Sabtu, 6 Disember 2008

Mini Gathering: Azhari Ehsan 5M2



Seperti biasa kalau pertemuan aku yang atur, tak pernah aku sampai awal. So...siapalah agaknya yang jadi mangsa menjadi penyambut tetamu? Siapa lagi kalau bukan si Mimbar. Bukan sekali dia tolong, dah tiga kali! Terima kasih Mimbar.

Lokasi yang ditetapkan oleh Mimbar ialah Restoran Lenggong, Seksyen 20. Bila dah tiba kat situ, akupun kol si Azhari untuk beritahu restoran mana kat area situ yang telah ditetapkan. Aku pikir dia masih on the way sebab masa aku mula bertolak dari Putrajaya, dia masih kat Seri Kembangan. Tapi bila dia jawab rupa-rupanya dia dah tengok dok bersembang dengan si Mimbar - malunya aku!
Masa muula melangkah masuk restoran aku dah boleh cam dia. Pada aku raut wajah dia tak banyak berubah cuma saiz badan dia aje yang diluar jangkaan aku sama sekali. Kalau kita ingat masa mula masuk SMSJ 1974 di SSI dulu sampailah tamat sekolah di Kluang 1978, saiz badan dia adalah antara yang terbesar. Kalau kelas aku dulu 5M1 si Fuadlah yang paling tinggi. Kita masa form 1 dulu bila pilih class monitor ada satu kriteria yang paling biasa diikuti iaitu yang paling besar saiz badan. Sebab tu kelas aku Fuad jadi monitor sementara 5M2 Azhari ni yang terpilih. Kalau kau tengok posting Jumpa Album Lama dan Pemain Hoki SMSJ boleh banding saiz dia dengan budak-budak lain. Saiz badan dia seolah-olah difreeze sejak meninggalkan SMSJ sementara kita ni semua pulak sebaliknya iaitu proses mitosis kita begitu aktif.
Banyak juga yang sempat disembangkan ke mana aje haluan selepas meninggalkan SMSJ dulu. Azhari kata macam-macam kerja dia dah buat. Antara tempat yang dia pernah berkerja ialah kat pelabuhan di Tuas, Singapura. Dia duduk di Puchong Permai ni rupa-rupanya dah 10 tahun! Ramai yang dia jumpa member di serata Malaysia. Antara yang aku ingat ialah MAHA di Kuala Kangsar iaitu di Bukit Chandan, Yahya Sadikon dah balik ke Perak iaitu kampung isterinya dan Isa Kahar (tak ingat lak). Aku usik dia,macam mana orang yang jauh-jauh dia boleh jumpa tapi aku dan member2 lain yang bersepah kat kawasan sini tak lak boleh terjumpa. Dia jawab mungkin kita pernah makan sama warung tapi masing-masing tak perasan antara satu sama lain.
Jamil Sien tiba kat Shah Alam semalam dari Terengganu. Namun begitu dia tak dapat datang sebab jadual dia hari ini dan esok padat sangat.....Ronda-ronda di Kuala Lumpur!
Hmmmm....satu lagi perkara yang menarik tentang Azhari ni ialah dia masih bujang daa...

15 ulasan:

fati berkata...

Sah, kalau aku jumpa tengah jalan memang aku tak kenal nye. Dulu besar, sekarang dah kecik....lain sungguh.
Macamana Bar, dia setuju datang ke ke reunion kita tu?

kembara kelana berkata...

pelik betul dunia ni, dulu md khir kecik sekarang lebih besar dari orang lain, yang si gajah dulu pun sama, sekarang zahari besar dan jadi kecik pulak..assalammmualaikum zahari, selamat kembali ke sms johor, man, ni satu lagi yang mr pang cari...maafia air botol jugak ni

Kamisan Mat berkata...

Member, Min, betul ke kau dapat Azhari nie? atau Azhari lain nie. Sorry la Zhari aku pun macam Fati kalau jumpa kau macam nie memang sah aku tak boleh cam. Kau makan ubat apa Ri, kalau ada formula Usop tentu nak guna juga tu...betul tak Sop.

fati berkata...

hahaha...sop, tak habis lagi kes mafia air botol tu...ramai jugak yg terlibat ni. Aku rasa cikgu Raman mesti tak larat nye nak rotan kau orang...dahlah dia dah makin tua yg korang pulak mesti punggok tu dah majal, tak makan rotan punye! hehehe

Eh...aku tak berani nak komen pasal cas kentut tu, sbb tu permainan dak lelaki, Aku dah kawin ni baru tau pasal "kentut kepal"....

kembara kelana berkata...

kamisan,
kau eksyen betul yek..tadi ogy mintak dgn aku no hp kau, nak jumpa katanya esok...amboi..amboi..reunion kecik dulu kau yer..mimbar, ada sorang lagi bar, aku pikir kau jer sorang nak kena bahan, rupanya ada sorang lagi..iyalah..kau ambik gambar esok kau hantar ke blog...aku nak tengok sejauh mana kejantanan kau misan..rahman..kau jangan jadi baik jer kalau sampai time wak kamisan nak meragam ni.

Sukimin berkata...

azhari masa jumpa md nor tadi memang dia susah nak cam. lama ditenung dan direnung, rupa2nya buang masa je sebab memang dia tak kenal. bila akhirnya md nor sebut nama, punyala terkejut si azhari sampai dia kata kau ni makan appeton ke md nor sampai badan naik berganda. lupa lak nak tanya yg dia ni makan apa sampai boleh mengecut...

rahman berkata...

Min..Azahari ni memang kawan baik aku dulu. Cam Usop kata..ini group2 Mr Pang jugak. Tapi tak macam usop..dia ni ada pendinding..jadi sumpahan Pang tu tak melekat..sebaliknya di reversekan..tu yang badan dia mengecut gaknya. Gembiranya aku bila kau dapat trace dia.

Welcome back Azhari!

rahman berkata...

Sop..kalau No Misan yg Ogy mintak, kasi ajelah..Kan dia tu "Gate" bak kata Fati.. tak rugi sop..Kau kasi aje..takpa..

Tapi bila gate dah Ogy bukak..aa..yg kita ni duk kat dalam gate..jadi end result - untung kita lagi sop! Amacam? Kau setuju? Tapi kalau Ogy mintak no aku..kau kasi aje..takpa..buat ibadat sekali sekala

rahman berkata...

Fati..kau jangan fikir sangat pasal cas kentut si Usop tu. Yang kentut kepal tu..nanti aku suroh pengasas ilmu ni demonstrate kat kau..live. Jgn kau dok main cas2 dgn abg rosli lak..mau tak beraya nanti!

kembara kelana berkata...

kau dah tak kerja man malam ni,
aku dah bagi gate, sebab endingnya aku tau aku akan untung..sebab misan bukan berani sangat..dia budak yang kena jogging dulu sebab pijak rumput oelh mr paul, kalau ogy mintak no kau..maaf man, tak dapat nak nolong, sebab dia peminat movie tamil
yer fati, kau jangan main cas kentut dgn rosli kau, jenuh kejor mengejor dalam rumah..yang pasti kau akan kalah sebab dia cas kau sokmo..hahaha

fati berkata...

Hahahaa.....keras perut aku buat lagi kau org ni. Tak payah kau nak tlg demo "kentut kepal" tu sbb aku dah selalu kena....memang menjerit aku di buatnya....hehehe

Kamisan Mat berkata...

Hoi...kau orang ni sekali sekala dapat ngutuk sampai tak boleh bernafas aku kau orang buat.
Man, usop ngan kimin duduk dalam pagar mana nak kena buka gate baru boleh lepas?
Sop, nanti kalau aku jumpa Mr. Paul aku plak sruh dia jogging. Aku dlu kena jogging sampai mati rumput depan klas.

fati berkata...

Hahaha....Kau tak kesian kat dia ke gate...mana larat dia, entah-entah dah bertongkat dia. Itu cikgu rumah purnama...rumah aku tu!

rahman berkata...

Misan..kalau aku dapat jumpa Mr Paul tu..aku nak tebas janggut dia dulu..sebab nak tebas rumput tak boleh dah..rumput dah mati buat dek kau. Nak buat valuation camna..tanah dah takda rumput.

kembara kelana berkata...

misan
kau sombong betul hari ni ek, mentang mentang ada reunion dengan si ogy, naik tocang betul..macam macam lah kau, sama kelaslah, sama batu pahatlah..sama sama cutilah.. kau jangan salah terjah...nanti 1312 esok ada yang kena...[ syyy..san , apa citer?...]man, kau tengok kawan kau sorang ni, jadi spy sampai lupa dia juga di spy ..nanti habis bersepai..