Selasa, 30 September 2014

Taksonomi Cinta - Jom Tengok Wayang

SMSJ78



 AJK Wayang Gambar 1977

Asalammualaikum
Salam Sejahtera
Salam sayang sama batch
Salam Perpaduan

Kepada semua kawan kawan satu batch, sajohan dan pembaca yang dikasihi..

Semoga semua sehat dan gembira disamping keluarga tercinta, didoakan semua ada rasa sahabat agar kita bersatu, bersilaturahim dengan harmoni dan menggembirakan. Kerana bila kita bersetiakawan, anak anak akan mencontohi perbuatan dan tingkahlaku kita. Malah tuhan juga merahmati kita. Insya Allah.

Tengok Wayang. Satu dari episod yang menggembirakan semasa duduk di asrama. Memang tak boleh lupa...dimana biasanya akan ada iklan ditampalkan dan penggumuman di buat oleh AJK Wayang Sekolah. 

Perhatian, malam ini jam 8.30 mlm satu pertunjukan wayang akan di adakan di tapak perhimpunan.....bla bla bla

Screen besar di pasang. filem dari gelong besar di mainkan oleh AJK Wayang Gambar Sekolah menggunakan projektor macam di panggung wayang zaman 60an. Biasanya malam minggu. Malam sabtu dan tempatnya mana lagi...depan dewan makan tu lah....Geng Gegirls ni...ada dua...satu geng yang akan datang datang membawa kerusi dari asrama puteri, satu lagi geng lepak dalam bilik...malas ke tak minat ke, tak taulah sebab acara tengok wayang ni bukan paksaan....sebab aku masih ingat lampu bilik ada yang tutup ada yang terbuka....gegirls ni akan duduk dengan teratur menghadap wayang yang dimainkan. Ayu ayu gitu...cakap pun sopan sebab tingkahlaku mereka sedang diperhatikan...Dan ini lah peluang kita orang dapat lihat geng perempuan berbaju kurung dan bukan baju sekolah....cantik, kena pulak balam balam malam...manalah nampak sangat jerawat mereka tu hahahahahaha...sori gurau je.

Geng lelaki pulak ada macam macam...yang budak baik akan ambik kerusi, mcm budak perempuan tu, yang kedua...baik pun ada ganas pun  ada....biasanya akan berdiri dan menumpang adek yang kecik kecik tu sbb geng ni malas nak memulangkan kerusi....terhimpitlah adek Tingkatan 1 yang kecik kecik dan berani berani takut tu....yang terok ialah geng buli, datang duduk dan lepas bangun tinggal....ada lah junior yang kecik kecik tu tolong ambik tolong pulang....hahahahaha...Mamat junior tu tengok muka...pun takut...dah sah memang kena buat kerja tu kalau tak tak selamat hidup di asrama...siaplah....Ada satu geng lagi...geng lelaki ni...dia sengaja delay...dan bila awek yang dia minat tu dah datang...diapun angkat kerusi dan macam seolah olah bertembunglah...cari juga peluang untuk bermain mata dan bertukar senyum...tu geng 77, 76, 75..geng 78...tak de...hahahahaha...( marah dia orang nih kalau baca ni )

Yessy Gusman...Julie...


Wayang pun dimainkan....lampu blok yang depan ditutup...banyak filem yang kita sama sama tengok...yang aku ingat... Cerita Family ...Sibuta dari Gua Hantu, Sisa sisa laskar pajang, Si Pitung, Bud Spencer dgn Terreence Hill tu, Citer Katak Frog...James Bond, cerita Kung Fu Shoa Lin Cina,Samurai dan sebagainya. Memang menghiburkan, kekadnag ada juga citer yang boring. Cerita yang paling memberi kesan ialah Filem Romi dan Julie..Lakunan Rano Karno dan Yessy Gusman. Rano Karno tu kita orang tak kisah...lantak dia lah...tapi Yessy Gusman....memang menjadi idola...memang menjadi kegilaan.. Gambarnya menjadi cover fail Sains Paduan...( masa tu sains pakai kertas helaian..dan di isi dalam fail jenis chop buaya...ada yang tampal dalam almari...Yessy Gusman dimana mana. Di manalah Yessi Gusman sekarang...tentu dah tua...kalau masih hidup, nak melawat indon nak gi jumpalah...sebab aku memang minat sangat kat dia...hehehehe

Bud Spencer n Terrence Hill


Dua cerita yang aku paling suka ialah 1. Love Story... dan 2. Romie dan Julie, sampai lagu dalam filem itu masih bermain di benak aku sampai sekarang....lirik lagu dalam filem tu ....dimana ketika romie dan julie masih kecil...kawan kawan dia usik di taman aku masih hafal....bayangkanlah

ada kaca dibawa meja
hati hati terpijak kaki
ada anak bermain mata
teman kita namanya romie

kalau bulan bersegi tiga
bintang bintang pun tetawa semua
lihat julie semakin manja
sudah lama romie...mengharap

Bila satu gulung dah selesai... AJK nak masukkan gulung baru...biasanya kena sorak dulu...woo....woo
Kemudian keluar cerita...maka senyaplah kembali.

Wayang juga menjadi tempat kita melepaskan perasaan dan tekanan...kesiannya...anak anak orang kampung yang susah..yang datang dari desa perdalaman. Yang tak pernah dapat kemudahan menonton wayang gambar. Tinggal pulak jauh dengan mak  bapak...mak bapak pulak susah nak datang tengok sebab kemiskinan. Wayang yang ditayangkan itu memang dapat mengurangkan stress semasa duduk di sekolah sains.

Wayang juga menimbulkan masalah baru diasrama. Iaitu rasa tidak puas menonton...Ramai geng lelaki menjadi ketagih dan ingin nak menonton wayang cerita terbaharu yang sedang dimainkan di kluang. Maka bermulalah lompat pagar waktu malam untuk menonton wayang...di kluang. Panggung Brilliat, Rex, Cathay....semua diredah. Cerita cina, hindustan, melayu, inggeris...tak peduli,,,janji dapat tengok wayang....Sanggup jalan kaki. Sanggup keluar pagi...balik tengahmalam, sanggup kena kejar dengan anjing cina belakang sekolah, sanggup kena kejar dengan cikgu...(yang ni termasuk aku....hahahahaha malunya bila kenangkan balik)

Wayang memberi peluang kawan kawan kita jadi AJK dan jadi budak yang berjasa di sekolah. Mereka ni kira pakar projektor, pakar masukkan filem dan siap dapat bergambar di majalah sekolah..AJK Wayang Gambar ni tak ada geng perempuan...semua lelaki...gegirls tak sesuai kut.

Wayang juga menampakkan sedikit sebanyak siapa anak orang kaya dan siapa anak orang miskin. Biasanya anak orang kaya..duk bilik dengar radio atau malas nak kumpul ramai ramai macam tu...ada rasa tak standard dalam diri mereka...namun tak ramai..dan kita orang tak hirau pun...lantak ko orang lah.

Wayang menjadikan asrama agak stabil sebab semua orang turun ke bawah dan satu slot yang menghiburkan namun ada juga geng kecik yang akan beroperasi menghisap rokok di belakang bilik basuh blok A sebab masa ni cikgu dan warden tak ada. Hahahahaha
 ( tu pun aku ada buat sekali sekala.....hahahaha)

Akhir kata...sebelum aku berhenti menulis..aku rasa kita semua masih ingat lagi kisah kita sama sama menonton wayang di panggung open air...kita berkongsi cerita yang sama ditempat yang sama dan ini antara aktiviti gabungan geng lelaki dan geng perempuan yang dibenarkan.

Pernah aku terlintas dalam hati...macamnana nak ajak awek tu tengok wayang berdua ek? Angan angan aku sampai sekarang masih lagi tak tertunai...hahahahaha...tulah dia aku ni...kuat berangan angan....

Cari lah diri masing masing...dalam gambar dibawah



Jumpa lagi nanti...Lawatan Mak.


2 ulasan:

fati berkata...

Aku paling suka tgk citer kung fu cina.
Ada masa aku turun bawah, ada masa tgk dari bilik

kembara kelana berkata...

Aku pon...fatie...aku mmg suka action movie...