Isnin, 25 April 2011

Pertemuan batch 1978 sempena ulangtahun ke 50

Salam kawan2

Lama sungguh tak menjenguk blog kita ni yg pada satu ketika dulu mmg sgt2 meriah dn antara perkara yg pertama yg mesti dilakukan bila online.

Jadi aku rasa sempena pertemuan yg dicadangkan pada hujung tahun ini, eloklah jika kita mengembalikan keceriaan blog smsj78 ni dgn berita2 terkini. Apa kata kawan2?

Kenangan lama bermain dimata: Adik Zuraini Alias

Ir Zuraini Alias


Yang ni...aku boleh kata...wow ...


Zuraini berbaju biru..menyanyi di atas pentas SMSJ.
Patutnya, Zainal Alam panggil Zuraini nyanyi dulu...


SMSJ78

Aku menulis lagi, entah siapa yang membaca tulisan aku ni aku pun tak tau. Dulu memang ada counter aku create di sisi blog ini, tapi kena godam...namun begitu sejak di bangunkan 'rumah maya' ini rasanya sudah melebihi 100k pembacanya, malah ada juga dari luar negeri. Aku semakin mengerti, media alternatif sekarang semakin mudah di akses dan mudah di baca oleh penggunanya. Hari ini aku terkenang di ruang mata dan teringat pulak seorang gadis, manis, lansing, tinggi, lincah dan aktif yang bernama Zuraini Alias.

Dia ni junior aku setahun, rambutnya ikal mayang, mudah tersenyum, riang dan dan sering berjalan dengan aruah Faizah, Salamah dan Zaharah Yahya. 4 gadis ini mempunyai aura tersendiri. Zaharah Yahaya, amat manis dan berkulit sawo matang, Salamah, putih melepak bagaikan salji di pergunungan, Aruah Faizah...amat rupawan sementara Zuraini juga ada aura yang tersendiri dan paling kuat bersukan. Kehadiran 4 bintang ini menjadikan batch 1979 bergemerlapan menyinar persada SMSJ. Sejak mereka tingkatan 1 hingga mereka tingkatan 5, keempat ini memang menjadi buah mulut penghuni asrama putra, dan siapakah yang dapat menawan hatinya...itu sering menjadi satu persoalan yang tidak terjawapkan dan mungkin telah terjawab pun sekarang ini.

Ok. Fokus, fokus..... Zuraini Alias.
Adik Zuraini Alias ni. Sekarang Ir Zuraini Alias, rasanya menurut sumber sedang membuat PhD dan ada syarikat serta menjadi pensyarah juga. JK kepada beberapa pertubuhan dan sering keluar negeri...Semasa sekolah ..aku tak tau Adik Zu ni dari daerah mana, kampung dia di mana...Apatah lagi adik beradik dia berapa dan emak ayah dia kerja apa...[ sapalah aku nak dapat info tu semua ] Aku dengan geng aku yang tak terkenal itu, sering berbisik sendirian jika melihat zuraini dari jauh, ...tu tu...mana? tu tu....dan sepanjang aku di smsj, tak pernah aku nampak Zuraini ni berjalan sendirian, mesti ada yang escort dia. Dan memang zuraini ni tak pernah mengenali aku... sebab aku sendiri tak berani mencuba menyapa dia...memang sah tak akan mendapat layanan...rasa rendah diri orang miskin macam aku ni begitu menebal..tak mengapa...bukan aku sorang...sebab zaman tu memang begitu...zaman malu malu...

Baru baru ini adik Zuraini menulis dalam blog kita, katanya dia selalu membaca blog kita dan menurutnya, di 'tempat dia' kerajaan disana blok blog kita ni...atas perintah mahkamah katanya..[ sila baca komennya dalam entri 4 bintang. ] Ada dua perkara besar dalam komen adik zuraini itu. Pertama itulah pertama kali adik zuraini berinteraksi dengan aku...melalui komennya, terima kasih. kedua blog smsj batch 78 di halang oleh perintah mahkamah...ini adalah sesuatu yang menarik...kenapa yer? ...ah..biarlah bab kedua tu.. Setahu aku, blog ini tak ada lansung menyebarkan perkara yang mengancam negara...getus hatiku.

Kali terakhir aku melihat Zuraini pada majlis makan malam di Dewan Felda last year dan keadaaanya ...wow....rambutnya....wow.....zuraini zuraini....walau sudah lama terpisah....kau masih mengekalkan aura yang tersendiri itu...aku masih terbayang..ketika dia menggunakan head ban...ikat rambutnya dan berlari memecut mendapat pingat emas semasa 100m hurdles. Ramai yang bersorak menjerit namanya...aku masih teringat yang dia sentiasa kelihatan ketawa ketika bersembang dengan kawan kawannya. Eh? kenapa aku terbayang zuraini pulak hari ni?...kacau betul....oklah setakat tu saja yang aku tau...salah nanti...teruk aku kena saman...hahahahaa.......maaf yer zuraini kalau tersalah info dan salah dimengertikan...tulisan ini hanyalah pendapat peribadi dan tidak niat untuk menghasut. Oh yer.....di atas tu antara gambar gambar Zuraini dulu dan sekarang...

Untuk adik Zuraini. aku doakan kau dan keluarga aman dan bahgia, beriman dan murah rezeki dan semoga silaturahim antara zuraini dengan abang dan kakak batch 78 berterusan dan berkekalan. Salam hormat untuk zuraini dan terima kasih kerana menziarahi blog ini. Selamat dalam menghadapi kehidupan ini dunia dan akhirat.

Selasa, 5 April 2011

Majlis Makan Malam (Amal) SAJOHA

Buat semua rakan SAJOHA sekelian,

Saya dengan rasa rendah diri dan telah di amanahkan oleh Jawatankuasa SAJOHA untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA seperti yang di nyatakan.

Butir-butir anjuran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 April 2011 ( Sabtu )
Masa : 0730 - 1100 malam.
Tempat : Tiara Golf Resort , Air Keroh , Melaka

Thema majlis : Nostalgia SMSJ....RETRO...
Pakaian : Kemas and santai...

Bayaran yang di syorkan:
AHLI Sajoha yang hadir : RM 100
AHLI Sajoha yang tidak hadir : RM 50
AHLI Sajoha yang hadir dan telah menyertai GOLF Amal : RM 70
Guru (menerusi tajaan ahli Sajoha ) : RM50
Suami/isteri ahli Sajoha : RM 50
Anak ahli Sajoha /seorang : RM 30
( bayaran RM 50 adalah untuk yuran tahunan SAJOHA).

Keuntungan/lebihan dari hasil majlis ini, kami mencadangkan supaya :
30 % - tabung SAJOHA
30 % - tabung SAJOHA untuk program SMSJ ( contoh program pengantarabangsaan,sukan, dsbnya)
40 % - tabung naik taraf surau SMSJ.

Bayaran boleh di buat mulai Jumaat ini, 18 hb Mac 2011 melalui akaun Hussain Mian - 512101253298..maybank...dan tarikh akhir, adalah pada hari Jumaat 22 hb April 2011 ( untuk tujuan kemaskini rekod dan pengoditan).

Bagi pihak JK Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA ini, kami amat mengharapkan sambutan dari rakan / abang / kakak dan adik sekelian. Ambillah kesempatan ini untuk mempereratkan ikatan silaturrahim antara kita semua.

Untuk menyempurnakan majlis ini, batch 86 telah di lantik untuk mengetuai aturcara pada malam tersebut sambil di bantu oleh kumpulan band SAJOHA, khasnya dari batch 83.

Salam penuh rasa rendah diri dari saya.

Hussain Mian
Penganjur bersama batch 83 dan 86.
Majlis Makan Malam Tahunan SAJOHA
No HP - 017-8889688