Salam Zaiha. Best betul entri awak ni! Saya nak copy pulaklah. Awak kat mana? Ada lapang, calling2lah.
sha'ri berkata…
Member, ramai yang duduk alam maya tak timbul , dia jenis 'wait and see' komen pun tidak diberi

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI