Tempat Jatuh Lagi Dikenang
Tempat jatuh yang aku nak kongsi bersama kawan-kawan kali ini ialah sebuah sekolah swasta Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam di Jalan Abd Rahman Andak JB. Di seberang jalan Sekolah St Joseph, di belakang Sekolah Convent. Desas desus kata puteri Kolej tersepit dalam konflik remaja antara para teruna St Joseph dengan gadis-gadis Convent. Almaklum remaja zaman 70an rata-rata adalah pewaris baby-booms. Memang happening. Namun pelajar SMSJ tidak terlibat. Aku beri tahu kenapa.
Kolej Puteri berkongsi laman dengan Istana Tengku Mariam, sebuah istana lama adik Almarhum Sultan Ismail. Aku diberitahu supaya tidak pergi ke istana kerana menurut ceritanya di dalamnya tinggal penghuni maya yang menjelmakan dirinya sebagai lampu berjalan pada waktu malam. Namun, aku yang berjiwa peneroka dan yang suka ambil tahu hal yang tak berkaitan, pernah curi masuk melalui pintu sempit di tepi sebelah kanan yang terlindung oleh rimbunan pepohon bunga kenanga cina. Aku panjat tangga pusing kusam 90 darjah naik ke tingkat atas. Di dewan atas cuma ada beberapa longgok sofa dan meja berbungkus kain belacu buruk diselaputi sarang labah-labah. Mungkin kerana hijab aku tebal, mata aku tak nampak yang lain.
Warden Kolej masa itu tak lain tak bukan Cikgu Robiah Hamzah, kini pakar motivasi kerohanian terkenal dari RKH Motivasi Services Sdn Bhd. Cikgu Robiah rasanya baru keluar dari maktab perguruan, berusia awal 20an. Namun ketokohan Cikgu Robiah terserlah sejak tahun 1974 lagi. Beliau tegas, sangat berdisiplin, penyayang dan garang. Sifat penyayang beliau dapat dilihat pada bahasa tubuhnya yang melentuk apabila menasihati pelajar. Bab garang Bagio boleh tolong terangkan. Beliau meninggalkan SMSJ sejurus kita pindah ke Kluang untuk melanjutkan pelajaran manakala tugasnya sebagai warden diambil alih oleh Cikgu Aishah Daan. Namun penangan Cikgu Robiah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai pelajar M2. Aku masih ingat, beberapa kali aku dengar Bagio mengomel dalam kelas, kalau ada Cikgu Robiah tak ada budak yang terang-terang tunjuk perangai semasa cikgu mengajar. Kerana ada insiden kenakalan pelajar hingga guru Bahasa Inggeris menitiskan air mata dalam kelas.
Pengetua Kolej tidak lain dan tidak bukan Allahyarham Hajah Zainun Munshi Sulaiman, tokoh Srikandi Negara yang mesra dengan panggilan Ibu Zain. Seorang pejuang kemerdekaan wanita, dalam istilah orang putih feminist, yang turut memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada masa itu usia Ibu Zain rasanya hampir menjangkau 70 tahun. Teater musikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir ada dipersembahkan di Istana Budaya, yang tak jauh dari tempat aku kerja, pada bulan Ogos lalu tapi aku tak pergi. Sebabnya, hati aku tak tergerak nak pergi. Sebabnya, aku kecewa dengan penyataan pelakun utama pemegang watak Ibu Zain muda yang katanya beliau tak kenal siapa Ibu Zain. Dan aku kurang setuju Liza Othman jadi Ibu Zain dewasa. Mata aku tengok dia tak ada bayang rupa Ibu Zain pun. Bagi aku Safura lebih sesuai dari segi raut wajah dan perawakan, namun aku faham, Safura dalam liga lain masuk bab seni pentas elit Melayu ni. Sebabnya, aku pernah dapat sentuhan peribadi Ibu Zain satu masa dulu. Sebabnya, aku tak rela kenangan silamku bersama Ibu Zain tercemar oleh unsur buatan teater muzikal. Bagi aku, pengormatan atas Ibu Zain wajar serius. Kalau tengok lagi PGL muzikal bulan Februari nanti, tak apa, itu aku suka.
Ibu Zain, seperti Cikgu Robiah, seorang yang penyayang namun tegas. Beliau bukan saja sayang kepada kami semua yang dipanggilnya anak-anak, malah kepada pokok-pokok yang tumbuh di sekitar Kolej. Pagi-pagi, setiba di Kolej Ibu Zain memulakan rutinnya menegur pokok-pokok sebelum masuk ke pejabat. Beliau akan berkata, ‘selamat pagi pokok-pokok’ sambil membelai daun-daun pokok. Patutlah pokok-pokok di sekitar Kolej subur merimbun oleh sentuhan kasihnya.
Pelajar SMSJ di Kolej berpeluang bertemu Ibu Zain pada hari Jumaat pagi sahaja sementelah pada zaman itu sekolah cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami semua dikehendaki berbaju kurung, beratur masuk ke dewan makan mengambil tempat duduk masing-masing untuk minum pagi bersamanya. Ibu Zain akan berjalan perlahan-lahan menyapa kami satu persatu, sebagaimana beliau menegur pokok-pokoknya. Di atas pintu dewan tertera kata-kata, ‘Makan Sesudah Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang’. Bergenang air mata emak aku bila aku beritahu slogan tersebut. Anaknya di asrama kena berlapar dulu sebelum diberi makan, makan pula tak bagi kenyang, fikirnya. Makrifat disebalik himpunan kata tersebut amat murni disebalik pesuratan slogan itu. Kalaulah aku amalkan tabiat makan seperti di Kolej tentu aku tidak seperti aku yang sekarang ini.
Pada satu pagi Ahad seorang cikgu Kolej yang aku panggil kakak mengajak aku ke rumah Ibu Zain di Straits View dekat dengan Pantai Lido. Dalam perjalanan, kakak kata dia nak jumpa Ibu untuk mendapat kebenaran berkahwin. Menurutnya, cikgu Kolej apabila berkahwin akan dipindah ke sekolah lain. Sejurus aku salam dengan Ibu Zain, beliau menakup kedua pipiku lalu mengusap rambut di ubun-ubun dan berkata, ‘oooo ... manisnya anak ini, gigi tengah tumbuh ya’. Kami dihidangkan air teh O dan biskut manis oleh Fadzilah, adik Adibah Amin aka Seri Delima penulis pojok ‘As I Was Passing’ aka Cikgu Bedah musuh ketat Dharma dalam Adik Manja.
Kenangan pernah diajar dan dijaga oleh Cikgu Robiah dan pengalaman di bawah naungan Ibu Zain, memberi kesan yang besar dalam diriku. Bukan dulu, tetapi kebelakangan ini. Dulu aku tak faham, dulu aku abaikan saja wajah-wajah hebat yang bukan sekadar menyapa malah tempat aku menumpang menggantikan ibu dan bapa. Sungguh, pertemuan 1312 membuka tirai kenangan lalu satu persatu berserta perincian storyboardnya sekali. Betapa bertuahnya, di tempat jatuh kita pernah dijaga oleh dua tokoh hebat, Dr Robiah K Hamzah dan Srikandi Negara Tan Sri Ibu Zain Sulaiman.
Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam. Pencetus sejuta kenangan.

Ulasan