Sabtu, 30 Januari 2010

PELIK TAPI BENAR
Di TADIKA , cikgu ajar mereka mengenal dan menulis A , B , C serta bersosial . Mereka dibimbing mengamalkan adab yang murni ketika makan . Mereka dididik tentang kesihatan dan kebersihan diri seharian . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional .

Di sekolah rendah  , mereka diajar membaca , menulis dan mengira serta diasah bersukan , berpasukan uniform , berkelab dan berpersatuan . Mereka dimangkinkan supaya  berhujah dan berbakti kepada organisasi . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Di sekolah menengah , mereka dipecutkan dengan ilmu teras bekalan masa depan  mencabar serta  didedah profession  terjamin . Mereka  dibimbing mengejar impian dengan ilmu penuh di dada serta aktiviti pengukuh kerjaya . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Di universiti , mereka merasai betapa ilmu dibekal di sekolah  membantu  menggenggam impian masa depan . Semuanya sinonim dengan dorongan dan tanggungjawab cikgu-cikgu sepanjang alam persekolahan . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Tamat pelajaran  , mereka akui memang cikgu membantu menyediakan tenaga-tenaga professional memajukan negara- jurutera , pensyarah , peguan , doktor , arkitek , ahli korporat , ahli politik dan lainnya  . Cikgu tidak minta balasan . Bila sudah pegang jawatan hebat , mereka terima sahaja dakwaan jawatan cikgu tidak profesional . 

Semua ini adalah pelik tapi benar . Ini disebabkan kononnya cikgu kurang kerja tetapi banyak cuti . Betul ke ? Sebagai guru selama lebih 24 tahun , saya tidak percaya  sebab kerja saya sentiasa banyak dan cuti sekolah saya tidak pernah solid  ........

Jumaat, 15 Januari 2010

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Malam ini aku hendak berkongsi sedikit dengan kawan2 tentang rahsia solat di awal waktu bagi sama2 kita renungkan dan cuba kita amalkan.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini uang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal atau terlewat waktu subuhnya berulang2 kali akanmenghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaaan roh dan jasad bercantum (keserentaka ruang dan masa) dalam kata lain jaga dari tidur. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. Spektrum warna waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan penghadaman. Warna kuning mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang2 kali hidupnya mempunyai masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ini jasad dan ron seseorang terpisah. Jangan lupa tenaga waktu asar ini amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang maghrib alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh oran2 tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan bermakna jin dan iblis eaktu ini bertenaga kerana mereka resona dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan seelok2nya berhenti dahulu pada waktu ini.(Solat maghrih dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetunya inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam alam bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalmus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Kita kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam2 kaedah medatasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sepatutnya bersyukur kerana telahdikurniakan syariat silat oleh Allah swt tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Ini harus menginsafkan kita bahawa Allah swt mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayangnya sebagai pencipta kerana dia tahu hambanya amat memerlukannya. Adalah amat malan sekali jika kita cuai dalam menjaga solat tapi berdisiplin menghadiri kelas taichi.
Rasanya itu sahaja yang dapat aku tuliskan melalui pembacaan aku untuk menjadi pengetahuan kita bersama.

   

Selamat Hari Jadi 2010

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Tn Hj Adnan bin Efendi- 5m1

dan

En Jamil bin Shahran -5m2

(15 Januari 1961)

ke 49


SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT


dari kami semua
batch 1978

Khamis, 14 Januari 2010

Pulang ke Rahmatullah

Assalamualaikum,

Aku baru dapat berita mengenai kepulangan ke Rahmatullah akan bonda kawan kita Azman Abdul Rahman pagi ni...Innalillahi wainna ilaihiraji'un.

Semoga Allah beri ketabahan dan kesabaran kepada beliau sekeluarga, dan semoga Allah juga mencucuri rahmatNya keatas bonda tersayang beliau dan digolong antara hamba2Nya yang diredhai...Ameen. Al-Fatihah

Rabu, 13 Januari 2010

KESINAMBUNGAN - ANAK MASUK SMSJ

Isnin lalu - 11/01/2010 aku telah menghantar anak bongsu aku meneruskan pengajiannya ke peringkat menengah ke SMSJ. Ada beberapa perubahan yang mana agak lain berbanding semasa kita berada di sana lebih 30 tahun yang lalu.

Bangunan baru ini dah siap untuk digunakan dan ianya dibina di kawasan lapang antara bangunan lama dan padang sekolah. Ianya akan dijadikan blok pejabat & perpustakaan baru sekolah manakala pejabat & perpustakaan lama akan digunakan untuk bilik darjah.
Semasa pendaftaran pelajar baru setiap seorang daripada pelajar baru akan diiringi oleh abang/kakak angkat masing2 yang mana mereka ini akan membawa & menunjuk arah kepada pelajar baru & ibu bapa pelajar baru proses pendaftaran dan seterusnya semasa minggu orientasi pelajar2 baru.
Abang angkat anak aku ni merupakan pelajar tingkatan 4 & juga merupakan pelajar cemerlang dengan keputusan 8A peperiksaan PMRnya.
Semasa pendaftaran juga setiap pelajar baru telah ditetapkan rumah sukan masing2 & anak aku juga telah meneruskan kesinambungan aku diSMSJ kerana dia dipilih untuk menganggotai rumah Purnama . Seterusnya anak aku telah dibekalkan terus kain cadar & sarung bantal berwarna merah untuk kegunaannya yang mana ianya telah dimasukkan ke dalam kos semasa pendaftaran.Setiap pengambilan pelajar baru tingkatan 1 hanya 120 orang sahaja yang dipanggil iaitu untuk 4 kelas sahaja yang mana 60 adalah lelaki dan 60 lagi adalah perempuan. Walaupun terdapat pelajar perempuan tetapi aku dimaklumkan bahawa bukan sahaja asramanya diasingkan diantara lelaki & perempuan, kelas pembelajarannya juga diasingkan iaitu 2 kelas pelajar lelaki & 2 kelas lagi pelajar perempuan. aku pun tak tahu kenapa ianya dilaksanakan secara demikian sekarang ni tetapi kira2nya nasib kita dulu agak bertuah juga kerana bercampur juga satu kelas dengan pelajar perempuan.

Itulah dia sedikit berita tentang SMSJ pada masa kini.

Isnin, 11 Januari 2010

KITA MATI BUKAN KERANA TUA

Entri yang lepas aku cerita pasal rokok. Oleh kerana ada permintaan suruh berhentikan cerita rokok, jadi malam ini aku entri cerita mati.

Kita sering mendengar apabila umur sudah tua, ajal menghampiri kita. Maka kita pun menunggu saat itu. Ini sebaik sahaja kita berpencen. Sedarkah manusia mampu hidup 200 tahun? Walaupun hidup mati adalah takdir tuhan, dengan ikhtiar dan amalan pengurusan diri yang baik, kita mampu hidup lebih lama lagi. Kita mati lebih awal disebabkan penyakit yang dihadapi.
Secara biologi, tubuh kita adalah jentera 'bio-chemical' dan manusia boleh mengubah biologi diri kerana akal pemikiran dan amalan. Tubuh badan kita menjalani pemuliharaan (recreation and regeneration) bagi mengganti dan membina sel2 baru dan proses pembiakan. Dari aspek sains, tubuh kita mengalami kesusutan fungsi organ2 1% selepas 30 tahun dan keperluan fungsi organ 30% bagi fungsi 'peak capacity'. Ini bermakna umur 100 tahun kita masih berkemampuan 30% sebelum usia tua sebenar. Ini terbukti penduduk perkampungan terpencil di Itali dan Rusia penduduknya hidup lehih 100 tahun (Centenarian Village). Selain keadaan fizikal, tempat, pekerjaan, gaya hidup dan amalan tertentu turut mempengaruhi umur panjang penduduk di situ.
Manusia mempunyai 3 tahap umur:-
i) Umur Kronologi (Chronological Age) - umur mengikut tarikh kelahiran dan dilebelkan tua apabila mencecah 50 tahun.
ii) Umur Biologi (Biological Age) - Umur tubuh kita, ini mungikin lebih muda atau lebih tua dari umur kronologi.
iii) Umur Psikologi - Ini membezakan kita dengan haiwan. Umur ini boleh jadi tua dari umur kronologi dan biologi atau lebih muda.

pemikiran, dengan cara pengurusan organ2 yang baik dan sempurna "Organs use it or lose it" dan "Whatever you pay attentions grows" sebagai satu kenyataan. Berikut amalan2 asas pengurusan tubuh badan dan psikologi:-
Amalan minum air. Ini asas penting bagi fungsi tubuh dan semua organ2 dari otak ke pundi. Badan kit perlu 8 hingga 10 gelas air sehari bagi melicinkan fungsi pengaliran darah dan oksigen, pembersihan dan pembuangan toksin serta pemilihan organ.
Pernafasan (Breathing). Kita mati bila kita berhenti nafas, tetapi adakah amalan pernafasan kita sempurna? Pernafasan adalah 'junction-point' yang menyatukan minda, badan dan jasad. Pernafasan melakukan tugas ' networking' dalaman untuk perolehi fungsi dan hasil optima. "The quality of life is reflected by the quality of breathing". Dalam buku 'Ageless Body and Timeless Mind" Dr. Deepak Chopra punyai banyak cadangan yang mudah seperti ikuti TaiChi, Qi Gong, Yoga atau Meditation.
Tidur - 7 atau 8 jam sehari. Rehat yang cukup perlu untuk memulih, membaiki dan membina diri tahap asal atau secara terbaik.
Makan sarapan pagi - setiap hari. Penting kerana memberi keupayaan tenaga dan meningkatkan metabolisme untuk mengerakkan jentera kita selepas rehat dan mengerakkan enzim dan hormon membuat huru-hara dalam tubuh kita.
Jangan makan antara 'Meals' - kalau biasa makan 3 kali sehari, amalan itu patut beterusan. Ini menentukan pergerakan terbaik penghadaman, penyerapan, penggunaan dan pembuangan makanan. Sekiranya kita makan sesuka hati, kekeliruan dalaman akan berlaku dan kesannya adalah 'malfunction'.
Kekalkan berat badan normal - syor terbaik adalah kekurangan berat badan tidak melebihi 5% dari berat badan normal atau tidak melebihi 10% (untuk wanita) dan 20% (untuk lelaki). Lebih atau kurang akan ketidak seimbangan koposisi badan dan fungsi organ2 dalaman. Lama kelamaan kekurangan dan kecacatan berlaku dan kita dihinggapi pelbagai penyakit. Yang mati usia muda mempunyai pelbagai saiz tubuh badan, tetaoi yang mati di imur panjang jarang bersaiz gemuk.
Jasmani - 'Exercise' secara 'regular' iaitu 5 hingga 6 kali seminggu selama 30 minit. Pilih yang mudah dan 'relasing' seperti berjalan kaki, berbasikal, berenang atau berkebun. Nikmatnya seperti orang yang berlari 30 batu hingga 40 batu seminggu.
Kehidupan - "Simple, Contented and Humour" - Amalkan gaya hidu 'present living' dengan senang hati, puas dengan apa yang ada dan penuh keriangan. Hidup dalam kemampuan sedia ada tanpa perbandingan dan bersyukur di atas kurniaan adalah sangat baik. Amalkan perasaan'relex' dan senang hati, senyuman debagai trademark kita dan senda gurau sebagai hiburan harian.
Maka kehidupan sihat dan umur yang panjang bergantung semata2 pada diri masing2. Aku rasa itulah hasrat kita semua. Petua amalan sudah ada dan terdapat banyak bahan rujukan. Kesimpulannya, kalau kita menjaga dalaman diri kita dengan baik, luaran kita akan menjadi lebih cantik lagi.


Sabtu, 9 Januari 2010

ROKOK

Aku menghisap rokok sejak tingkatan 1 lagi. Walaupun masa itu aku bersekolah di SMSJ dan tinggal di asrama, namun perangai buruk menghisap rokok dapat dilakukan juga. Ramai dikalangan kawan2 seasrama dengan ku menjalankan aktiviti menghisap rokok. Walaupun diketahui bahawa menghisap rokok adalah satu kesalahan besar bagi penghuni SMSJ, namun aktiviti merokok ini terus berleluasa. Aktiviti ini dilakukan secara sembunyi. Namun demikian ada dikalangan perokok SMSJ ini tidak bernasib baik, ditangkap oleh warden termasuk aku. Aku boleh dikatakan setiap tahun ditangkap menghisap rokok di dalam asrama. Hanya tingkatan 1 dan tingkatan 5 sahaja aku bersih tidak ditangkap.

Aku berterima kasih kepada warden dan member pengawas kerana telah memberi aku peluang untuk terus menginap di SMSJ. Hingga sekarang aku masih lagi seorang perokok. Akau tidak pernah berhenti daripada habit merokok ini, kecuali aku berpuasa di siang hari. Namun demikian aku menanam tekad untuk berhenti merokok, tetapi tidak tahu bila? Aku tahu merokok lebih banyak buruknya dari baiknya. Rokok juga telah mahal harganya, terasa satu pembaziran. Jadi hari ini aku entrikan sedikit maklumat hal merokok bagi sama2 kaki perokok dikalangan kawan2 kita untuk sama2 difikirkan.

RISIKO MENGHISAP ROKOK

Rokok telah diketahui boleh menyebabkan penyakit2 berikut:
  • kanser paru2, mulut dan salor bladder
  • sakit jantung
  • sakit pernafasan seperti chronic bronchitis dan emphysema
  • sakit2 lain seperti ulser peptik dan komplikasi semasa mengandung.
Kesan rokok ini bukan sahaja mengenai orang yang merokok (active smoking) tetapi juga orang yang tidak merokok yang duduk dekat dengan perokok dan menghidu asap rokok (passive smoking) terutamanya bayi dan kanak2.

7 CARA UNTUK MEMBANTU ANDA BERHENTI MEROKOK

  • Bersihkan dan buang. Bersihkan dan buang semua rokok yang ada dalam simpanan anda
  • Buat nota galakan dan peringatan. Tulis nota seperti "Anda sekarang bukan perokok" dan tampalkan pada tempat2 yang kerap anda kunjungi eg di dalam bilik tidur, atas meja dan sebagainya.
  • Lakukan terus. Terus sahaja berhenti merokok pada hari yang telah anda tetapkan untuk berbuat demikian. Jangan berhenti secara beransur2
  • Tumpukan perhatian pada hari2 yang dilalui
  • Fikir positif. Fikirkan diri anda sebagai seorang yang buakan perokok. Sekiranya ada pelawaan, katakan kepada rakan anda itu "saya tidak merokok"
  • Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja untuk membantu anda membuang tabiat bruk ini
  • Melawan keinginan untuk merokok
Tambahan
  • Melengahkan tindak balas sekiranya anda rasa ingin merokok. Katakan pada diri anda "nanti"
  • Menarik nafas panjang. Tarik nafas panjang selama 5 saat dan lepaskan perlahan2
  • Minum air dengan banyak. Elakkan pengambila air yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau kola
  • Penuhkan masa anda dengan aktiviti. Ini penting supaya anda tidak selalu terfikir untuk merokok. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkebun, membaca buku dan sebagainya.
  • Melakukan senaman sekurang2nya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi
  • Membasuh tangan atau mandi sekiranya anda berasa ingin merokok
  • Kunyah sesuatu seperti lobak merah, gula2 getah dan sebagainya
  • Berdoa semoga anda diberikan keazaman yang cekal untuk berhenti merokok
Selamat mencuba kepada kekawan semua. Pasang niat untuk kebaikan pun dah dapat pahalanya.

Syed Mohamad Al Hadad

Syed Mohamad bin Syed Alwi

Kawan kita yang telah mengurus perubahaan dan sekarang berada di Kajang.

Kelas 3M1 dan sering menyertai reunion kita, semoga reunion akan datang lebih ramai akan sertai dan kita bersama semula selepas berpisah sekian lama.


Rabu, 6 Januari 2010

Selamat Hari Lahir



SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Zauyah binti Rahmat 
(06 Januari 1961)


SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT


dari kami semua
batch 1978

Selasa, 5 Januari 2010

Hanya itu rezekiku...

Lelaki berusia 48 tahun termenung sendirian. Matanya liar memerhati sekeliling, kawasan terminal bas. Hatinya tertanya2 entah ada rezeki atau tidak pada hari ini. Kemudian, lelaki itu memandang sebiji tong sampah. Jiwanya mengharap rezeki di dalam tong sampah tersebut. Perlahan2 tong sampah itu diselongkar dan ia tersenyum. "Alhamdulillah..." bisiknya.Beberapa biji botol air mineral dimasukkan ke dalam plastik hitam yang dibawanya. Diselongkarnya lagi, tin2 minuman ringan pula diambil dan dikemikkan.

Selesai semuanya, lelaki itu memandang langit biru yang cerah. Pandangannya menjauh...Masuk hari ini, sudah 15 tahun dia bekerja menjual botol dan kotak di bandar. Dulu dia sering mencari kerja, tetapi gagal. Tiba2 lamunannya terhenti apabila melihat seorang remaja permpuan melintas di hadapannya. Saat ini dia teringatkan tiga anak2nya. Mereka tinggal bersama isterinya di kampung. Sampah2 di dalam plastik hitam ditatap penuh makna. Itulah rezeki yang digunakan untuk membesarkan dan memberi pelajaran anak2nya. Harap2 apabila anaknya sudah berjaya, mereka tidak lupakan dia. Lelaki itu mula mengesat2 air jernih yang mula mengalir di kelopak matanya. Biarlah miskin harta, tapi lelaki itu masih kaya dengan kasih sayang. Biarlah dia tidak mampu memberi kesenangan kepada anak2, tapi dia tidak pernah mengabaikan mereka sejak kecil. Lelaki itu mahu anak2nya tahu bahawa dia sangat sayangkan mereka. Merekalah harta paling berharga buatnya.

Lelaki itu terus berfikir, apalah anggapan masyarakat kepada golongan sepertinya. Harap2 tiada orang yang memandang hina dan jijik kepadanya. Dia bukan mencuri. Dia mencari rezeki yang halal. Tapi entahlah. Manusia ini masih ada sikap dengki antara satu sama lain. Pernah dia kehilangan botol2 yang dikutipnya. Pernah dia dihalau kerana menyelongkar tong sampah, sedangkan ia memasukkan semula sampah2 yang diselongkarnya ke dalam tong. Sedih sungguh rasanya dihina dan dihalau.

Yang hendak aku ketengahkan cerita ini, adalah pengorbanan seorang bapa demi kasih sayangnya kepada anak2. Walaupun tidak dapat kerja yang baik kerana tidak berpelajaran dan sering sakit2 seluruh badannya, merayau seawal pagi hingga malam, mencari botol dan kotak serta berteduh di kaki lima deretan kedai, mengirimkan wang rezeki hasil jualan kutipannya kepada anak2 dan isteri, namun dia tidak pernah meninggalkan tanggungjawapnya sebagai bapa. Harap2 masyarakat di sekeliling tidak memandang negetif kepada golongan seperti lelaki dalam cerita ini. Walaupun berjauhan dari anak isteri, demi mencari rezeki. Kebanyakkan masyarakat menggangap orang sepertinya adalah merupakan penagih dadah atau kutu rayau. Bukan semua macam itu. Lelaki seperti itu mencari rezeki untuk anak isterinya.

Rasullah saw bersabda, maksudnya: "Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan muka berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam." - Riwayat At-Tabrani

Isnin, 4 Januari 2010

BERANI UNTUK GAGAL

Gagal! Tidak berjaya! Sudah pasti tiada manusia di dunia ini yang suka akan kegagalan. Kegagalan mendorong manusia sentiasa bersikap negetif kerana ia membuat kita berasa sedih, marah, kecewa, sakit hati dan sebagainya. Namun, ramai antara kita tidak sedar bahawa kegagalan adalah guru yang terbaik. Perasaan takut menempuh kegagalan boleh menghalang manusia daripa mengambil langkah untuk memperbaiki kehidupan. Memang agak mustahil bagi seseorang untuk mengubah dan membaiki hidupnya jika dia tidak berani untuk menempuh kegagalan. Kita seharusnya faham kegagalan itu mempunyai aspek yang positif. Kegagalan memberikan satu pengajaran untuk mengubah dan membentuk kehidupan yang lebih baik lagi pada masa hadapan.

Kegagalan sebenarnya adalah satu proses pembelajaran, maka kita perlu menghadapinya. Tiada short cut. Kita mesti akan merasai kegagalan itu juga suatu hari nanti. Kegagalan juga adalah satu fitrah. Perkara semulajadi yang pasti akan berlaku. Ia adalah ujian. Apabila kita menerima ujian kegagalan, sebenarnya kita mampu untuk mengatasinya. Apabila bangun dari kejatuhan itu, kita akan jadi manusia yang lebih kuat dan lebih berkualiti.

Perlu diingat bahawa gagal tidak bermakna kalah. Pepatah juga ada mengatakan "Sekali gagal tidak bererti gagal selamanya". Kaji kelemahan dan cuba memperbaikinya. Kesemua mereka yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Jika kita ingin berjaya kita mestilah berani untuk gagal. Tidak dalam apa juga bidang kehidupan seperti perniagaan, pendidik, kerja dan lain-lain.
Contohnya dalam bidang perniagaan. Menceburi bidang perniagaan memerlukan seorang usahawan itu berani untuk mengambil risiko, berani untuk menerima perubahan yang positif untuk diri serta berani menghadapi cabaran yang mendatang. Perancangan yang rapi, persediaan diri dan mental yang positif adalah aspek yang perlu ada dalam setiap diri usahawan. Ia merupakan senjata yang memberi kekuatan untuk berdepan dengan cabaran2 agar kita tidak mudah mengaku kalah. Detiap cabaran yang ditempuhi haruslah dinilai dengan bijak dan merancang pelan tindakan bagi memastikan kita tidak tewas.

Ramai yang terlalu fobia dengan perkataan gagal. Mengapa semua ini berlaku? Ini kerana sejak dari kecil kita telah ditakutkan dengan kegagalan. Dalam apa jua keadaan sekalipun kejayaan dan kegagalan pasti mempunyai ukuran. Ketika di bangku sekolah, selepas menghadapi peperiksaan, sesiapa yang memperolehi markah yang baik akan dianggap berjaya dan diberi tempat pertama di dalam kelas. Namun begitu, bagaimana sekiranya pelajar tersebut mendapat nombor yang tercorot? Pelaja yang kurang berjaya tidak seharusnya dibezakan dengan pelajar yang berjaya. Jika mereka ini dibeza2kan adalah tidak mustahil jika mereka takut untuk menerima kegagalan. Kegagalan boleh dianggap pemangkin untuk mencapai kejayaan. Didiklah diri supaya berani menghadapi kegagalan seterusnya bangkit memperbaiki prestasi untuk sesuatu yang lebih baik.

Ahad, 3 Januari 2010

SETUJU DENGAN PROF DR SHA'RI

Pertamanya aku mohon maaf kepada sdr Sha'ri kerana tak dapat mengulas di dalam ruangan komen kerana aku rasa ulasan aku agak panjang.


Ini ada topik yang menarik untuk dibincangkan. Lebih-lebih lagi diawal tahun 2010 ini.

Topik no 1.. Quality of constructions masa kini.

Aku adalah diantara orang yang terlibat secara langsung dengan industri ini. Tugas aku adalah sebagai orang yang bertanggung jawap terhadap rekabentuk struktur bangunan. Kualiti dan keselamatan bangunan diletakkan dibahu aku.

Aku ada etika dan matlamat aku. Aku akan pastikan dengan ilmu dan pengalaman yang ada pada aku untuk memastikan bangunan itu selamat dan sepadan dengan nilai yang dibayar oleh pelanggan atau pembeli.

Dalam hati kecil ini aku berharap selagi penghuni bangunan selesa didalamnya aku akan dapat 'tempias' walau aku berada di alam lain nanti.

Pada masa ini etika dipinggirkan jauh dipenjuru agenda pembangunan. Perkataan "re-engieered" adalah favourite kepada pemaju (developer), tetapi musuh ketat orang seperti aku. Penjimatan yang maksimum diperlukan oleh semua pemaju dan kontraktor.

"Re-engineered" berasaskan kepada teori sahaja. Isu atau masalah pembinaan di tapak bina tidak diambil kira. Pekerja-pekerja di tapak bina hampir semuanya adalah pendatang. Tahap pendidikan adalah rendah. Oleh yang demikian tahap pemikirannya juga agak rendah (bukan maksud menghina sesiapa).

Sekiranya rekabentuk struktur yang dibuat dimana semuanya mencapai tahap yang amat minima...dan sekiranya berlaku 'error' dalam pembinaannya, maka musibah boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Untuk memudahkan pemahaman pembaca yang bukan dari disiplin engineering, faktor keselamatan (factor of safety) dalam 're-engineered' ini adalah tidak mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh 'code of practices' seperti BS (British Standard) atau pun MS (Malaysian Standard).

Bagi 'culprit atau parasite' yang menyediakan rekabentuk ini, biasanya mereka akan terlepas. Sebabnya mereka membuktikan secara teori. Mangsa adalah pembeli.

Dan satu isu lagi mengapa perkara seperti ini boleh berlaku adalah disebabkan pemaju itu sendiri. Walaupun pemaju adalah Badan Berkanun tetapi disebabkan oleh 'ketipisan' terhadap ilmu 'structural design' maka akan sangat mudah tergoda dengan temberang 'culprit' ini. Aku ni sebagai 'yang menurut perintah' hanya mampu tunggu dan lihat.

Seperti yang dinyatakan oleh Sdr Sha'ri bahawa semua orang nakkan 'nama'. Hanya aku takut nama baik yang diharapkan itu menjadi sebutan sebagai nama buruk suatu hari nanti.

Aku rasa aku lebih malang apabila orang yang hampir tidak tahu langsung dalam 'structural design' menjadi ketua aku! Macamana tu?????

Hari ini orang semakin 'tak sedar diri'. Zaman ini sudah menjadi zaman yang meminggirkan 'maruah diri'. Perkataan 'malu' sepatutnya dimansuhkan di dalam Kamus Dewan agaknya! Walaupun ketayap tak pernah lekang dari kepala, tetapi keseimbangan dunia dan akhirat tidak dilaksanakan di dalam diri.

Satu isu yang menjurus kepada kualiti dalam industri pembinaan adalah kekurangan perasaan 'respect' terhadap disiplin-disiplin lain. Di dalam pembinaan disiplin yang terlibat adalah Perancang, Survey, Arkitek, Sivil & Struktur, Ukurbahan, M&E dan pemasaran.

Masing-masing akan cuba menonjolkan kebolehan dan tanpa segan silu cuba menjatuhkan orang lain dimata client. Ini sangat bahaya. Biasanya yang jadi mangsa adalah engineer lah.

Bila saja hal-hal kos dibincangkan maka engineer lah yang dipersoalkan. Masalahnya engineer berurusan dengan 'mathematical calculation'. Calculation ini tak sama seperti calculation Arkitek, Ukurbahan atau Survey! Amat payah untuk menerangkan kepada mereka semua ini. Big boss pun sama...agak banggang gak walau dia sendiri engineer! Structural engineer cam aku ni agak akedemik! Mana la dia orang ingat semua teori-teori ni. Hanya structural engineer sahaja yang boleh paham.

Aku adalah 'unfavourite person' di pejabat aku. Sebabnya aku melawan senior dari disiplin lain. Pantang aku kalau dia bukan engineer tapi nak mengajar 'area' aku. Bila aku suruh dia orang ajar aku..terkedu dia!

Itu la ulasan berhubung denga kualiti pembinaan yang diluahlan oleh Sdr Sha'ri.

Untuk yang berkaitan pendidikan biarlah yang beraitan denga pendidikan mengulanya.. dan isu moral juga aku serah kepada sesiapa yang pakar untuk mengulasnya..

Akhirnya, terima kasih kepada sdr Sha'ri membawa isu menarik ini..

Sabtu, 2 Januari 2010

Tired of...

I am trying to think about how best to describe the situation all of us are in today in Malaysia. I want to share my views on these issues:
1. Quality of construction work
2. Quality of education in general
3. Quality of human beings, workers, professionals
Ultimately, all these bring to our quality of life.

Quality of construction is very low compared to other countries such as Singapore, Hong Kong, Japan, UK, US, Canada (those which I have seen with my own eyes). The quality of construction need reform not transformation. The word is reformation, not transformation. Everybody knows why. Stadium pun runtuh. It is because of C.

Quality of education. Have you ever heard that there are still pupils who cannot read and write who are allowed to enter secondary school? The only country in the world that produce undergraduate degree for future teachers but not securing the job because the Institute of Teaching now produce degree in education. We have U turned from BM to English and back to BM within a 50 year period post independence. When are we ever going to stablise our systems, if we keep on changing the systems. Policy makers should stop trying to proof themselves to leave 'a mark' every time they are holding their new positions. Instead they should be focusing on how to strengthen and improve the systems, and the practices.

Quality of human beings can only be changed through proper dissemination of knowledge, skills and attitude. Everyone must have skill sets that can help in nation building, or contributing to national growth, NOT skills that destroy the nation suhc as 'Rempit', 'Ragut', 'Buang Anak', 'Free Sex', or even "Singing to be artists AF, now idola kecil?????.....

I am fed up with the things that are happening to my own race... Wake up men. Wake up... Do something useful for the country. Change, Copy the GOOD things about other race, such as Japanese, HK, Indian, Mainland Chinese, etc .... Think.

SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK

Kamisan Bin Mat ( 02.01.61)
Latifah Bt Saubi ( 02.01.61)

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DIBERKATI USIA
DAN BERBAHGIA DUNIA DAN AKHIRAT


dari kami semua
batch 1978

Jumaat, 1 Januari 2010

BITRHDAY BOY

SELAMAT HARI LAHIR

UNTUK

Am bin Mansor ( 01.01.61)
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DIBERKATI USIA DAN BERBAHGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978