Sebuah Citra Kehidupan
SMSJ78 Memang dahulu kami berjauhan walau dekat dimata, namun masa berlalu mengheret sukma dan pemikiran kami menjadi amat dewasa. Bukan sahaja rapat dan intim malahana ada yang saling kunjung mengunjungi, lawat dan ziarah kasih sesama kami. Batch 1978 yg dulunya dijarak oleh gender dan rasa malu yang amat tebal kini menjadi antara batch yang sangat rapat dan perihatin. Mantap dan seperti saudara seibu sebapa layaknya. Kisah kemalangan dikalangan kami. Kami sama sama berasa sedih dan pilu. Kisah kejayaan anak anak kami, kami rasa yang berjaya itu anak kami juga. Kisah kemeriahan kerja kawin, kenduri doa selamat kami tidak mengira jarak dan pangkat darjat. Kami datang dengan penuh rasa kasih dan akhirnya ada antara kami mengenali sehingga isteri dan suami serta anak anak kawan kawan kami. Perbezaan sosio ekonomi, status berkerjaya atau sudah pencen, dulu kami berbeza aliran. Ada malay medium ada english medium..kami kesampingkan. Dulu kami tak pernah erti gurau senda sesama rakan ...