Isnin, 29 September 2014

Taksonomi CInta - Kami bukanlah jahat sangat...

SMSJ78
Rumah Kami di kala senja....Blok B
Asrama Putra. 1976 ..gambar ni memang nostalgia, 
aku beli dari abg Form 6

 

Pelan Lokasi supaya senang diingat kembali semasa membaca

Assalammmualaikum
Salam Sayang
Salam perpaduan

Untuk rakan batch 1978, Sajohan dan pembaca sekelian.

Hari ni free...kerja semua under control...so aku luangkan masa sikit pada blog. Aku kali ni nak memberikan penjelasan kenapa ramai antara kawan lelaki kelihatan nakal dan kekadang dipanggil budak jahat...untuk kawan kita di asrama putri sana tu...tau...sebab kita tak pernah diberikan peluang bela diri..hehehe

Ingat senang...untuk sampai ke Sekolah Sains. Bila bas kluang berhenti...kita kan menyusuri dengan berjalan kaki membimbit bag...dan melalui Kuaters JKR dan ada padang bola sebelah kanan kita...kita terus mendaki bukit...kemudian jalan tu berpecah dua...kalau terus kita masuk kampung cina dan kita akan ikut jalan tar ke kanan...dengan melalui sisi padang bola lagi...kemudian bukit tu kita daki lagi baru kita menuruni bukit....yang curam dan berselekoh...blok A di tepi pagar...kita jumpa pondok jaga dengan asrama putri di depan kita...kemudian kita berjalan lagi dgn tangki air disisi kita...dewan makan...depan dewan makan ada dataran tempat kita berhimpun, tempat kita tengok wayang....terus lagi kita jumpa asrama lelaki dua blok...terus lagi...terjun ke padang lah kita...Apa yang aku nak katakan sekolah kita berbukit bukau...dan rumah kita kaum lelaki di dua blok asrama itu. Itulah rumah kedua kami. Itulah syurga kami dan neraka jugak bagi kami. Nak sampai asrama dah tekanan dah.... Namun kami sentiasa bersyukur...

Dalam batch kita ada hampir 120 orang sahaja. Itu pun semakin berkurangan. Enrolmennya memang ramai lelaki dari perempuan....hampir 80% lelaki. Gegirls Kelas 5E1 (5 perempuan) Kelas 5E2 (5 Perempuan) kelas 5M1 ( 5 Perempuan ) cuma kelas 5M2 (14 Perempuan ) 29 orang perempuan...jadi dari segi peratusan sahaja memang kami budak lelaki lebih dominan. Suaranya, tingkahlakunya dan kenakalannya..Pernah diperkatakan batch kali ni batch yang teruklah....( batch kita lah tu...)

Ada dua kelas aliran E dan  dua kelas aliran M. Aku kenal semua kawan lelaki kelas E dan M sebab merekalah kawan aku sejak 1974 di SSI hingga tamat SPM/MCE 1978. Tidak ada seorang pun yang jahat dan gangster sangat. 5E1 ada Azman Rahman dan Amiruddin...serta kuncunya..5E2 ada Rahman Mokhtar dan gengnya...Geng 5M1...Biasanya nama Bong kena....yang dicari...kalau bising...aku bising juga tapi aku licik sikit.  Geng 5M2, biasanya cikgu cari Jamil Sien, Bagio dan kawan-kawannya...Tu pun masa Tingkatan 1-3 jer...Form 4 dah banyak berubah...Jadi baik dan alim lagi...Namun percayalah kawan kita yang lelaki ni ok...Hati mereka baik dan sangat menolong antara satu sama lain. Betul....buktinya sampai sekarang tak ada siapapun yang tidak berkawan...atau bermusuh...sensitif sikit sikit tu adalah...tu normal.

Aku juga kenal semua murid perempuan. Dulu aku hafal semua nama murid perempuan ..tetapi sekarang ada juga yang dah lupa....maaflah..sebab dah lama...kena tanya....

Disebalik kegemilangan batch 1975, 1976, 1977 kami memang agak tertinggal. Guru yang terbaik diberikan untuk kelas peperiksaan, dan semasa form 1,2 memang kelas aku mendapat guru yang baru dan kekadang tak ada cikgu masuk.. Kami ada banyak masa lapang. Biasanya kami kami akan gunakan untuk bergurau senda dan bercerita serta duduk berlonggok...masa prep...murid perempuan di asrama...kami lelaki di dalam kelas di bilik darjah...kami menapak lagi. Memang tak jauh....tetapi pemisahan itu menyebabkan kami terasing lagi dengan geng perempuan.

Masa petang kami dipaksa kosong kan bilik utk riadah...kami patuh..Dari 4.30 sampai 6.30 kami dipelbagai lokasi...Prep malam kami ke sekolah lagi....hingga pukul 10.30 . Arahan pun berbunyi semua lampu disuruh tutup dan kami dipaksa kami tidur..sedang kami nak belajar lagi...pengawas boleh study di bilik pengawas..

Guru guru sangat tegas dan pelbagai dendaan menanti kami. Pijak rumput kami akan didenda jogging atau ketuk ketampi...kalau bising...satu bilik kena belasah dengan batang penyapu...kalau tanya tak jawab...siapa buat siapa buat...semua tak ngaku...kami akan di pukul sorang sekali atau dua kali atau tiga kali dengan rotan....jika ditangkap merokok...penampar sekali dan ada juga dipaksa makan rokok sampai muntah...jika ditangkap cabut lari malam...maka..kami akan di rotan di khalayak ramai.

Tiada guru kaunseling, tak ada tolak ansur...kami yang ada masalah kekadang cabut balik diam diam untuk melihat emak bapak yang sakit. Gunting rambut dan sebagainya. Memang tidak ada  cikgu yang nak bertanya tentang masalah kami. Pengawas mendapat tempat istimewa...kami yang bukan pengawas macam beban besar pada mereka...Ketat..memang ketat.

Aku pernah memujuk seorang junior namanya Afendi ( kluar masa tingkatan 2) menangis sebab emaknya sakit.mak dia kebetulan cikgu aku masa sekolah rendah dulu dan banyak membantu aku...akhirnya junior ni keluar dan bersekolah di Muo. Masa tu maaf...memang kami geng lelaki ni hidup sebatang kara.....tak ada siapa dapat bantu kami...jika kami ada masalah...hanya kawan kawan.. kawan kawanlah saudara dan abg adek kami. Mak sakit ke Abah sakit ke...kami akan diamkan diri menahan rasa dan menanggung semua sebab utk mengadu pada warden, warden macam harimau lapar nak makan orang. Ada warden membelasah senior kami macam penjahat jalanan membelasah gangsters.  Warden pernah pukul dengan batang penyapu sampai batang penyapu tu patah. Bayangkanlah

Jadi kehidupan di asrama putra bukan mudah. bukan senang...setiap langkah kami penuh waspada. Sebab kami memang tidak ada peluang bela diri..bagi yang pernah menjadi mangsa, jiwa kita orang sentiasa bergolak dan kekadang memberontak dan meronta. Pada kami dengan cara jalan berkumpulan, membina geng geng kecik....kami akan rasa selamat...dan kekadang kami membising melepaskan perasaan. 

Tingkah laku inilah yang dipandang serong. Yang dipandang jahat. Yang di miss persepsi oleh gegirls ketika berjumpa di kelas atau berseliseh...Geng perempuan cukup takut bila berhadapan dengan kami. Dan kami pun...ada aku kisah....tak nak kawan sudah....hahahahaha

Kami juga mengharumkan nama sekolah. Bahas PPPM di Kota Bahru , BM dan BI lelaki kita finalis
Rugby kita wakil daerah. Azman Rahim Raja Takraw...Jastan Inas, Shamsudin Md Dom King Spikers dalam Volleyball, Syed Abu Bakar Raja Bola...mengelecek sampai 6 orang sebelum menjaringkan Gol. Zaidi wakil raugby bersama batch 1977 lagi. Yahya Sadikon Kapten Sofball.. Ishh banyak lagilah kita bantu SMSJ mencapai kegemilangan...

Sebab itulah ahli psikologi ada mengatakan....Kanak kanak yang dijaga dengan ganas akan bertukar menjadi ganas dan pendendam...jugak...

Masa berlalu

Kalau betul kami jahat...kami tak kan jadi orang....lihat kelas 5E1, 5E2, 5M1, 5M2...kita geng lelaki ni ramai juga yang jadi profesor, pilot, Dr, Businessman, engineer.....malah Jutawan pun ada. Yang jadi Pengetua, Guru Besar, Cikgu tok sah ceritalah....ini dalil...yang geng lelaki batch 1978 tidaklah jahat sangat. Taklah terok mana....

Dan....Jika ada kenakalan kami dahulu,...maafkan kami..semua...dan jomlah kita berdamai...dan bina hidup baru dengan berkawan dengan elok elok...sebab kawan sama batch ni...memang amat menyentuh hati dan rasa.

Selepas reunion 2008 aku berkesempatan temubual dengan geng perempuan beberapa soalan contoh...sekadar beberapa contoh...

Aku tanya azida..kenapa muka masam sangat...?
Azida jawab...saja je buat muka garang supaya geng jahat tak kacau...( wal hal azida ni kalau senyum bapak manisnya)

aku tanya saadiah....maaflah Saadiah aku dulu nakal...suka usik kau
Saadiah jawab...memang...kau orang memang jahat...sambil ketawa...

Aku tanya tipip....tip...aku jahat ke dulu...
Dulu memang lah sop....budak budak...kau memang jahat jahat jahat jahat..kata tip sambil ketawa.

Kalau ada tingkahlaku kami yang 'jahat' tu benar...kami akui kami mmg nakal sikit ..tapi nakal kami tak pernah ada kami lakukan  sentuhan fizikal buli dan sebagainya...kami cuma kelihatan jahat...ganas..bising dan riuh je...hehehehe

Alhamdulillah...aku telah menghadiri pelbagai gathering, reunion, perjumpaan masa kenduri dan sebagainya....nyalah selepas 40 tahun kita berkenalan semua ingatan itu telah pun bertukar....kita menjadi kumpulan yang amat intim sekali...pertemuan sesama kita amat mesra dan saling berkunjung dan menziarahi antara satu sama lain...seolahnya masa yang berlalu telah menebus anugerah yang tertunda yang telah kami abaikan dahulu.....kalau kita rapat...ramai pulak pasangan made in SMSJ antara kita yer tak...( demikian salah satu komen pembaca) hehehehehe

Meh kita tengok gambar..


 Dua blok asrama lelaki...
Geng Perempuan tak pernah datang kesini...dia orang tak tau apa yang berlaku disini...
Aku masa T1: B12   T2: A6  T3: B3  T4  A3  T5/T6 di A10 tu bilik aku Aku rasa semua blok semua tingkat




Ni geng perempuan yang elit...
yang hebat...tapi dia orang blur...apa yang terjadi di asrama putra...tentang kita geng lelaki ni...
yang dia orang tau....jauhi kita....geng budak jahat....hahahaha


Tapi kan dalam diam diam , dalam nakal nakal tu pun menjelang tingkatan 5, ramai yang dah ada adek angkat, kakak angkat dan rakan sehati sejiwa...kira hebat juga...kelas aku yang pure suci dari awek aku, adnan Jalil dan azman...lain semua ada hubung kait. hahahaha kelas lain aku tak tau...

Aku memang teringin nak berkawan ...tapi aku takut....sebab aku orang susah...hahahaha...syyyh..

ok sini dulu...Jumpa lagi dengan tajuk...Jom Tengok Wayang....

4 ulasan:

fati berkata...

Ko ingat suma nama bilik yg ko pernah duduk, dasyat tu. Aku lupa nama bilik, tp ingat bilik yg mana aku duduk kalu aku pegi balik kat asrsma puteri tu

kembara kelana berkata...

Fatie..tkasih komen...mana azida ni fati..rindu pulak aku...yg hujung karangan tu.. .hahahaha... Lucu..susahnya nak lupa ti

yeos berkata...

Masih rajin menulis pegawai jabatan pendidikan kita ni yaaaa...

kembara kelana berkata...

Hehehe...