Khamis, 30 Julai 2009

Hindarkan Kami Dari Wabak H1N1



Assalamualaikum wbrkth.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani.

Maaflah, agak lama juga saya tidak menghantar apa-apa entri mahupun komen. Agak sibuk sikit dengan tanggungjawab pada keluarga dalam keadaan saya yang semua sedia maklum ini. Di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya terima dalam email saya baru-baru ini.
Sekarang, semua manusia di seluruh pelusuk dunia diuji oleh Allah dengan ujian selsema
babi. Umat Islam diajar oleh Allah Yang Maha Berkuasa dan Rasulullah s.a.w yang tercinta agar senantiasa berdoa dan berdoa dan berdoa kerana doa itu adalah senjata orang-orang mukmin. Sesungguhnya, orang yang paling bakhil dan tak berguna adalah orang-orang yang tidak mahu dan malas berdoa kepada Allah walaupun semua manusia sedang ditimpa musibah. Doa yang kita pohon bukan saja untuk diri kita tetapi juga untuk keseluruhan umat Islam.

Moga2, doa kita diperkenan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.
[ info H1N1....ada di bahagian bawah blog....admin ]



5 ulasan:

fati berkata...

Terima kasih Lila kerana berkongsi doa ini dengan kami....

babun berkata...

terima kasih lila...anak aku semua balik, kumpul kat rumah akibat h1n1

hafizah berkata...

TQ Lila, saya copy...ok?

Kembara Kelana berkata...

aku pun nak copy lila dan mintak izin amal..

norlilasamad berkata...

Fati, Babun, Hafizah dan Usop serta rakan2 semua,
Copylah doa tu. Saya izinkan. Memang untuk dikongsi bersama. Semoga ALLAH makbulkan doa kita, Ameen.