Jumaat, 19 Disember 2014

Mencari Kebahgiaan : Cerita Hujung Telinga 2

SMSJ78
 
Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Salam sayang sesama batch
salam terindah kepada pembaca

Lama aku tak menulis,  bukan lah sibuk sangat tetapi tiada kesempatan membuka lappy atau desk top menulis. Menulis merupakan satu pekerjaan yang memerlukan persiapan dan situasi yang tenang dan sentiasa memberikan ruang pada minda untuk bersedia. 

 

Blog yang dibina pada 2008 telah mencapai usia 6 tahun dan banyak antara penulisan sebelum ini tidak manis lagi untuk ditatap dan dibaca, sebab perubbahan waktu itu. Landaan FB kemudian multi connection yang lain seperti whassapp telegram dll menyebabkan blog menjadi macam sumber ke4 atau 5 di hati pengguna, namun atas sebab titian silaturahim, blog ini tetap diteruskan kerana blog juga mempunyai punch yang tersendiri dikalangan pembaca

Maaflah kepada pembaca yang sering membuka blog kerana tiada  entri baru dari bloggers, sebenarnya blog ni mempunyai ramai orang yang boleh menulis dan menghasilkan entri baru. Hampir 36 orang dari 4 kelas boleh menulis. Sesiapa yang ingin menulis (dari batch 1978) boleh mengirimkan email addressnya kepada aku dan aku akan set kan dalan setting di blog ini. Sign in gunakan password email masing masing





Harap semua sehat...
Bahgia disamping keluarga masing masing.
Dalam dia tak diam kita dah mula mengumpul cucu. Ada dah 4, ada 3, ada dua dan rata ratanya dah mempunyai seorang cucu. Aku sendiri mendapat cucu pertama pada 17.9.2014 itu hari, lelaki. Dan aku sudah pun bergelar atuk. Aku sudah merasai perasaan menjadi atuk dan rumahku mula terdengar kembali tangisan bayi kecil.



Cerita Hujung Telinga 2

Apabila berjumpa sahabat lama terutama batch kita yang 4 kelas ni, antara yang aku suka dengar ialah apakah kembara mereka selepas SPM/MCE 1978? Selepas mereka kluar dari SMSJ? 100 orang sahabat, 100 cerita yang aku dengar.

Ada seorang kawan aku ni, memang kumpulan murid yang yang sangat baik. Sopan, lemah lembut dan tidak ada masalah disiplin lansung. Pakaiannya sentiasa kemas dan bergosok. Dirinya sentiasa bersih dan tutur katanya memang sopan santun. Aku dan kawan kawan lain memang ingat kalau aku sebut namanya. tapi dalam blog ni dan siri mencari kebahgiaan : Cerita Hujung telinga ni..memang tidak beretika kalau aku sebutkan namanya...

Dia merupakan anak yang bungsu dalam keluarganya. Dia memang gifted and talented student macam kita juga, tak payah tution tak payah belajar beria dapat 4A 1B dan masuk sejak SSI lagi. Tapisan pertama SRP/LCE dia ok..dan dapat meneruskan pendidikan dan di SMSJ. Orang Batu Pahat dan sepanjang aku ingat dan tahu dia tak pernah ada rekod kesalahan, kalau kena rotan pun sebab salah cikgu..yang merotan budak satu bilik sama ada salah atau tak salah...kalau tak mengaku.

SPM/MCE di SMSJ 1978 banyak memberikan kesan yang sangat besar pada kita semua. Yang begitu perform semasa SRP/LCE pun tidak menonjol semasa SPM/MCE, ada juga yang sebaliknya. Maaf..bukan dan kondem..tetapi ketika itu kita adalah mangsa masa silam yang tidak disengajakan. Kekurangan guru pakar, tekanan hidup di asrama, ketiadaan guru yang kreatif dan inovatif, kesungguhan yang minimum kita dan guru menyebakan ramai yang kecundang. Masing masing tahu result periksa masing masing. Kekadang bila kita compare...anak kita lagi hebat dari kita...walau mereka cuma sekolah harian biasa saja. Kita group murid berbakat dan bijak tetapi tidak dapat result yang sepatutnya di SMSJ pada 1978. Kita memangsakan diri atau kita menjadi mangsa masa silam itu.

Berbalik kisah kawan kita ni, dia adalah antara mangsa. Dia gagal dan tidak mendapat result yang baik semasa SPM...dia amat keciwa, dia try ambil lagi di sekolah swasta dan belajar sendiri di rumah. Ketiadaan kawan menyebakan dia gagal lagi. kekeciwaan menyebakan dia memutuskan untuk bekerja. Dari astu tempat kesatu tempat. Mulanya mengikut sedara kemudian bekerja di syarikat swasta dari satu kilang ke satu kilang.

Selepas 30 tahun....

Dia masih tidak mendirikan rumah tangga...dia kesaorangan....dan hidup untuk menyara dirinya sendiri dan sekali sekala balik kekampung melawat sedara mara.

Antara iktibar nya atau moral of the storynya ialah walau kita sama sekolah, sama batch tetapi yang membezakan kita ialah A.S.K

Attitude -  Sikap kita dalam menerima cabaran yang mendatang tidak sama, ada yang cekal atau yang give up dan ada juga yang sabar. Sikap ini lah sebenarnya terbentuk dalam diri kita yang kita kekadang tidak sedar. Keupayaan kita untuk berjuang sebenarnya tersemai semasa kita bersukan. Cekal dan sabar kita terbentuk semasa kita menahan kemarahan dan menahan kelaparan. Contohnya macam aku...cehwah....Budak nakal macam aku ni memang mempunyai attitude yang tidak boleh dijangka. Kegagalan aku mendapat respon dari buah hati pengarang jantung...gadis idaman aku mejadikan aku seorang yang tabah menempuh gelora ( terima kasih pada gadis tu sebab tak balas surat aku ...hahahahaha). Kenakalan aku memanjat pagar malam malam sebab nak tengok wayang menjadikan aku seorang yang berani untuk berjalan malam seorang diri sampai sekarang....hah..nampak...hahahaha

Skill - Skill kita tak sama....skill ahli sukan yang mewakili sekolah tak sama dengan ahli sukan yang biasa biasa yang sekadar mendapat dua mata untuk rumah masa sukantara. Masa bersukan dan masa ber kuirkulum akademik seperti bahas dan lakunan dsbnya skill kita terbentuk secara agresif. Lain kali nak cari pasangan hidup cari yang bekas ahli sukan...suami/interi anda adalah seorang skillfull...cepat reflek dan tabah dan menghadapi...perjuangan.....(berstamina lagi..hahahahaha) Tapi tu dulu..sekarang...tak payahlah...

Knowledge - Ni tak payah terangkan pun semua orang dah faham, dan student di SMSJ semuanya seorang yang bijak dan berbakat. 

OK lah lama dah aku berceloteh...maaflah bukan nak merendahkan sesiapa...tetapi selepas SPM dan MCE memang pelbagai cabran hidup kita tempuhi..semuanya itu kita hadapi demi mencari sebuah kebahgiaan. Akhir kata kita sama samalh berdoa agar kita...semua mencapai kebahgiaan yang telah tuhan tetapkan untuk kita dunia dan akhirat.

Adios...
Assalammmualaikum




Tiada ulasan: