Hujung denai kehidupan
SMSJ78 Ketika ini semua rakanku dan aku memasuki usia 55 tahun. Perkenalan kita telah berjalan dan berusia 42 tahun. Dewasa dan amat mantap. Lama dan amat kukuh. Logiknya. Tetapi ironinya tidak begitu, tidak semua mempunyai persahabatan yang dewasa, mantap, lama dan kukuh. itu tidak mengapa. aku masih ingat ketika teksi yang membawa aku ke perkarangan asrama SSI di jalan tasik utara 42 tahun yang lalu. Aku bukan sahaja memulakan hidup baharu, aku bukan sahaja terpisah dengan emak dan abah serta adek adekku. Malahan aku sebenarnya telah dikeluarkan dari kepompong kemiskinan dan di letakkan di sebuah asrama yang membolehklan aku belajar dengan lebih selesa. Terpisah dengan kasih seorang ibu aku diselimuti ddengan kasih kawan kawan yang seangkatan denganku. Terkeluar dari siksaan hidup miskin di kampung dan hinaan cercaan orang senang dikampung kini masuk pula dalam gelembung buih anak rantau yang sama miskin dan sama taraf denganku. Meski aku pada masa itu masih kecil,...