Agak lama juga tidak menulis di blog ini. Mungkin lebih seronok berFB. Jadi malam ini aku tergerak untuk menulis sedikit. Tulisan aku seperti biasa tidaklah menarik, cuma cerita biasa sahaja. Syaitan adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Ia adalah daripada kalangan makhluk jin yang sangat jahat. Jin yang sangat jahat dipanggil syaitan. Berbanding dengan kejadian malaikat yang dicipta daripada cahaya yang mulia sementara manusia pula dicipta daripada tanah. Pada asalnya Iblis adalah tergolong dari makhluk yang taat dan menyembah Allah. Ia tinggal bersama-sama para malaikat di langit dan di dalam syurga. Tetapi ababila ia enggan sujud kepada nabi Adam sebagaimana yang diperintahkan, maka ia dihalau dari syurga dan diharamkan mendapat rahmat Allah dan akan menjadi penghuni neraka untuk selam-lamanya. Setelah iblis dihalau dari syurga, ia bersumpah kepada Allah akan menyesatkan anak Adam seperti firman Allah di dalam surah Al Hijr: 39-40 yang bermaksud: "Iblis ber...