Ahad, 7 Mac 2010

MG: Shah Alam

Orang rumah kol agaknya suruh jaga cucu

Sebelum balik, sempat berposing ala-ala body builder

Kambing mandi dah terhidang

Apalah yang Syed tengah sembang dengan Md. Shah

Ni baru starter aje

Mimbar dan Husin

Sahara Tent, Shah Alam Mall

Hari Jumaat lepas (5 Mac, 8.30 malam) Mimbar aturkan MG kat Sahara Tent, Shah Alam Mall. Yang datang selain Mimbar dan aku ialah Dr. Mohd. Shah Mahmood (MCE 1977) dan 2 SPM 1980 Husin Mian dan tauke yang belanja kita orang Syed Zakaria. Punyalah syok bersembang, sampai kena 'halau' sebab kedai nak tutup.

Sebelum ni aku tak pernah aku makan 'kambing mandi', tapi malam tu lima2 sepakat makan menu tu. Memang sedap rupanya kambing mandi ni.

Dalam dok bercerita2 tu macam2 benda yang keluar. Salah satu yang unsangkarable ialah si Md Shah ni pernah kantoi dengan Mr Paul panjat pagar malam2. Macam tak percaya aja kan....
p/s Bong, kat khemah sahara tu tak ada peria ler...

15 ulasan:

Alimor Sipon berkata...

3 generasi SMSJ ....

zaijb berkata...

kenapa abg z tutup perut masa ambil gambar hehe....

bong berkata...

Wak Bar, aku nak test kambing mandi kat Khemah Sahara bila aku ke Shah Alam nanti.Aku tiap2 bulan ke Shah Alam.

hafizah berkata...

Rumah saya dekat je Shah Alam Mall tu, tapi tak cuba lagi makan kat situ. Ni awak kata sedap, bolehlah cuba.

pakroslan berkata...

Salam bong,
cari kambing felda... kita bakarrr. Buat kat segamat.

bong berkata...

Bag, boleh je... kat chalet aku atau tunggu rumah aku siap.

nasruddin mohd rawi berkata...

wak,
kau dah cuba al-diafah seri petaling ? or saba' dataran jelatek ? or al-jazera wangsa walk ?

pakroslan berkata...

Salam,
aku setuju dgn nasrudin pasal dia memang pakar dalam hal kambing..

bong berkata...

Kambing biasanya kita dengar tak mandi tapi kali ni lain pulak kambing mandi, tu yg buat aku nak test.Kat tempat aku Kuantan tak ada lagi kambing mandi.Bagio kau mcm bandot.

nasruddin mohd rawi berkata...

wah kau bagio, dalam diam tembak aku.

nasruddin mohd rawi berkata...

wak,
al-diafah tu mmg mahal sbb kedai dia punya deco hebat, mmg kdg2 nasi dia keras sikit. kau dah cuba 'Tarbus' ? aku dah cuba kat saba' dataran jelatik ok gak. nanti kita p bila aku ada masa free. ada kwn2 kata dlm MMU Cyberjaya pun ada byk nasi arab yg sedap & harga patut. nanti aku p siasat.

Tanpa Nama berkata...

isk, kalau tau teja ikut... huhu

Sukimin berkata...

Nas!!! Aku nak ikut juga.....takkan mimbar je.

Sukimin berkata...

bar, kau membongkok sikit nak cover perut tapi dia naik menonjol kat belah atas la pulak. Seksi seh.....
Tulah, lain kali kango kelambi ireng

nasruddin mohd rawi berkata...

tarikh akan dibertahu kelak min.