Rabu, 31 Mac 2010

Hot Springs Sungai Klah

Terlebih dahulu aku meminta maaf kerana entri aku malam ini bukan untuk mempromosi. Akan tetapi hanya untuk maklumat bersama sahaja.
FELDA membelanjakan sejumlah RM30 juta untuk membina beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada pelancong di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Pembinaan hotel 64 bilik berharga RM9 juta, restoran dan Spa serta pembinaan landscap di kawasan seluas 40 hektar.
Pelancong yang mengunjungi ke sini boleh menikmati mandi manda di kolam air panas seluas 6.5 hektar. Perkhidmatan tram juga disediakan untuk menikmati pemandangan indah di sekitar bagi merasai percutian desa yang mendamaikan.Perkhidmatan urutan tradisional Melayu dan Ayurveda juga disediakan bagi menenangkan fikiran dari kesibukan kota dan bebanan tugas. Tanaman beberapa jenis pokok herba juga ada di kawasan reasort ini.
Peluang pekerjaan kepada anak-anak penroka iaitu lebih 90% bekerja di sini.
Oleh itu sesiapa yang berhampiran iaitu sekitar negeri Perak dan Selangor bolehlah mencuba bercuti rehat di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah.

                        Bilik Hotel, tram, kolam air panas dan pemandangan di Hot Springs Sg Klah

Isnin, 29 Mac 2010

Asam Pedas

Hari Sabtu yang lalu (27.3.10) aku berkesempatan bertemu dengan Member, Syed Zakaria dan Hazami Ros. Yang bestnya bukan setakat dapat jumpa dia orang tapi berpeluang makan asam pedas Muar kat Seksyen 8 Petaling Jaya.
Inilah gerainya. Kau tanya Mimbar kalau nak dapat lokasinya
Asam pedas ikan senangin
Syed Z, Member, Hazami dan Sukimin


Licin

Ahad, 28 Mac 2010

System Tools Part 6


1. Kenapa pasangan suami istri pada hari ini terlalu mudah untuk bercerai. sedangkan mereka telah menjalani tempuh percintaan yang panjang sebelum berkahwin. Kenapa pasangan suami istri pada masa dahulu hanya mati yang boleh memisahkan mereka sedangkan orang orang tua dahului tidak melalui alam percintaan....

2. Kenapa kita merasa sedih bila anak kita berkahwin dgn org Indon/bangla tapi kita tak kisah bila anak kita kahwin dgn orang putih...
3. Macam mana budak sekolah Sains menjalani perhubungan dalam percintaan pada zaman dulu sedangkan pada masa dulu tak de HP atau sms....

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK

Boo Chin Leong
pada 28.3.2010
yang ke 49
Member bin Hj Siraj
Dan
Kamaludin bin Md Don
pada 29.3.2010
yang ke 49
Azidah bt Aziz
pada 31.3.2010
yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Khamis, 25 Mac 2010

KEKOSONGAN JAWATAN

KEKOSONGAN JAWATAN
PEMBANTU EKSEKUTIF (PEMBIAYAAN)

  1. Lelaki
  2. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Pemasaran, Ekonomi, Kewangan atau bidang2 berkaitan
  3. Memiliki sekurang2nya kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan tiga subjek lain dalam SPM dan setaraf.
  4. Pengalaman kerja 1-2 tahun (minima)
  5. Berumur tidak kurang 23 tahun semasa memohon
  6. Boleh bekerja sendiri dan kreatif tanpa pengawasan berterusan dari pihak atasan.
  7. Boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai personaliti serta inter-personal yang baik adalah suatu kelebihan
  8. Gaji boleh dirundingkan
Kepada sesiap yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi kepada:
Koperasi Permodalan Felda Berhad
Blok J, Anjung Felda
Jalan Maktab
54000 Kuala Lumpur
atau menghubungi
Puan Zulyana Mohtar
Tel : 03-26942095/26970502
Fak: 03-26948492

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2010

Untuk makluman Pengurus Besar Koperasi ini adalah orang kampung Alimor dan Rahman

Rabu, 24 Mac 2010

System Tools part 5

Aku tertarik dgn Entri Bong yg cerita pasal cium yg memungkinkan kesihatan sesaorang bertambah baik dari sebelumnya..Denyupan jantung bertambah etc Mgkn kah ciuman yg dimaksudkan oleh bong sentuhan bibir ke bibir? Bagaimana pula dengan ciuman bibir ketangan spt yg dilakukan oleh anak kpd ibubapa? Macamana pula ciuman bibir ke pipi seperti yg dilakukan oleh org arab? Rasanya beruntunglah anak lelaki yg seusia kita dapat mencium bibir bini muda bapa mereka yg masih berumur 17 tahun walau pun dia tau yg bapanya gila2 cemburu.. Soalannya "betul ke?"

1. Betul ke menurut masyarakat melayu, bila seorang ibu melahirkan anak, dia akan simpan usus atau tali pusat dan dikeringkan serta disimpan dalam karung kecik dan jika anak2 mereka dah besar dan selalu bergaduh, usus atau tali pusat ini ditumbuk dan diberi minum atau makan. Dgn cara di atas, anak mereka akan lebih bermuafakat….

2.Betul ke menurut masyarakat melayu, bila anak kecil tu lambat bercakap, mulut dia mesti di lap dgn kain buruk yg hanya terdapat didapor? dan kalau apa yg mak dia idamkan waktu mengandung tak dapat, anak dia "ngences"...

3. Betul ke menurut masyarakat melayu, bila calun pengantin lelaki tu benak sangat bila angkat nikah… sampai 3 kali pun masih tergagap gagap, dia mesti dimandikan air longkang?

4. Betul ke menurut masyarakat melayu, kalau anak dara menyanyi waktu masak kat dapor, nanti bila dah besar susah nak dapat jodoh?

5. Betul ke menurut masyarakat melayu, kalau org lelaki pindah pindah 2 tempat makan akan berbini 2 , begitu jg kalau pindah 3 akan berbini 3.

6. Betul ke menurut adat melayu, kalau anak dara berbual sambil meniarap dan apa lg waktu meniarap tu, kaki dia terangkat seolah olah mendoakan mak dia mati cepat?

7. Betul ke menurut masyakat melayu, kalau nak dapat anak lelaki, naik katil mesti dari kanan dan kalau nak dapat anak perempuan mesti naik katil dari kiri? Masalah katil rumah aku yg sebelah kanan tu rapat ke dinding….

8. Betul ke menurut masyarakat melayu, nak tahu anak lelaki atau perempuan dgn membelah kelapa muda ketika ibu mengandung 7 bulan. Kalau air kelapa terpancut keluar, bakal dapat anak lelaki tp kalau air kelapa tu meleleh aja… dapat perempuan.

9. Betul ke menurut masyarakat melayu, kalau pusat perut jauh ke dalam, dapat laki atau bini org jauh.... pusat abg rosli mesti dalam, wak jan separuh dalam dan mimbar tak dalam. Pusat aku dulu tak dalam tp skrg.....

SOALANNYA BETUL KE ???
SING WES YO WES……..

Isnin, 22 Mac 2010

SELAMAT BERCIUM-CIUMAN

Malam ni aku nak buat cerita pasal bercium pula. Lain kali aku cerita khasiat buah-buahan lagi.
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan bercium bagi kesihatan?
  • Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika bercium, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
  • Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.
  • Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.
  • Berciuman yang berlansung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.
Lagi...kelebihan berciuman....huhuhu!
  1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.
  2. Beciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.
  3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.
  4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negetif dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.
  5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.
  8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai abestetik yang membantu mengurangai sakit.
Selamat bercium-ciuman...hehehehe...biar pasangan kita  hubungan suami isteri jadi mesra gitu dan tak cari orang lain....
Rasanya itu sahaja yang hendak aku kongsi bersama kawan-kawan dalam entri ini. Jangan tanya aku sejauh mana keberkesanannya, kerana aku tak pernah membuat kajian. Aku entri ni pun berdasarkan pembacaan aku.

Ahad, 21 Mac 2010

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK

Shamsuddin bin Md Dom
pada 22..2010
yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Jumaat, 19 Mac 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG DI FELDA

Jawatan : Pegawai Rancangan Tanah G41 (Cadet Manager)

Taraf      : Kontrak

Gaji         : Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan pengalaman kerja yang berkaitan

Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Perladangan/Pertanian)

Pengalaman : Mahir dan berpengetahuan dalam bidang pengurusan ladang sawit/getah khususnya hal-ehwal    tanam semula

Tarikh Tutup : 31 Mac 2010

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur atau melayari laman web www.felda.net.my Tel:03-26935066 samb. 352/354
SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK

Sharif bin Junaidek
pada 18.3.2010
yang ke 49
Sulaiman bin Asri
Dan
Faraza@Farzah Mahmood
pada 19.3.2010
yang ke 49
 
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Rabu, 17 Mac 2010

RUMAH SUKAN SMSJ KLUANG

Aku tidak ingat bila le rumah sukan di SMSJ Kluang ditubuhkan. Yang aku ingat ia ditubuhkan oleh Pengetua pada masa itu Cikgu Hamzah bin Abdul Rashid.
Tuan Pengetua telah membahagikan murid-murid pada masa itu lelaki dan perempuan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kuning, biru, merah dan hijau. Kemudian Tuan Pengetua telah memberikan nama-nama warna kumpulan berkenaan seperti berikut (mengikut ingatan aku) kalau tersilap kawan-kawan boleh tolong betulkan.
KUNING - SURIA
Nama suria diberikan mengikut warna matahari yang berwarna kuning.
BIRU - SEGARA
Nama segara diberikan mengikut warna lautan dan langit yang berwarna biru.
MERAH - PURNAMA
Nama purnama diberikan mengikut warna bulan yang berwarna merah.
HIJAU - BUANA
Nama buana diberikan mengikut warna tumbuhan (pokok) yang berwarna hijau.

Aku telah ditempatkan di rumah kuning ia itu suria sehingga aku tamat persekolahan pada tahun 1978. Seingat aku le Bagio@Pak Roslan, Saadiah, Khairu Anuar adalah kawan dalam rumah sukan suria. Pada 1978 iaitu di tingkatan 5 ketua rumah sukan suria ialah Kahairul Anuar. Pada tahun itu rumah suria telah menjadi johan keseluruhan kejohanan sukan tahunan. Cikgu yang aku ingat menjadi cikgu rumah suria ialah cikgu Hussin Gar.
Setiap murid memberi sumbangan mata kepada jumlah mata keseluruhan melalui sukanantara bagi beberapa acara seperti larian 100m, lompat jauh dan merentas desa (itu yang aku ingat). Selain acara olahraga yang dipertandingkan, acara bola sepak, hoki, tarik tali dan acara kemuncak ialah perbarisan. Tahun 1978 bagi acara perbarisa rumah suria telah menjadi johan dan secara tidak langsung memberikan mata tambahan yang terbanyak untuk mengunguli johan sukan tahunan.
Dalam sukan ini telah memberikan keseronokan kepada kita semua sebagai murid atau penghuni SMSJ Kluang.
Nampaknya itu je le yang aku ingat serba sedikit tentan rumah sukan di sekolah kita.
Aku juga ucapkan tahiniah kepada rumah suria yang mana telah menjadi johan keseluruhan di temasya kejohonan suka tahunan 2010 yang berlangsung baru-baru ini.     

Selasa, 16 Mac 2010

Abang Haji

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK

Yahaya Selamat
pada 16.3.2010
yang ke 49

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Ujian Hidup 1

Salam. Dah lama aku tak post apa2. Sebabnya aku rasa aku tak pandai sangat nak coretkan idea2 yg bernas macam Bagio, Bong, Fatimah..KK toksah ckplah...korang sume memang pro.

Jadi hari ni aku nak share skit pasal topik ni.

Masa kita kecik2 dulu, kita tak tau sangat pasal ujian hidup. Apa kita tau ialah kita ada mak bapak yg jaga kita atau sape2lah yg dewasa yg jaga kita (utk sape2 yg masa kecik dah kehilangan sorang atau kedua2 dari ibubapa dia...itu pun dah ujian bagi dia).

Kalau ada yang tak kena, kita menangis, merajuk atau marah sampai apa yg tak kena tu dapat disetel mengikut kemahuan kita atau sampai kita rasa hepi semula. Kesian kat mak bapak kita yg menjaga kita dulu kerana kena ikut kerenah kita. Aku ingat skali tu masa hari raya pegi beli kasut raya dgn mak bapak aku. Masa tu kat asrama sibuk dgn kasut lagen (kasut tumit tinggi). Jadi aku mati2lah nak beli satu juga tapi harga mahal. Tp aku nak juga, smpai org tua aku mengalah dan belikan. Tapi bila dah beli pakai sekejap jer, lps tu kat asrama dah tak pesen lg...siap kena kutok lg sape yg pakai , jd terbiar je tak pakai. Balik rumah mak aku bising...tp aku buat de jer. Jahat betul aku, tak kesian kat mak bapak aku.

Tentang bab ujian hidup ni, pada aku masuk asrama memanglah satu pengalaman bagi aku utk mula2 mengenali apa tu ujian hidup. Maklumlah makan apa yg disediakan kat asrama...ikan jaket ker, daging getah ke, belasah jer sbb dah lapar. Nak beli kat kantin Pang bukan ada duit sgt, tu yang ada pelajar buat magic bersih duit satu sen dgn ntah apa chemical kat lab smpai jadi putih mcm duit seposen. Jadi bila beli barang kat kedai Pang bila org tengah ramai pakai duit tu...jd dia tak perasan. Budak sain lah katakan...terer..hehehe

Bab kena belajar tu pun satu ujian hidup gak. Dulu bukan mcm skrg, ada tuisyen dan kelas tambahan kat sekolah. Sape nak belajar dia belajar, tak nak dia punya pasal. Tapi seingat aku, budak batch kita semua mmg pandai2..aku rasa takder yg gagal dlm SPM/MCE.

Tapi semua tu kita terima dgn hati yg terbuka atau kita redha. Tak terpikir pun ia adalah ujian hidup, cuma skrg ni jerlah bila pikir smula mmg itulah permulaan ujian hidup kita. Tapi sbb mungkin masa tu kita masih lagi dibawah kawalan guru2 dn warden2 serta mak bapak kita juga, jadi taklah terasa sgt mcm bila kita mula hidup sendiri terutamanya bila dah berkahwin...mcm aku lg plak kawin awal...bersambung...

Balasungkawa : Aziz Misran


Orangnya kecil dan putih, mempunyai komitmen yang tinggi dalam apa jua yang di ceburinya, Aku amat sanjung pendirian aruah dan paling aku respect ketika ujian makmal MCE kimia yang di jalankan pada 1978 jatuh pada hari jumaat. Aruah berjalan kaki ke masjid berhampiran menunaikan fardu jumaat seorang diri, hingga beliau lambat masuk ke dalam makmal kerana itu. Beliau di persoal dan beliau dengan berani menghadapinya. Dari kawan kawan dan khabaran aruah meninggal dunia di semester akhir semasa belajar di UM. Kemalangan motor itu meragut nyawanya dan kita tidak lagi dapat berjumpa dengan aruah selepas itu. Semoga keluarga beliau tabah menerima pemergian aruah Aziz Misran. Aruah dilahirkan sama dengan Ghazali Husin dan Khairul Amin.

Aziz Misran, tidak terkenal sebagai ahli sukan namun dia terkenal di hati orang yang hampir dengannya kerana beliau tidak pernah 'mengacau" sesiapa, berbaik sangka suka menolong dan lemah lembut penampilannya. Pada aku yang pernah sebilik dengan aruah aziz misran, semasa tingkatan dua bersama Alimor, Asri, Salehudin Jefri, Adzar Naga,Rosli Jalil , Azman Rahman dll tingkat 2 blok A dahulu...aku berasa amat kehilangannya dan semoga ruhnya di cucuri rahmat dan ditempatkan ke dalam golongan para solihin. Beliau meninggal dunia dalam belajar dan orang belajar adalah orang yang tergolong dalam fisabilillah...s

esiapa yang ada kenangan bersama dengan aruah bolehlah memberikan komen untuk kita mengenang kembali sahabat kita yang telah meninggalkan kita,

alfatihah

Isnin, 15 Mac 2010

PISANG SEJUTA MANFAATNYA

Bagio dengan sistem toolsnya berkenaan menu. Aku pula tertarik nak cerita tentang buah. Kalau yang lepas aku cerita tentang peria, kali ini aku nak cerita tentang pisang pula.
Buah pisang merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan.
Daun pisang sering digunakan sebagai alas makanan kerana ia mempunyai bau yang harum apabila dibaluti makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, atau pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat. Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit serta mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang yang masak boleh dimakan begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur.
Menurut kajian, 100gm pisang menyediakan 1.2gm protein, 0.3gm lemak, 17mg kalsium, 78gm karotin, 88gm kalium, 27.2gm karbohidrat, 0.4gm fiber dan 116 kcl tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, magnesium, fosforus, iodin, kuprum, vitamin B1,B2,B6 dab C, niasin, folat dan sebatian kimia penting. Pisang juga kaya dengan tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Kajian membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup semasa beraksi.
Buah pisang juga punyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasium yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kelori lemak, sodium yang membantu merendahkan kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - ialah penyakit kurang darah. Pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat penyakit malah rasanya sedap pula.
Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan kita ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungnya.
Jika digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

3 sahabat

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK

Ghazali Husin
Khairul Anuar Amin

pada 15.3.2010
yang ke 49

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Sabtu, 13 Mac 2010

System Tools Part 4

Dulu masa aku nikah aku diamanahkan untuk menjaga bini dgn baik dalam keadaan apa pun…senang atau susah tetap bersama… hati kecil aku jg berkata… inilah perempuan yg paling sempurna selain dari Almarhum Mak aku.. Dgn perbezaan umur yg agak jauh ( 9 thn) , pada aku tentu tak susah sangat nak jaga bini aku. Tp pd usia 49 thn semuanya berbeza .. Bini aku lebih byk jaga dan nasihat aku sama spt Almarhum mak aku jaga aku waktu kecil..Kedua2nya terlalu sempurna dlm kehidupan aku… tetapi msh terdapat kekurangan pd bini aku walau pun kekurangan ini tidak pernah mencacatkan hubungan suami istri…. Sehingga hari ini masakan bini aku tak sesedap masakan almarhum Mak aku terutama makanan jawa…. kerana bini aku tak sejawa Almarhum Mak aku…Kita selalu dgr kawan2 kita iklankan makanan arab spt kambing yg tp biarlah aku mempromosikan makanan JAWA yg mgkn boleh menyihatkan tubuh kita pada usia yg semakin tua…iaitu “URAP” … Namanya aja sudah pelik tp cubalah makan…maaf aku guna nama JAWA… aku tak tau apa dlm bahasa melayu…




Bahan :
Touge direbus
Kacang buncis/ kacang panjang, potong 3 cm di rebus hg masak
bunga betek dan daun betek direbus dan diiris kasar
Kelapa parut , 2 helai daun salam, 2 cm lengkuas, dimemarkan dan 3 sudu makan air

Perencah halus :
5 biji lada merah
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
½ sudu teh terasi
3 helai kencur
1 sudu teh asam jawa
½ sudu teh gula merah (disesuaikan selera)
1 sudu teh garam

Cara membuat :
Tumis perencah halus bersama salam dan lengkuas hingga harum. Tambahkan kelapa parut. Gaul terus sampai perencah rata. Tuangkan air. Gaul kembali sampai perencah menyerap. Taruh dalam bekas semua sayuran lalu beri perencah kelapa gaul hingga rata.
Sajikan di piring lalu taburi diatasnya dengan perencah kelapa lagi.

Resepi ini aku copy n paste dari menu jawa dan edit kebahasa malaysia. harap maaf kalau salah semasa terjemahannya. Rasanya ada daun2 sayur yg aku tertinggal.. Untuk orang2 jawa, agak2nya sama tak dgn resepi urap org jawa malaysia.. Pada aku makanan ini byk sayuran yg mgkn hari ini susah kita nak dapat dipasar2 tp cubalah. Makanan jawa ini tak se gelamour makanan arab, cina atau india tp kalau kita tak ketengahkan …. Siapa lg. Masa aku kecik, aku paling suka makan urap dgn nasi panas dan yg paling best kalau ada “GEREH” ikan kembung yg bila makan terasa gatal2 lidah..fuhhhh.. Aku juga pernah makan “kerabu” yg berasal dari Thailand dan Sarawak tp tak boleh lawan Urap… apakah kerabu ini sama seperti Urap…

Kepada sapa2 yg bersuamikah org jawa… sekali sekala cuba sajikan urap …tentu suami bertambah sayang pd istrinya. Percayalah....Mgkn kata2 “I LUV U” akan bertukar kepada “ AKU JALOK AMBUNG”…

Jumaat, 12 Mac 2010

Allah azab anak lebihkan isteri, lukakan hati ibu - NERAKA JIKA ABAI IBU

Nampaknya telah dari 9 hingga 12 Mac, aku memberikan laluan supaya kawan-kawan lain membuat entri, tetapi tak ada cerita. Jadi aku meneruskannya.
Kali ini aku menceritakan tentang ibu. Bagi kita yang masih ada lagi ibu dan bapa sama-sama kita mengingati kasih seorang ibu terhadap anak-anak tidak ada tolok bandingnya. Bagi kita yang sudah kematian ibu dan bapa jangan mengatakan tanggungjawab kita telah selesai. Mari kita sama-sama membuat amal jahriah untuk disedekahkan pahlanya untuk ibu bapa kita. Begitu juga kita janganlah lupa menghadiahkan pahala membacakan surah al-fatihah dan al-ikhlas selepas kita menunaikan solat lima waktu. Kita tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menghadiahkan bacaan al-fatihah itu. Aku rasa ianya tidak menjejaskan atau kerugian kepada kita. Allah memberikan pahala kepad kita yang membacakannya dan pahala yang kita hadiahkan kepada arwah ibu bapa kita.
Setiap orang yang ingin memasuki syurga perlu mendapat keredaan Allah terlebih dahulu. Bagi seseorang anak pula, dia perlu mendapat restu dari ibunya terlebih dahulu.
Allah tidak akan memberikan keredaannya selagi anak itu tidak mendapat restu ibu bapanya.
Ibu bersudah payah mengandungkan kita selama sembilan bulan, membawa kita bersama-samanya dalam tempoh itu.Sewaktu hendak melahirkan kita ibu bertarung nyawa. Sesudah kita dilahirkan, ibu dan bapa tidak tidur malam kerana menjaga, mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang sehingga kita dewasa.
Jangan lupa, ada ibu meninggal dunia sewaktu melahirkan anaknya. Begitu besar pengorbanan ibu. Jasanya tidak boleh diukur dengan jutaan wang ringgit.
Oleh itu bagi kita yang masih mempunyai ibu, jagalah kedua ibu bapa kita denagan baik, tambahan pula jika mereka telah tua, kerana doa ibu bapa untuk anak-anaknya amat dimakbulkan Allah.
Jika kedua-duanya meninggal dunia kelak, menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi jika sewaktu hayatnya kita membiarkan ibu abapa kita nebderita.
Aku mahu berkongsi cerita di zama Rasulullah. Ada sahabat bernama Aqamah yang sangat taat pada perintah Allah, selalu mengerjakan solat berjemaah bersama Rasulullah.
Sewaktu mahu meninggal dunia, beliau tida boleh mengucap kalimah Allah. Perkara ini sampai ke pengetahuan Rasulullah dan baginda bertanya adakah Aqamah masih mempunyai ibu?
Baginda akhirnya mendapat jawapan, sewaktu hayatnya Aqamah melebih-lebihkan isterinya berbanding ibunya yang sudah tua sehingga ibunya berkecil hati. Itulah sebabnya Aqamah tidak boleh mengucap.
Baginda memanggil ibu Aqamah dan memintanya mengampunkan dosa anaknya, namun siibu enggan. Akhirnya nabi mengancam mahu membakar Aqamah hidup-hidup di depan ibunya sebelum Allah membakarnya di dalam neraka.
Apabila mendengar kata-kata Rasulullah, maka siibu segera mengampunkan kesalahan Aqamah kerana tidak mahu anak kesayangannya menerima azab Allah.
Begitulah naluri seorang ibu, tidak sampai hati melihat anaknya menderita. Akhirnya Aqamah dapat mengucap dan menghembuskan nafas terakhir.

Selasa, 9 Mac 2010

BERBAIK SANGKA KETIKA DI AMBANG KEMATIAN

Bagi memeriahkan blog ini malam ini aku membuat n3 baru. Ini adalah untuk kita mendapat cerita baru. Itu pun bagi menunggu GB Yusop kelapangan. Kalau GB Yusop sudah selesai urusannya maka kita serahkan semula kepadanya.
Malam ini aku nak becerita sedikit kisah. Ini adalah lanjutan kepada cerita sistem tools part 3 oleh Roslan bin Sukimi@Bagio@Pak Roslan. Bagio mengingatkan usia kita yang semakin senja, minta kita menginsafi perbuatan buruk kita yang lalu, gurauan dan panggilan yang tidak senonoh didengar tapi enak dipanggil. Kemeseraan yang kita cipta semasa bersekolah dahulu berlanjutan hingga kini walau pun ada yang masih tidak bersua 30 ke 32 tahun dengan panggilan-panggilan manis dan manja.
Untuk tidak membuang waktu biarlah aku menceritakan kisah yang hendak diceritakan.
Suatu hari Rasululah s.a.w bertemu dengan seorang pemuda yang sedang nazak. Rasulullah duduk di sisi pemuda itu dan kemudian bertanya. "Bagaimana keadaanmu sekarang?" tanya Rasullah. Pemuda nazak itu menjawab, "Ya Rasulullah, aku mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan berasa bimbang terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan. Jawab Rasulullah, "Di dalam hati seorang mukmin terdapat dua perkara iaitu harapan terhadap keampunan Allah dan khuatir kepada dosa yang telah dilakukannya. Allah akan berikan apa yang orang itu harapkan dan memberikan rasa ketenangan terhadap apa yang dibimbangkan."
Berkaitan dengan saat-saat menghadapi kematian ini, Rasulullah bersabda, katanya Allah telah berfirman "Tidak aku kumpulkan dalam hati umat ku dua perkara; siapa yang berasa gerun dan takut dengan azab ku sewaktu di dunia, nescaya aku akan berikan rasa kedamaian untuknya di akhirat kelak. Dan sesiapa yang berasa aman di dunia (meninggalkan ibadat dengan sengaja dan tanpa rasa takut) dia pasti akan mengalami rasa kesakitan di akhirat kelak.
Dalam hal kematian juga para ulama mengingati kita supaya kita sentiasa 'husnuz-zhonbilah' iaitu bersangka baik kepadanya, bahawa Allah selalu menberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Allah juga bersedia memberikan ganjaran serta mengamounkan segala dosa yang telah dilakukan oleh umatnya. Ini selari dengan sabda Rasulullah, bermaksud "Jangan hendaknya seorang diantaramu mati kecuali dia bersangka baik terhadap Allah Azza Wa Jalla."
Elok kita renungkan dua kisah menarik di bawah ini.
  1. Syeikh Al-Bannaniy menceritakan, di kawasannya ada seorang pemuda kacak yang sakit tenat dan nazak, tetapi dalam masa yang sama ibunya merasa sakit hati terhadapnya. Lalu siibu berkata kepada anaknya, "wahai anakku, ibu berasa takut melihat engkau yang sedang bergelut dengan maut waktu ini." Pemuda itu menjawab, "wahai ibu yang kusayangi, seelok-eloknya ibu janganlah berasa sakit hati kerana aku selalu ingatkan tuhan. Aku yakin tuhan yang kusembah memiliki kemurahan, dan pada hari ini aku tidak mengharapkan sebahagian kemurahan tuhan ini hilang dariku."
  2. Suatu hari Nabi Yahya bin Zakaria a.s dan Nabi Isa bin Mariam a.s berselisih ketika mereka sedang berjalan-jalan. Dalam pertemuan itu, Nabi Yahya a.s seperti orang kebingungan dan berduka cita sambil menunjukkan muka yang berkerut. Nabi Isa a.s pula berjalan dengan wajah yang tersenyum. Lantas Nabi Isa a.s beranya Nabi Yahya a.s, "kenapa apabila kita bertemu aku lihat wajahmu murung dan berduka seolah-olah orang yang berputus asa daripada rahmat Allah?" Jawab Nabi Yahya a.s, "engkau pun begitu juga. Apabila bertemu denganku, aku lihat wajahmu sentiasa tersenyum seolah-olah engkau yakin sudah terlepas dari siksaan Allah."
Ekoran itu, Allah menwahyukan kepada Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s; "Yang paling cinta dan paling baik kepadaku di antara kamu berdua adalah yang berbaik sangka kepadaku."

Isnin, 8 Mac 2010

System Tools Part 3


Kita tahu semua cikgu2 kat SMSJ hebat2. Tak mgkn kita akan berjaya pada hari ni kalau mereka tak ajar kita. Dulu aku di ajar oleh Cikgu perempuan cina dan kecik2. Aku lupa nama dia tp dia mengajar memang gila2 komitted.. Dan ada satu lg cikgu aku lelaki Cina… lupa ajar apa tp budak2 panggil dia “Inoki” pasal dagu dia. Dia juga bagus.. Sebenarnya semua guru2 SMSJ hebat2 dan terlalu banyak berjasa pada kita samada kita sedar atau tidak tp kenapa pada hari ini kita cuma ingat cikgu yg rotan kita atau yg selalu denda kita aja ? Apakah guru2 lain kita harus lupakan begitu saja. Kita terlupa tanpa cikgu kimia, bio, fizik ,BM etc.. kita bukan siapa2 pada hari ini. Aku rasa bersalah bila aku lupa nama Ustazah yg ajar aku Pendidikan Islam dulu… Maaf kalau ada yg tak terima atau tersinggung....

Semasa sekolah kita suka panggil kawan kita dgn panggilan yg tak sedap didengar… Mgkn ada yg kita panggil “KONYEM” dari asal “MONYET”. Panggilan ini kita tujukan biasanya pada budak2 perempuan.. Ada juga kita panggil KOPAM, LANDAK ,AH CHONG, JEPUN etc Mereka suka ke dgn panggilan tu? Kalau mereka tak suka mcm mana? Selama 30 thn rasanya tanggung dosa… kita kena minta maaf sebelum kita mati kerana memanggil sesaorang dgn panggilan yg dia tak suka tp nak minta maaf kat mana? Aku rasa kita mesti gunakan blog ni atau mana2 MG demi siratulrahim dan memohon kemaafan. Ingatlah tahun depan kita cecah 50 tahun… maknanya dah dekat mati tu… Macam mana kalau aku cakap hati aku cukup menderita dan agak susah untuk tidur malam bila org panggil aku bagio…… maaf kalau ada yg tak terima atau tersinggung...

Kita tak mgkn boleh kembali ke zaman sekolah yg telah lalu. Kalau boleh dah tentu banyak kesilapan yg boleh kita perbetulkan… Kita jg boleh memohon maaf pada cikgu yg mgkn kita “terkurang ajar” atau terpanggil kawan kita dgn panggilan yg dia tak suka tapi yg lepas tetap lepas…Ada org cakap, “NASI DAH JADI BUBUR” tapi kalau kita ikhlas, sudah tentu Allah swt akan membantu kita untuk mendapatkan satu resepi atau satu jawapan bagaimana untuk menyedapkan bubur tersebut supaya kesedapan bubur itu boleh membuat org lupa untuk makan nasi… Maaf kalau ada yg tak terima atau tersinggung bila aku sebut BUBUR kerana ada masalah geraham..
Sepohon kayu daunnya rimbun...
Lebat buahnya serta daunnya...
Hidup didunia beribu tahun....
kalau tak sembahyang apa gunanya....
........ Betul ke lagu ni khas untuk kanak2 tadika aja....

Ahad, 7 Mac 2010

SEKOLAH TAMAN

Nampaknya admin blog kita masih sibuk dan pening2 lalat lagi. Bagio pula sambungan sistem toolsnya pun masih belum pulang ke Malaysia. Jadi aku masuk le lagi.
Kali ini nak cerita pasal seorang cikgu kita semasa di SMSJ. Kita tengok kartun yang aku masukkan menceritakan cerita Sekolah Taman atau Sekolah Ladang. Ada Kerbau, ayam, itek, kucing dan monyet. Jadi aku teringat le dengan cikgu kita tu.
Cikgu yang aku maksudkan nak dikatakan Melayu aku rasa tidak, sebab bila dengar cakapnya masih tebal lagi. Kalau nak kata Jawa aku rasa memang Jawa. Cikgu ni menganjar  Ilmu Hisab Moden (Metametik Moden) semasa tingkatan 2 atau 3 (tak berapa ingat) bagi kelas-KELAS 'M'. Cikgu ini pernah menjadi warden kita. Kalau tak silap dia berkereta Toyota KE10. Orangnya memang kemas dan handsome. Lepas tukan cikgu ni berkawan rapat dan baik pulak dengan warden asrama perempuan.
Bila aku terpandang kartun yang aku lampirkan maka aku teringat le satu perkatan yang dia ucapkan semasa di kelas aku.Perkataan itu memang unik terkeluar dari mulut cikgu ni kerana kita orang tidak berapa faham apa yang dia ngajar. Kalau nak tahu perkatannya ialah 'KELEM'. Perkataan yang disambung 'KERBAU' dan 'LEMBU'. Ambil 'KE' dari 'kerbau' dan 'LEM' dari 'lembu'. Maksud cikgu ni kita orang bodoh macam 'KELEM'.
Aku ingat nama cikgu ni. Aku juga rasa semua antara kita masih ingat lagi. Tapi aku tak mahu beritahu namanya di sini. Biarlah kalangan kita memberitahunya, samada Yusop, Bagio, Fati, Wak Jan atau G.Abang Kassim pun boleh beritahu juga.
Aku juga tidak tahu cikgu ini berada di mana? Agak-agaknya dah bercucu cikgu ni.
Apapun aku mendoakan cikgu ni berada di dalam sihat walafiat.

MG: Shah Alam

Orang rumah kol agaknya suruh jaga cucu

Sebelum balik, sempat berposing ala-ala body builder

Kambing mandi dah terhidang

Apalah yang Syed tengah sembang dengan Md. Shah

Ni baru starter aje

Mimbar dan Husin

Sahara Tent, Shah Alam Mall

Hari Jumaat lepas (5 Mac, 8.30 malam) Mimbar aturkan MG kat Sahara Tent, Shah Alam Mall. Yang datang selain Mimbar dan aku ialah Dr. Mohd. Shah Mahmood (MCE 1977) dan 2 SPM 1980 Husin Mian dan tauke yang belanja kita orang Syed Zakaria. Punyalah syok bersembang, sampai kena 'halau' sebab kedai nak tutup.

Sebelum ni aku tak pernah aku makan 'kambing mandi', tapi malam tu lima2 sepakat makan menu tu. Memang sedap rupanya kambing mandi ni.

Dalam dok bercerita2 tu macam2 benda yang keluar. Salah satu yang unsangkarable ialah si Md Shah ni pernah kantoi dengan Mr Paul panjat pagar malam2. Macam tak percaya aja kan....
p/s Bong, kat khemah sahara tu tak ada peria ler...

Jumaat, 5 Mac 2010

PERIA - Pahit tapi Berkhasiat

Sekali lagi aku memenuhi permintaan Bagio (Pak Roslan) untuk n3 baru. Setelah ditimbang2kan aku pun mencari idea untuk n3 baru sedangkan malam tadi baru saja aku n3 kisah Tenaga Kerja Asing. Itu pun setelah melihatkan Administrator blog ini terlalu sibuk dengan urusan seharian dan pening2 lalat.. Nanti jika beliau telah selesai urusannya maka aku pula berehat.
Kali ini aku nak cerita tentang hal Peria. Peria yang aku maksudkan bukannya lelaki tetapi sayur yang kebanyakan kita tidak mengemarinya.
Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya. Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protin, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.
Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Jenis peria yang digunakan adalah peria yang dipanggil oleh kebanyakan kita orang Melayu peria katak. Ianya bersaiz kecil. Banyak dijual di pasar awam, pasar malam dan pasar raya yang besar. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.
Jika di kalangan kita mengidap penyakit kencing manis bolehlah mencubanya. Bagi menyembuhkannya adalah kuasa Allah. Kita hanya berusaha.
Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selam sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir. Haha yang ini aku tahu siapa ada penyakit ini. Jadi siapa yang terlibat boleh mencubanya.
Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4 hingga 6 bulan. Yang ini Bagio boleh mencubanya. Sebab dia selalu kena gatal2 bila balik dari melawat ladang (kebun).
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Ia boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.
Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak. Tentang memasak sayur peria kita boleh tanya kawan2 Makcik kita.

Khasiat Makanan

  • Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
  • Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
  • Buahnya boleh dijadikan jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
  • Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
  • Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.
Khasiat Ubat-ubatan

  • Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan usus serta masalah kaum wanita.
  • Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
  • Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikro, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakar, luka2, sampu dan sakit perut.
  • Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem pernafasan dan banyak kahak.
  • Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.
Rasanya itu sahaja n3 aku kali ini. Bagi kawan2 doktor perubatan kalau salah info yang diberikan aku minta maaf dan tolong betulkan.
Administrator yang pening2 lalat cuba info ini mudah2an akan menghilangkan pening2 lalat.

Khamis, 4 Mac 2010

TENAGA KERJA ASING INDONESIA

Malam ini aku membuat n3 yang menjadi soalan Bagio(Pak Roslan) kepada aku.Ok Bag, aku cuba mengulas sedikit soalan yang kau kemukakan dari fikiran aku yang tidak seberapa kebolehannya. Sebelum tu aku minta maaf dahulu sekiranya yang aku ketarakan ini tidak berapa tepat kerana aku adalah hamba yang daif di sisi Allah.
Industri sawit merupakan sektor pertanian  termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru itu industri sawit perlu dipupuk untuk terus berkembang sebagai penjana pertumbuhan ekonomi bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara di masa hadapan.
Akan tetapi ramai dikalangan kita tidak mengetahui dengan tiadanya tenaga kerja Indonesia (TKI) kebun dan ladang sawit yang ada di negara kita Malaysia mungkin tidak berjaya. Ini adalah disebabkan oleh kurang minat di kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam mekanasasi telah menyamai paras ambang (threshold level) di peringkat hiliran dan terhad di peringkat huluan. Kenapa ini terjadi kepada kita warga tempatan?
Adakah kita sadar bahawa 11.3 juta tenaga kerja negara kita dan 2.2 juta adalah tenaga asing. 20% dari seluruh tenaga kerja adalah tenaga asing. Apa sudah jadi agaknya? Adakah warga tempatan sudah menjadi jutawan dan tak perlu kerja lagi. Mungkin ada formula tersendiri mendapat duit, dengan duduk goyang kaki seperti beberapa program di internet.Wallahuallam.....
Tenaga kerja Indonesia ini sanggup hidup bersesak dalam sebuah rumah kongsi. Betapa sukar hidup di tempat sendiri telah membiasakan mereka ini. Adakah ini sanggup dialami oleh kita orang tempatan?
Mereka tenaga kerja Indonesia ini walau dibayar dengan basic yang murah, namun mereka telah mampu menghantar pulang sebanyak RM3.43 bilion setahun. Satu jumlah besar betapa mudah mencari rezeki di Malaysia. Mengapa kita sendiri sebagai warga tempatan tidak mengambil peluang dengan rezeki yang ada di tempat sendiri? Oleh kerana kedudukan rezab negara yang kukuh, maka dapat menampung jumlah kiriman wang ini ke luar negara. Sekali lagi kita bernasib baik dengan keadaan.
Adalah diharapkan kita sama2 fikirkan dan lebih sedar tentang betapa kekayaan negara kita telah dikaut oleh oran asing (luar). Janganlah lagi kita bersenang lenang dan memilih kerja.
Sanggupkah kita lihat kekayaan negara kita dikaut oleh orang luar, sedangkan kita lebih sibuk bercerita tentang siapa betul dan siapa salah. Marilah kita sama2 renung2kan dan fikir2kan.
Bagio dan kawan2 lain kalau ada pandangan sama2lah kita berkongsi. Kalau nak diceritkan tenaga kerja asing samada Indonesia atau Bangalades banyak lagi. Cara mereka bekerja, kebudayaan dan perilakunya juga boleh dibuat cerita.
Tetapi apa yang aku cuba ketengahkan ini adalah kenapa kita sendiri tidak merebut peluang yang ada sehinggakan anak bangsa kita terus hidup dengan pengangguran dan akhirnya mendatangkan masalah sosial.

Rabu, 3 Mac 2010

System Tools Part 2

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang,
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu,
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul
Beban kesilapan kita,
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri - Anak Anak Kita – M.Nasir


Kita tahu di Malaysia, mercun atau bunga api dimainkan pada waktu malam pada upacara yg penting seperti perasmian sukan etc. Bagi Masyarakat Cina, mereka akan membakar berbagai jenis mercun pada MALAM Tahun Baru Cina kerana mercun adalah sebahagian dari adat mereka. Sebahagian org melayu jg membakar mercun dimasa idul fitri tp bilangannya amatlah kecil. Tapi lihatlah.. Jumlah jari yg byk putus akibat mercun adalah jari2 anak Melayu berbanding dgn jari anak2 Cina dan yg peliknya jari2 anak Melayu putus akibat bermain mercun pada waktu SIANG… terlalu hebat bangsa ini…


Kita tahu rujukan hidup kita adalah AlQuran, Alhadith, Qias dan Ijmak Ulamak tapi apakah AlQuran dan AlHadith yg kita baca dan kita amalkan belum cukup lengkap sehingga ada diantara antara kita sanggup menyiksa seorang anak perempuan kecil hingga mati. Anak ini belum lagi diwarnakan dgn warna Yahudi, Nasrani atau Majusi tetapi terkorban dgn begitu azab dan sadis. Secara akal adalah lebih baik kita mati dipancung dari kita menahan kesakitan dgn dipijak2 dan bayangnya kesakitan yg diterima oleh anak yg berumor 3 dipijak dgn Boot hg terkoyak kulit kepala sementara menunggu malaikat maut mencabut nyawanya. Bayangkan penderitaan yg dialami oleh anak ini ketika berada didalam sakaratul maut…. Terlalu hebat bangsa ini…


Kita tahu yg melayu sanggup melupakan anutan politik dan darjat demi bahasa melayu dalam Sains dan Matematik. Kita tahu dan yakin sesungguhnya guru2 disekolah kebangsaan adalah hebat. Bayangkan apa yg kita rasa apabila ada guru yg suami istrinya melayu tetapi menghantar anaknya ke SRJK Cina? Persoalannya adakah mereka telah hilang kepercayaan pada guru2 sekolah kebangsaan. Apakah guru melayu itu menganggap kualiti SRJK Cina lebih baik dari Sekolah Kebangsaan atau menganggap guru2 yg mengajar di Sekolah kebangsaan sebagai kelas ke2 sedangkan mereka sendiri mengajar di Sekolah kebangsaan…. Terlalu hebat bangsa ini…


mgkn ada guru yg mau komen....

Selasa, 2 Mac 2010

DIAM DAN TIDAK BERKATA-KATA

Malam ini aku hendak berkonsi dengan kawan2 semua tentang beberapa jenis diam.
Daripada Anas r.a berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya:
Sifat diam itu merupakan hikmat dan sedikit yang dapat melakukannya.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, diam bermaksud tidak bercakap (bersuara dan lain2), senyap, tidak bergerak2 atau berbuat apa2. Sedangkan berdiam pula bermaksud tidak bercakap2, bergerak2 atau melakukan sesuatu.
Rasullah s.a.w menerangkan bahawa barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Imam Syafie menyatakan hadis ini bahawa apabila seseorang hendak berkata hendaklah dia berfikir. Apabila ternyata tidak ada bahaya atasnya maka bolehlah bercakap tetapi bila terjadi sebaliknya maka hendaklah dia diam.
Di dalam buku Don't Be Afraid karangan Ahmad Safuan al-Karami menyebut jenis2 diam iaitu:
  1. Diam Bodoh. Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini oleh kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan kurang pengertiannya atau lemah pemahaman dan alasan yang lain. Namun, diam ini jauh lebih baik dan selamat daripada memaksakan diri bercakap dan merasa tahu.
  2. Diam Malas. Ini merupakan keburukan kerana diam ketika orang memerlukan percakapannya dia enggan bercakap kerana merasa tiada mood atau tidak berselera dan malas.
  3. Diam Sombong. Ia termasuk diam negetif kerana dia bersifat diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang mengajak bercakap tidak setaraf dengannya.
  4. Diam Khianat. Diam seperti ini adalah diam orang jahat kerana dia diam bertujuan mencelakan orang lain seperti diam ketika diperlukan saksi untuk menyelamatkan. Justeru, ia dianggap sebagai diam yang keji.
  5. Diam Marah. Diam seperti ini ada baiknya dan buruknya. Baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang lebih mengeruhkan suasana. Namun, buruknya pula ialah dia berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya ini juga boleh menambah masalah.
  6. Diam Utama. Atau desebut dengan nama diam aktif yang bersikap diam hasil dari pemikiran, renungan dan niat membuahkan keyakinan, bahawa dengan bersikap diam akan mendapat maslahat yang lebih besar berbanding bercakap.
Rasanya aku pun sendiri tidak tahu macamana aku tertarik untuk n3 sifat diam malam ini setelah aku membacanya. Adaka sebagai panduan kita yang semakin tua ini atau untuk apa aku pun tak tahu. Aku hanya merapu untuk mengisi Alam Maya sahaja.
Maaf aku pinta.