JOM KITA KE BATU PAHAT

Buat teman-teman yang berkesempatan bercuti bersama keluarga.

Sepuluh jari saya susun rapi bagi memohon maaf pada ahli kelas 5M1 terutamanya  Kembara Kelana. Saya mencelah sikit untuk masukkan entri ini.  

Daerah Batu Pahat sedang menerima kedatangan tetamu-tetamu dari seluruh Malaysia. Kenapa ya? Ini yang saya nak bagi tau ni. Batu Pahat telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Sofbol dan juga Bola Keranjang peringkat MSSM dari hari ini, 1 Jun 2009 hingga Isnin, 8 Jun 2009.

Jadi, sambil2 menonton pertandingan tu, bolehlah pekena Baryani Power ke, Baryani Mat Shah ( Benteng) ke, Asam Pedas, Mi Bandung Odeon ke atau Sup Sitam. Waktu malam pula, jom kita ke Dataran Penggaram  ( pancuran air) dan seterusnya menjamu selera di BP Walk.

Kalau nak shopping, jom ke Air Hitam untuk beli perhiasan rumah. Pas tu, kita ke Parit Raja (dekat rumah Tn. HJ. Yahya Selamat) untuk beli kerepek yan
g pelbagai jenis. Ada masa lagi jom ke Azhar Food Industry di Rengit untuk borong lebih banyak kerepek dan kuih2 kering sebagai ole2 untuk dibawa pulang.

Kepada teman-teman semua, SELAMAT DATANG KE BATU PAHAT...



Dataran Penggaram Batu Pahat


Ulasan

kembara kelana berkata…
aku memang berkenan dgn batu pahat ni dah lama lela, tapi entahlah aku cuma lalu jer jarang nyingah
kau boleh entri apa saja bila bila bila masa...no problem, tak yah minta maaf...tak salahnya
kembara kelana berkata…
wak...dia orang faham...saja jer, budi bahasa...terima kasih bar, kau lah pemantau terbaik setakat ni.. harap argumen temopuh hari depan fuad..kau tak kecik hati..
norlilasamad berkata…
Bukan ape, Usop & Member, minggu ni kan giliran 5M1 buat entri. Mana la tau, ramai lagi rakan2 5M1 yang nak buat entri. Saya ni kacau daun aje.Lebih kurang macam nak MINTA LALUAN la kira2nya tu...
hafizah berkata…
Emmm..... Norlila, lama saya tak balik kampong. Minggu depan ni mak saya nak datang rumah. Jadi kita tak balik juga cuti ni... Lama tak pekena beriani mat shah. Kita org sekeluarga suka juga ke BP walk malam2. Pekena nasi lemak/otak-otak.
Walking blogger...
Nice blog...
Have a visit to my blog.
Thanks

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI