Sabtu, 29 November 2008

Maklumbalas Daripada Farazah Mahmud

Terima email daripada sahabat kita yang baru dikesan.

Setelah 30 tahun Berlalu
From:"Fara Mah" charade4000@yahoo.com
To: masajb45@yahoo.com

Assalamualaikum,
Thanks for the sms. Tahniah kerana telah berjaya menjejaki saya. Terima kasih kerana still mengingati saya. But betul ke U masih ingat or kenal saya ni? I doubt it sebab saya cuma spent 2 tahun aje di SMSJ and agak low profile sikit @ tak mesra alam. Rasanya ramai yang tak berapa ingat and kenal saya. Macam saudara Md Khir Md Noor - serious saya memang tak ingat! Bila tenguk gambar dia dlm blog, barulah saya tahu yang dia dari kelas M1 dan kini bertugas di kendalian Teknik, RTM. Anyway, salam perkenalan untuk semua!

Mengimbas kembali selepas MCE. Selepas MCE, saya mengambil diploma Kej. Elektrik di UTM. Semasa di UTM ni, adalah saya berjumpa dengan Zaiha dan jumpa Azman (masa tu Azman jumpa budak SMSJ juga).
Lepas grad tahun 1982 - 1983 - saya bertugas di Hospital besar JB.
Tahun 1983 -1985 - Saya buat degree di USA. Masa ni I jumpa dgn my husband and berkahwin disana pada tahun 1984. Saya berkahwin dengan orang jauh - orang kelantan.
Tahun 1986 - 1996 : Bertugas di RTM. Pastu dah penat and boring bekerja, I break sekejap untuk buat masters. Dalam tahun 1986, masa saya bertugas buat persiapan majlis perkahwinan anak sultan johor, saya ada berjumpa dengan Ibrahim Isa. Masa ni dia jadi Arkitect di JKR. Tak taulah whether dia masih ingat lagi or not.
1986 - 2000 : Buat Masters di USA. Saya and suami buat Masters and kami bawa anak-anak sekali. Selepas habis Masters, kami stay sekejap, bekerja disana but Jabatan panggil balik. So terpaksalah balik and sambung kontrak dgn kerajaan.
2000- sekarang : Masih lagi di RTM - Jabatan yang tertutup and susah nak mendapat kenikan pangkat, unless ada yang pencen.
Lepas balik dari US, saya ditempatkan di institut penyiaran - menyelaras kursus and kadang-kadang kena mengajar. So rasa banyak masa terluang and saya rasa macam nak study lagi. So I buat MBA di UUM as part time student. Grad pada tahun 2003. Sekarang ni, saya rasa macam nak buat DBA pula tapi takut pula otak ni tak boleh terima sebab dah tua.
Lagi......
Awal tahun 2004 : Alhamdulillah saya dan suami dapat mengerjakan fardu haji.
Disember 2006 - Disember 2007 : Saya dan suami telah bertukar ke Sabah.
Tahun 2008 : Mula bertugas semula di KL.
Tentang anak-anak. Saya mempunyai 3 orang sahaja - 2 perempuan dan sorang lelaki.
Yang sulong (perempuan) - baru grad dan baru bekerja as Chemist di Sykt. swasta. Sedang menunggu kalau-kalau JPA panggil kerja (sebab scholar JPA).
2nd (lelaki) - sekarang sedang belajar di Flying academy. Kalau ada rezeki, dapatlah jadi pilot.
3rd (perempuan) - tingkatan dua.
Rasanya, ini sajelah. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menghubungi saya. Actually, sekarang saya di Alor setar - ikut husbang meeting.
Wassalam

Jumaat, 28 November 2008

Untuk Renungan Kawan-kawan

Sila tonton video ini sehingga ke penghujungnya

Ambillah iktibar daripada video ini.

Faraza Mahmud 5E1

Terbaru peroleh maklumat daripada sesorang. Faraza bertugas sebagai Jurutera di RTM Angkasapuri. Md Khair harap dapat sahkan. Ini no. telefon dia. Harap all the ladies can start contacting her. 012 2052241

Shamsudin Sulaiman @ Tenok 5E2

Aku dah dapat trace dia . Attach dengan Exxon Mobil. Pejabat kat sebelah KLCC TT. Kepada kekawan yang lain tolonglah hubungi dia untuk memujuk dia datang. Aku dah call dia dan sms segala maklumat kepada dia tapi masih belum mendapat apa2 maklumbalas lagi dari dia.
Tel Pejabat: 03 2053 2256
H/P : 013 3911767

Rakan-rakan 5E2 yang masih belum dapat dikesan:-

1) Shamsul Jabar - last post dengan Celcom jln Semarak. Left Aug. 2008
2) Zahar Othman - UPSI - tolong berikan contact no. ....... Fati pls.......
3) Abd. Rahman Mokhtar - dulu dengar cerita dia attach dgn Public Bank
4) Rosli Jalil - tiada maklumat langsung untuk mengesan
5) Norazman Idris - tiada maklumat
6) Abu Bakar - tiada maklumat
7) Rostam Mohd - mengajar kat MRSM ....... tapi MRSM mana?
8) Norleha Salleh - ahli farmasi ............ tak tahu samada dgn kerajaan/swasta.

So, kawan2 tolonglah giatkan usaha kita untuk mengesan mereka, sila dapatkan maklumat dan majukan kepada saya. Langkah seterusnya biarlah saya uruskan
.


Pemain Hoki SMSJ


Aku tengah repair PC aku yang dah lama kena serang virus. Bila dah OK dan tengah test, tetiba aku aku tengok ada gambar ni kat desktop PC aku ni. Akupun tak ingat macam mana gambar ni boleh ada kat sini. Padahal aku dah tak pakai PC ni sejak sekian lama.



Bersama-sama Mr. Khiew, pemain dari batch 1974-1978 ialah Noorsham, Khairul, Sarian, Vijayan, Arwah Rafie (yang paling tinggi) , Gajah, Azhari Ehsan, Norahmad, Rosli dan Shariff. Batch lain yang ada ialah Hafiz, Sulaimi, Hj. Sabirin, Masri? (sebelah Hafiz) dan sorang lagi (yg duduk sebelah Sham) tu saper eh? Maaf sebab tak ingat.

Khamis, 27 November 2008

Gambar2 kenangan bersama aruah Shablack , Abd. Rani, Abd. Aziz Misran dan Zaid Jais

Salam semua, ni adalah antara gambar2 yg aku dapat kongsi bersama dengan aruah kawan2 kita.






Gambar ramai2 di bilik asrama



Ini adalah gambar santai kat hujung tembok asrama.


Gambar ini ialah semasa dalam perjalanan ke Kota Bharu utk menghadiri pertandingan bahas Piala Perdana Menteri.


Kenangan bersama aruah Abd. Rani, Abd. Aziz Misran dn Zaid Jais. Aku tak tahu kenapa Usop mcm hendak tak nak jer masuk dlm gambo n terjauh dari yg lain. Apasal eh Usop?

Tips: Jemur Baju di Musim Hujan

Hehe sebab Usop kata ada masalah mengeringkan baju di musim hujan dalam posting dia dan dia mintak posting dari kita maka aku buatlah posting ni. so saper yang ada idea bolehlah beri cadangan tambahan. Ni yang aku pernah buat dan setakat ini memang ok:
1- gunakan dryer (tapi sekarang dah tak guna lagi sebab elektrik mahal)
2- keluar aje dari washing machine, terus hangerkan dia kat sidaian (yang boleh alih-alih) dan letakkan di bawah kipas siling. jemur malam, pagi esok dah kering. kalau rajin sebelum sebelum sidai gosok terus baju-baju yang perlu digosok.
p/s lama betul si fati ni balik kampung....

Selasa, 25 November 2008

Berita Terkini Norlila Samad

Terima email daripada Norlila:-
THANK YOU EVERYONE FOR YOUR KIND SUPPORT
From:
This sender is DomainKeys verified
"Norlila A. Samad" View contact details
To:
masajb45@yahoo.com
Message contains attachments
fmly.jpg (40KB)

Alhamdulilah. Berkat doa, kata-kata semangat dan kunjungan dari wakil rakan-rakan, saya telah disahkan oleh doktor pakar kardiologi sebagai 'selamat'. Rancangan untuk menukar program pacemarker telah dibatalkan kerana doktor mendapati ubat-ubatan yang digunakan memberi kesan positif. Denyutan nadi dah stabil - kurang daripada 100. Hasil beberapa ujian darah juga menunjukkan paru-paru dan buah pinggang berfungsi dengan baik. Terima kasih rakan-rakan, hanya Allah yang dapat membalasnya.........
Here, I enclosed a photo of me and the people who has given me the strength and will power to move on (husband and children). Not forgetting, to all my friends, THANK YOU SO MUCH. Insyallah, will see you all on 1312. MAY ALLAH BLESS YOU ALL. Ameen~
p/s: Said, if you don't mind, please post this to our blog....thanks...

Isnin, 24 November 2008

Jumpa Album Lama

Aku baru aje tepon Noorsham. Saja aje usik-usik dia. Aku bagitau dia aku tengah stress sebab tengah minggu exam, sebab tu usik dia bila dia buat posting pasal kawan baik. Pastu teringat akan album lama aku ni. Sorilah kalau gambar tu tak clear sangat sebab aku nak scan tak ada scanner kat umah, so aku snap ajelah guna kamera.

Gambar 1974 di Asrama Putra SSI, Johor Bahru
Belakang Ki-Ka: Kew Chee Kim, Mohd. Nor Maaros, Sha'ri Yusoff, Yahaya Sadikon, Lee Kim Tiong
Tengah: Zainudin Ahmad, Adnan Afandi, Ibnu Hajar, Md. Khir Mat Nor, Ibrahim Isa, Sia Yong Yew, Syed Mohamad, Baharudin Jalil, Umat Salleh, Sukimin Juki
Zulkifli (senior), Azhari Ehsan, Ustaz Ismail, Wong Keng Chun
3M1 di SMSJ Kluang (1976)


1M1 di English College (1974)
umat, borhan, md. zin, zaid, usop, shukri, sukor, ghazali, jasmani. syed mohamad, ibnu & sukimin
shahblack, md. khir, syed bakar, elias, zaidi, yahya, member, jalil, adnan, azman & bakariya
jasminah, rosnah, fuad, cikgu hasnan, zubaidah, saadiah & latifah

Haa....ini yang paling best.....gambar si botak....kau tengok siapa yang jadi taiko group ni (yang pakai cermin mata hitam duduk tengah)
Belakang: Januri, Sukimin & Jamil Sien
Baharudin Jalil, Azman Raman, Ibnu Hajar, Yahya Sadikon & Umat Salleh
Rani Othman, Sharif Junaidek, Norahmad, Ghazali Husin, Jasmani Karimin & Jamil Shahran
Sukor Atan & Adnan Afandi
Men in Black: Amin Ali Zin, Said Ahmad & Zaidi Ibrahim

Kita semua adalah kawan baik...

KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???

Saya dengan itu menjemput semua kawan-kawan baik dari batch SPM/MCE yang sememangnya kawan baik saya ke perjumpaan pada 1312 nanti...jumpa di sana ok, kawan-kawan baik semua....

Orient Materials Company

Kawan kawan, di atas adalah syarikat Azman Abdul Rahman. Pak Arab 5E1. Dia adalah sebagai purchasing directornya alamatnyaP.O Box 301907 Riyard 11372 email azman ialah azmanar@gmail.com
SEMOGA AZMAN RAHMAN BERBAHGIA BERSAMA KELUARGANYA SEHINGGA AKHIR HAYAT.
[ maaf man, aku expose demi kawan kawan kita, ramai yang nak tau kisah kau...]
salam
Posted by usop at Sunday, November 16, 2008

Antara foto2 Azman yang dapat diupload dari website dia untuk kawan2 melepaskan kerinduan mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Azman Abd. Rahman sila lawati blognya di bawah:-

Keadaan Norlila Samad

Selepas ke rumah Cikgu Syed Hussin aku terus bergegas ke HSA untuk melawat kawan lama kita yang seorang lagi ni yang sudah seminggu di HSA. Setiba aku di BlokC tingkat satu suami Norlila terus menyapa aku bersama dengan dua anaknya di luarwad kardio. Dia seterusnya membawa aku ke dalam wad untuk berjumpa dgn Norlila. Keadaannya stabil sekarang tapi tidak boleh bercakap banyak, so aku lebih banyak berbual dengan suaminya. Dia mula menggunakan alat 'pacemaker' untuk jantungnya pada tahun 2004 dan penyakit jantungnya merupakan penyakit genetik mengikut apa yang diberitahu oleh suaminya. Aku juga diberitahu bahawa rakan kita Cikgu Rohana juga ada melawatnya. Minggu depan dia akan menjalani pembedahan untuk membaiki dan menggantikan alat 'pacemaker' itu dan doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menghadiri majlis kita nanti. Setiap kali aku menyebut tentang majlis 1312 tu dia sentiasa tersenyum menandakan tanda gembiranya dan semangatnya untuk bersama2.

Bersama suami Norlila Samad di hadapan wad pemulihan jantung

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Cikgu Kita

Syed Hussin Jaafar mengajar kita seni perusahaan juga guru sukan olahraga sekolah kita dulu dan begitu berjasa melahirkan athlete2 yang menyerlah termasuk aku dan isteri. Menjejaki beliau tak susah. No telefon dah ada so aku terus telefon dia menyatakan untuk ke rumah dia. Dia menyatakan akan menunggu aku di rumah sebelum berlepas ke Putrajaya pada petang Ahad itu juga.
Wajah cikgu kita ni memang maintain. Dia menyatakan akan kehadirannya kemajlis kita bersama2 dengan kembarnya juga Syed Hassan yang juga pernah mengajar di sekolah lama kita suatu masa dulu. Banyak perkara yang dibualkan termasuklah tujuan beliau dan isteri ke Putrajaya pada petang Ahad ini, lantas aku menelefon Azida Aziz agar dia dapat memberikan sedikit bantuan kepada bekas guru kita ini untuk berurusan di Putrajaya esoknya. Beliau sekarang ini merupakan penceramah untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Perbualan aku terpaksa singkat memandangkan beliau akan bertolak ke Putrajaya petang ini juga dan akhir sekali sebelum meninggalkan rumahnya lebih kurang jam 4:00 petang aku mengingatkan dia agar menghubungi azida di putrajaya nanti.

Ahad, 23 November 2008

Kamaluddin Mohamadon

Ahad 23/11/2008 aku menjejaki seorang lagi rakan lama. Aku tahu benar di mana dia bekerja kat JB ni. Memang dia setia dengan bidang kerjanya sejak dari habis pengajiannya dulu cuma berubah tempatnya sahaja. Tapi tempat dia bekerja sekarang memang begitu lama, sudah tiga kali tempat kerjanya sekarang bertukar nama tapi dia masih tak bertukar ke tempat kerja lain. JA Residence Hotel, itulah nama tempat kerjanya sekarang. Terletak betul2 di tengah2 bandar JB. Lepas dari causeway masuk dari Singapura jalan kaki pun dah sampai ke hotel dia ni.
Aku tiba kat hotel dia bekerja jam 11.00 pagi. Dia begitu gembira menyambut ketibaan aku. Perbualan terus terarah kepada perjumpaan 1312 akan datang. Banyak cerita2 lama yang dibualkan dan acap kali dia merakam rasa terharunya untuk datang dan berjumpa dengan kawan2 lama pada tarikh tersebut. Akhir sekali dia menyatakan akan kehadirannya ke majlis 1312 kita. Dengan itu aku menyeru kawan2 yang lain agar jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan rakan2 lama kita yang sudah 30 tahun terputus hubungan.

Jumaat, 21 November 2008

Life

Dear friends, I received this beautiful story from my friend and I want to share it with you. A Story to live by and for us to think about........

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked her,'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'

This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.

Life Is a Gift

Today before you say an unkind word
Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to GOD for a companion.

Today before you complain about life
Think of someone who died too early on this earth..

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us is without sin.

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and think: you're alive and still around.

Bertemu dengan Bekas Ketua Warden

Sebagai ketua penganjur majlis reunion aku pergi menziarahi Cikgu Hj. Abd. Rahman Karim ke rumahnya di Bandar Baru Uda, JB bersama isteri dan anak untuk menjemputnya ke majlis kita. Sebelum pergi aku dah call dulu. Dia baru aje balik dari pejabat Majlis Sukan Negara. Sesampai di depan rumahnya dia keluar dan menyambut aku sekeluarga. Dia dengan aku memang peramah dan mesra almaklumlah anak aku semasa sekolah rendah pun duk kat sekolah dia. Masa tu dia GPK Sek. Keb. Tanjung Puteri, Larkin sama-sama dengan Cikgu Zulkarnail Zakaria kita tu. Paling ramai anak si Noorsham lah kat sekolah tu.

Dulu masa zaman kita kat smsj dia memang dikenali sebagai ketua warden yang memang garang dan ganas. Aku rasa ramai di antara budak lelaki batch kita yang memang benci, menyampah, tak suka dan macam-macam lagilah dengan dia ni. Tapi sekarang taring dia dah tumpul dah. orang dah pencen. sekarang ni hobinya memancing. Ada kawan kita yang selalu menganjurkan pertandingan memancing tu jemputlah dia sebagai jemputan khas manatau dia berminat. Dia akan hadir ke majlis kita nanti. Doakan semoga kita dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi bekas-bekas guru kita sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka yang telah mendidik dan membimbing kita dulu. Antara yang telah dapat dijejaki - Syed Hussin, Onn Abdullah, Malik Khiew, Marmining, Yunus Dahalan, Paul Francis dan Heng Peng Nam.

PEMBAYARAN UNTUK MAJLIS JAMUAN

Kepada yang telah mengesahkan kehadiran ke majlis reunion kita bayaran bolehlah dibuat secara online ke akaun sapertimana di bawah. Bayaran boleh dibuat secara maybank2u.com atau secara online dengan menggunakan CDM (Cash Deposit Machine). Selepas membuat bayaran sila email/sms kepada saya mengenai butiran bayaran dan sila simpan cetakan resit dan hendaklah dibawa bersama semasa pendaftaran pada 1312 untuk tujuan pengesahan lanjut.

No. akaun: 101245214525
Nama akaun: Ennis Nadhirah Diyana
Bank: Maybank
Email: masajb45@yahoo.com
Tel: 013 7474545

Rabu, 19 November 2008

Posting dari KC Wong - Singapura

Aku dapat email hari ni dari Wong Keng Chun 5E2 untuk posting dalam blog. Ini cerita dia:-

Said has been bugging me to drop a note , so I gather since gue malas utk ceritain kisah "since you left SMSJ what happened?" gue bikin kontribusi la. I graduated from University Malaya where I used to meet the likes of Ragu, Viji, Boo, Syamsul and the late Aziz Misran in campus. Completed my MBA in Brisbane, Australia. I got into the financial services sector, started work in KL in 1984 but left Malaysia in 1989 to join a Venture Capital firm in Hong Kong. I have worked as an expatriate in Papua New Guinea, Hong Kong, Fiji , Sydney, Singapore, Jakarta in that order since. In those various countries I managed and ran merchant banking ; creditcards, leasing, factoring and insurance businesses, some of these businesses were then sold to companies like ANZ Bank, Commonwealth Bank, FAI etc as most VCs would. I have been based in S'pore for the past two years where I am now the Business Development Director with Swiss Life Private Placement , a wealth management outfit for High Net Worth Individuals and part of the giant Swiss Life Holdings, a fortune 500, headquartered in Zurich. Nevertheless, I do maintain a home in KL as well.
My Bahasa M'sia is pretty rusty now as Said would testify kerana udah tujuh tahun gue di Indonesia berkarier di sana dulu sebagai President Direktur Great Eastern Life Indonesia. Omong dan ngobrolnya total dlm Bahasa Indonesia , gado2 lah dikit dengan bahasa sunda and jawa ni. Sekiranya waktu ketemu teman2 mungkin cara omongnya beda ya, sori aje . Gue yakin reunion dinnernya sukses nanti, pasti semua terpukau dengan penyelenggaraan Pak Said dan geng.
I think it will be terrific to be able to turn back the chapters of our lives and meet the people associated with our journey thus far. To be honest, I have not been back to Kluang since I left, more 30 years ago and I probably would have forgotten some of my mates' names. My reflections of SMSJ are still that of JKR quarters, rivertex estate etc . I am sure things have changed and moved on, just like all of us. Look forward to meet you guys.

pic- noorsham, me, said and mrs at my place in Bukit Jalil Golf & Country Resort, KL.


Ahad, 16 November 2008

Tajaan Hadiah Cabutan Bertuah

Makluman semua yang sudah mengesahkan kehadiran ke majlis 1312 kita.
Penajaan lima (5) hadiah cabutan bertuah adalah merupakan penginapan percuma untuk empat (4) orang dewasa ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara antaranya:-)

1) Legend Resort Cherating - penginapan 2 malam




2) Holiday Inn Damai Resort Kuching Sarawak - penginapan 2 malam















3) Bali, Indonesia - penginapan 2 malam













4) Goa, India - penginapan untuk 3 malam














5) China (Beijing/Tianjin/Fujian/Yunan/Guilin)-penginapan 3 malam

Kalau ada penaja untuk tiket penerbangan pula alangkah eloknya.

Air Asia ada banyak penerbangan yang murah-murah sekarang ni. Cubalah war-warkan kepada yang boleh menajanya semoga semakin meriah majlis kita nanti.

p/s segala gambar yang disiarkan adalah ilustrasi yang diperolehi daripada penganjur pada masa ia diperolehi. segala perubahan yang terdapat pada gambar yang disiarkan pada masa akan datang adalah di luar kawalan pihak penaja.

Perjumpaan di rumah Hafizah


suami aku dan suami Azida dah jadi member




Hafizah, Azida, aku


15 Nov., setelah usai majlis konvokesyen tadika anak aku yg kecik sekali, kira-kira jam 12.50 tgh hari aku bertolak ke Shah Alam untuk menemui Hafizah di rumahnya.
Azida juga menyatakan keinginannya untuk bertemu hafizah juga. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menemui rumah Hafizah dan bertemu dgn Hafizah. Aku disambut oleh ibu Hafizah. Seronok sungguh setelah 30 tahun dapat menatap wajah Hafizah dan ibunya yang penyayang tu.
Azidah tiba setelah beberapa minit, semakin rancak perbualan kami sehingga tak sedar sudah pukul 4.00 petang. Kami beredar dan berjanji untuk terus bertemu di lain masa pula.

Jumaat, 14 November 2008

Akhirnya dapat jejaki Hafizah Awang

Salam kawan2.

Pertama saya ingin mengucap syukur Alhamdulillah kerana diberi petunjuk utk menjejaki kwn lama saya di 5E1 iaitu Hafizah Awang. Dia adalah antara kwn2 sekelas yg saya mmg lama nak bertemu semula. Saya tak tahulah knapa, tp mmg hati ini setelah dpt mendengar dari Norlila n juga dari Ee Huei Wan, dialah antara yg saya masih menunggu bila nak timbul.

Akhirnya dpt juga n selamat bertemu kembali pada Hafizah. Untuk ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada usaha dari Rosli Ahmad (atau lebih dikenali dgn panggilan Lot). Dialah yg memberi saya emel address n no tel Hafizah yg mana saya terus sms dn memperkenalkn diri saya. Alhamdulillah, salam pengenalan saya disambut dgn amat baik skali oleh Hafizah. Kalau kita tgk di gambar kelas 5E1, Hafizah adalah antara org awalin yg memakai tudung dan ini menunjukkan kesungguhan dia utk melakukan perubahan dan saya sebenarnya merasa amat kagum dgn sifat beliau tersebut dari dahulu lagi walaupun tidak diberitahu kepada dirinya atau sesiapa sebelum ini. Dari sifat inilah yang saya percaya membuat dia menjadi seorang yg amat berjaya. Ini bukan bermakna yg lain itu tidak berjaya, mereka juga berjaya dalam cara mereka tersendiri tetapi utk Hafizah, saya rasa inilah satu2nya kelebihan pada dirinya iaitu menpunyai sifat tabah utk mengharungi perubahan sbb seperti yg kita semua tahu, untuk berubah kepada pemakaian tudung semasa ia bukan mnjadi satu amalan seperti skrg bukanlah satu yg senang, tambah lagi pulak pada usia yang muda dulu.

Semasa bertukar sms beberapa kali, beliau yg juga telah dpt maklumat mengenai blog kita ni, mungkin dari Rosly jugak ,sebenarnya sedang melihat blog kita dan terus meminta no tel Fati yg saya berikan setelah saya dpt dari Usop. Gembiranya dia apabila dpt berbual dgn Fati kemudian tu n dia kata dia rasa sgt excited pada hari ini. Syukur, alhamdulillah skali lagi...semuga Allah memberkati beliau dan kita semua dalam usaha kita menyambung hubungan siratul rahim yg telah lama terputus ini. Kepada kwn2 yg lain, marilah kita sama2 berusaha utk dpt pertemukan kwn2 yg lain supaya kita dpt mengembalikan perasan kita di sekolah dulu yg sgt 'innocent' dan skrg pula dpt mengetahui apa2 perubahan yg kita masing2 lalui setelah 30 tahun. Subhanallah!...the life that Allah has given us is indeed very beautiful n interesting when looking from this perspective alone and what more when from other perspective? Welcome 'home' to all my friends of SPM/MCE 1978, let us come home indeed on 1312....

Rabu, 12 November 2008

Landmark Nostalgia

Siapa masih ingat dengan tempat ni? Yea........... panggung wayang coronation. Tempat kau orang cabut sekolah pergi tengok wayang ( kpd yang baik2 aje) dan berdeng kat dalam panggung. Sekarang ni dah jadi pusat snooker. tempat ini aku pasti banyak meninggalkan kenangan dan begitu nostalgia kepada sebahagian rakan2 kita.
Hari ni juga aku dapat hubungi Cikgu Syed Hussin , masih ingat.......... kat sek. dulu dia ngajar seni perusahaan dan jurulatih olahraga dan orang yang bertanggungjawab menjadikan aku dan juga isteri aku pelari yang mashyur sehingga ke peringkat negeri. No. tel dia ada sebelah kiri blog ni, jadi sesiapa yang nak hubungi dia silakan.

khidmat bantu dan cadangan

salam sejahtera semua

selama 5 tahun kita di sms johor , bersama belajar, sekelas, sepadang permainan, bersama dalam rumah sukan dan ada yang sebilik, berkongsi katil dan kadang kadang ada yang sama hobbynya. dan group perempuan ada caranya sendiri melepaskan tekanan semasa bersekolah, group lelaki? [ biasalah...lambat matang...] kami ada kaedah tersendiri menyelesaikan stress kami....

kini, selepas 30 tahun terpisah....akhirnya potensi dalam diri kita mula kita kenal pasti...oh..rupanya ragunath ni berbakat jadi lawyer...naib presiden majlis peguam lagi...YB Said, ohhh....berbakat jadi perunding, azida? rupanya berbakat sebagai seorang akauntan...ramai dan majoriti berbakat menjadi cikgu...[ macam aku..] semuanya kita terima dengan kesyukuran dan penuh bahgia. [ maaf sekadar memberikan beberapa contoh....]

cuma nak tanya, apakah yang kau orang dapat semasa di sms johor? ada tiga kategori jawapan. pencapaian akademik? [ tak payah cerita...segalanya telah diterjemahkan dalam SPM/MCE ]
pembentukkan sahsiah? haaa.... yang ni tak sama..yang ni perlu difikirkan secara halus...lebih kepada kecerdasan emosi kau orang dan apakah kemahiran yang diperolehi? bab yang ni pun tak sama antara satu sama lain...bergantung kepada pendedahan dan bakat yang ada pada kita

selepas keluar dari sms johor...aku dapati, diri aku menjadi sumbang emosi.....aku tak reti sembang dan berkawan dengan budak perempuan, malunya sangat tebal, mulut tergaman nak bercakap, kalau ada hati dan perasaan kat orang simpan jer dalam hati....kata fauziah manan..cinta gelap...kata azida...cinta tak sampai....kata bagio...perasan...kata orang muo...angau atau bigau.... takut kena reject....jadi macam kera sumbang masa aku form six, dan guru pelatih di maktab.... dengan erti katalah emosi menjadi tidak stabil dan kemahiran softskill yang amat rendah...bukan salah smsj atau guru atau kawan kawan....salah diri aku sendiri yang sangat takut diejek ...walhal tak ada masalah pun kalau menjalin persahabatan dengan girls....

tetapi di sms johor aku mendaoat satu perkara yang hebat...iaitu rasa tidak mahu kalah... aku bersungguh semasa tarik tali agar rumah buana menang.... atau sekurang nya dapat kan mata untuk rumah semasa sukantara... kemahuan yang tinggi dan kuat semangat yang tinggi mencapai sesuatu yang diinginkan...kalau aku nak menguasai alat muzik seperti gitar misalnya, aku akan belajar bersungguh sungguh...sampai dapat...pecah jari memicit tali gitar...tak pe..asal aku dapat main gitar...[ contoh...] kalau aku teringin menguasai dunia it dan softwarenya...aku sanggup duduk berjam jam depan komputer untuk menguasai kemahiran yang diperlukan... bersemangat tinggi, kuat kemahuan dan bersungguh mencapai sesuatu..adalah satu perkembangan emosi yang amat baik..yang aku perolehi semasa di sms johor...berkat tunjuk ajar tok guru dan kawan kawan disana.... kalau aku nak tengok wayang kat kluang...aku tak kira...aku panjat pagar dan lari ikut kg cina , pergi juga,,,walaupun dilarang...[ alamak...nanti cikgu karim baca, susah aku masa 1312 nanti.... maaf cikgu...]

cut

akhirnya dengan potensi, kekuatan dan kelebihan yang kita ada, silalah berikan khidmat bantu untuk program reunion kita ni
kita perlukan laptop., cd kosong [ atleast 100 keping ], cd burnner, video, camera, scanner, printer, paper...extension wire....atau apa apa saja alatan yang dipikirkan sesuai...untuk kemudahan kita gunakan... tak kan kita nak letakkan semua beban pada YB Said...seorang diri sama sama kita bantu membantu....terutama boys...yang geng perempuan...tetamu kehormat kita..[ paspot terhad ] jangan jadi tetamu VIP semasa di urusetia...tetapi jumpa said dan tanyalah

said. apa yang kawan boleh bantu....?

kedua
cadangan dari iss, sangat elok...best...[ terima kasih iss ] setiap peserta perlu membawa satu hadiah [ takkira lah nilainya...] yang akan dikumpul oleh urusetia...di hadapan hadiah itu hanya perlu di tulis... ikhlas dari azida aziz 5e2 [ contoh ]...cukup setakat tu...nanti urusetia akan lebelkan nombor di hadiah kau orang..

semasa jamuan.....mc akan memilih hadiah...ini adalah hadiah dari ...emmm azida aziz dari 5e2...sila pn azida naik kepentas...untuk mencabut nombor....naik nombor 10... diserahkan kepada mc...mc pun umumkan no.10....[ let say..sukimin ] sukimin pun naik dan sebelum menerima hadiah dari tuan punya hadiah [ azida ]...azida...masa tu boleh tanya macam macam pada sukimin anak berapa, isteri berapa, sekarang kerja kat mana...nak hadiah tak? sukimin kata nak...boleh tapi kena buat sesuatu...tak kisahlah beri ucapan ker, apa ker...kemudian pengacara akan meminta untuk cabutan nombor seterusnya..

enjoy...santai...kenal mengenal, kemesraan dan memberi kesan pada penambahan ilmu pengetahuan tentang kita...semua. apamacam? best kan idea iss ni...

jom kita bincang

Selasa, 11 November 2008

1312 - Ke Arah Tarikh Bersejarah

11/11/08 - Langkah seterusnya telah aku ambil pada tarikh ini untuk memastikan apa yang dihajatkan oleh sahabat-sahabat sekelian termakbul - bertemu kembali setelah 30 tahun berpisah.
Sebaik habis mesyuarat rasmi aku di Kluang aku terus bergegas ke SMSJ. Memang betul kata kawan-kawan kita yang tak pernah langsung ke sekolah setelah meninggalkannya pasti akan tersesat kerana banyak perubahan kepada jalan masuk ke sekolah.







Papan tanda masuk ke sekolah dah terlindung.
Nanti siapa yang datang awal bolehlah clearkan dahan-dahan tu agar kawan-kawan tak tersesat - jawabnya aku jugalah yang kena buat. Jangan lupa landmarknya signboard Taman Bersatu tu terus belok ke kiri. Yang datang dari Air Hitam kenalah buat pusingan U di round about besar tu.

Pemandangan yang bakal di tempuhi sebelum tiba di pintu masuk utama sekolah dan Inilah dia pintu masuk utama ke sekolah kita dahulu. Sudah tukar tau. Bukan pintu masuk dulu semasa kita bersekolah.
Setiba aku di sekolah aku sempat memberi perangsang kepada dua kumpulan pelajar sebelum menemui Pengetua sekolah untuk berbincang. Kumpulan pertama ialah pasukan ragbi sekolah bawah 15 tahun yang akan bertanding di kejohanan ragbi sekolah-sekolah di Seremban pada hujung minggu ini. Mereka sungguh bersemangat dan banyak kali dah sebelum ini pasukan ragbi mengharumkan nama sekolah. Kumpulan yang satu lagi adalah pelajar-pelajar SPM yang akan menduduki peperiksaan matapelajaran sejarah. Aku juga sempat memberi perangsang kepada mereka sebelum mereka memasukki dewan peperiksaan walaupun aku punya result masa MCE dulu taklah berapa baik sangat.



















Pertemuan dan perbincangan dengan Pengetua dan GPK 1 sekolah berjalan dengan suasana yang amat mesra sekali dan segala kemudahanyang diperlukan untuk perjumpaan kita diluluskan serta merta.


Perbincangan dengan Tuan Pengetua Bersama-sama GPK 1 Cikgu Khairuddin

Perbincangan dengan pihak sekolah amat ringkas dan seterusnya aku bergegas ke Pusat Kesihatan Kluang untuk berbincang pula dengan Latifah Saubi mengenai persiapan yang perlu untuk jamuan petang di sekolah. Dia begitu gembira dengan kedatangan aku terutama sekali apabila bertemu dengan isteri aku.








Selepas menghabiskan masa bersama Latifah aku terus bergegas ke hotel Prime City untuk membuat pengesahan majlis jamuan makan malam yang akan di adakan. Semuanya beres dan untuk mereka yang akan hadir jangan sesat lagi. Jamuan di tingkat 6 hotel tersebut di bilik Jupiter. Refer kat gambar bawah ni.







Dan akhir sekali untuk menjejaki bekas-bekas guru kita aku mengambil keputusan untuk mencari Tn. Hj.Malik Khiew.
Dulu semasa kat sekolah kita panggil dia Mr. Khiew aje mengajar Sains Paduan (Integrated Science) dan jurulatih pasukan hoki sekolah yang berdedikasi. Oleh kerana bila aku sampai rumah dia dah sampai waktu makan maka aku ajaklah dia keluar makan dengan anak bongsu dia sebab cikgu Marmining isteri dia memang balik lambat sebab dah naik pangkat jadi Pengetua di sek men tengku abd rahman Kulai dan berulang alik setiap hari dari Kluang. Semasa makan perbualan memang hebat dan kebetulan pada masa tu Member pun ada talipon aku, maka sempat juga cikgu kita tu berbual dengan Member. Banyak perkara yang dibualkan sedar tak sedar dah pukul 3 petang antaranya untuk mengesan kembali bekas guru-guru kita antaranya Mr. Paul, Mr. Heng, Yunus Dahalan, Syed Hussin dll. Aku harap lapuran aku kali ini dapat membayangkan betapa nostalgianya kisah kita semasa di sekolah dahulu. Selamat bertemu kembali.