Catatan

MG Bersama Azman Abd Rahman

Imej
MG dengan Azman di Bandar Baru Bangi Ahad 22/02/2009 mulai jam 2-00 petang. Tempat perjumpaan akan update sebelum perjumpaan atau boleh menghubungi saya. Dia baru balik dari Riyadh. Semua sahabat dijemput ke majlis ini. Foto-foto semasa MG bersama Azman Rahman di Palma Cafe Bangunan PKNS, Bandar Baru Bangi. Terima kasih kepada kekawan yang dapat hadir.
Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 untuk sahabat kita 1. KEW CHEE KIM (5E1) pada 18 Feb 2. MUKLIS MOYO (5M2) pada 20 Feb dengan ucapan semoga diberkati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin! [ untuk Mr Kew..sorry lambat sikit entri ucapan ni, aku sibuk ma...jangan marah ya cikgu ] dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

MG di utara tanahair

Imej
Salam, Hari Ahad lps, Shari dan famili dia telah dtg menziarah ke pondok aku kat Sg. Petani. Dia melawat pelajar yg dia selia di Penang tetapi mengambil kesempatan utk dtg menziarah aku. Timakasih Shari kerana sudi menziarah aku yg sgt jauh di utara ni...Sempena kedatangannya, dia juga ada menalipon Dr. Rouse yg dia akan kerumah aku dan bila habis jer waktu keja, Dr. Rouse pun segera ke rumah aku di Bandar Laguna Merbok. Kami berbual panjang, tapi tak sempat buat n hidang laksa johor dan makanan2 yg sedap2 macam kat rumah Azida. Apapun kami seronok dpt berjumpa, cuma lupa nak bgtau pada tok penghulu utara bro Am kita lbh awal supaya dtg ke sp kalau dia bolehlah...the more the merrier..sorry tok penghulu Am..(dia dah lama kat utara ni, jadi aku lantik dia jadi tok penghulu utk batch kita kat utara ni....hehehe) Insyaallah, kita buat mg betul2 n plan awal2 skit nanti. Ini pun Shari terjun jer sbb bila dia dah smpai kat Penang hari Sabtu tu baru bgtau. Anyway, Shari dah nampak sihat dari ...

Peluang yang banyak di Arabia

Imej
Salam alaik sahabat-sahabat, Saya telah update blog www.KenaliArabia.com dengan peluang niaga untuk sesiapa yang berminat. Peluang ini terbuka kepada semua syarikat dan koperasi di Malaysia sahaja. 1 ) Sahabat saya di Riyadh Arab Saudi telah mendapat lesen ISP baru-baru ini dan sedang mencari Technology Partner dari Malaysia untuk memasarkan Value-Added Services. Di bawah ini adalah gambarajah konsep umum usahasama : Konsep Kerjasama : klik utk paparan lebih besar 2 ) Sahabat Arab ni telah lama berkecimpung memberi khidmat SMS/MMS Content dan SMS Gateway untuk beberapa Stesen TV. Kini beliau mencari Content dan juga aplikasi Games khas untuk NOKIA sahaja. Untuk info lanjut, sila lawati www.KenaliArabia.com . Semoga maklumat ini memberi manfaat untuk semua sahabat.

Gambar Sekitar MG Kat Rumah Azida

Imej
Penyambut Tetamu

SELAMAT HARI LAHIR

Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 pada 6 Feburuari2009 untuk sahabat kita 1. HAFIZAH AWANG (5E1) 2. ALIAH HUSSEIN (5E2) dengan ucapan semoga diberkati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin! dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

Minum Cendol

Imej
Aku mulai semalam sampai 5 Mac depan jadi student semula kat UKM. Kamisan lak rupa2nya tengah kursus kat Bangi ni juga. Tadi dia telefon aku dan kebetulan aku dah habis lecture so apa lagi kita org set pergi minum cendol kat depan kilang hitachi. Malam ni dengarnya Azhari nak ajak dia dan member2 lain ngeteh.