Memori Indah dan miss you
SMSJ78 Miss pada yang tidak hadir Akhirnya seorang demi seorang di jemput pulang ke hadratNya. Bilangan semakin berkurangan dan bilangan zuriat seperti anak dan cucu semakin bertambah. Kita kena akur, kita kena memberikan ruang untuk orang baru dan kita orang lama kena beransur ansur pulang mengadap ilahi. 13 Ogos yang lalu, aku dan isteriku berkesempatan menziarahi Majlis Ulangtahun Perkahiwanan Norlida dan Nadzer yang ke 30 serta doa selamat untuk putranya selamat menikah dengan seorang yang dduduk jauh dari sini. Kehadiran kawan kawan tidak lah ramai tetapi meriah wajah yang datang di ceriakan lagi dengan hadiah senaskah AlQuran dan rehal oleh ida dan nazer. Sanak saudara, rakan dan jiran mereka datang berkunjung. Aku melayang memandang hakikat dan gerak geri tuhan dalam majlis itu. Hati kami di gerakkan untuk berhimpun dalam satu majlis yang sederhana demi sebuah silaturahim. Yang datang jauh pun ada dekat pun ada, yang sibuk pun ada dan yang sederhana dan ...