Isnin, 8 Mac 2010

System Tools Part 3


Kita tahu semua cikgu2 kat SMSJ hebat2. Tak mgkn kita akan berjaya pada hari ni kalau mereka tak ajar kita. Dulu aku di ajar oleh Cikgu perempuan cina dan kecik2. Aku lupa nama dia tp dia mengajar memang gila2 komitted.. Dan ada satu lg cikgu aku lelaki Cina… lupa ajar apa tp budak2 panggil dia “Inoki” pasal dagu dia. Dia juga bagus.. Sebenarnya semua guru2 SMSJ hebat2 dan terlalu banyak berjasa pada kita samada kita sedar atau tidak tp kenapa pada hari ini kita cuma ingat cikgu yg rotan kita atau yg selalu denda kita aja ? Apakah guru2 lain kita harus lupakan begitu saja. Kita terlupa tanpa cikgu kimia, bio, fizik ,BM etc.. kita bukan siapa2 pada hari ini. Aku rasa bersalah bila aku lupa nama Ustazah yg ajar aku Pendidikan Islam dulu… Maaf kalau ada yg tak terima atau tersinggung....

Semasa sekolah kita suka panggil kawan kita dgn panggilan yg tak sedap didengar… Mgkn ada yg kita panggil “KONYEM” dari asal “MONYET”. Panggilan ini kita tujukan biasanya pada budak2 perempuan.. Ada juga kita panggil KOPAM, LANDAK ,AH CHONG, JEPUN etc Mereka suka ke dgn panggilan tu? Kalau mereka tak suka mcm mana? Selama 30 thn rasanya tanggung dosa… kita kena minta maaf sebelum kita mati kerana memanggil sesaorang dgn panggilan yg dia tak suka tp nak minta maaf kat mana? Aku rasa kita mesti gunakan blog ni atau mana2 MG demi siratulrahim dan memohon kemaafan. Ingatlah tahun depan kita cecah 50 tahun… maknanya dah dekat mati tu… Macam mana kalau aku cakap hati aku cukup menderita dan agak susah untuk tidur malam bila org panggil aku bagio…… maaf kalau ada yg tak terima atau tersinggung...

Kita tak mgkn boleh kembali ke zaman sekolah yg telah lalu. Kalau boleh dah tentu banyak kesilapan yg boleh kita perbetulkan… Kita jg boleh memohon maaf pada cikgu yg mgkn kita “terkurang ajar” atau terpanggil kawan kita dgn panggilan yg dia tak suka tapi yg lepas tetap lepas…Ada org cakap, “NASI DAH JADI BUBUR” tapi kalau kita ikhlas, sudah tentu Allah swt akan membantu kita untuk mendapatkan satu resepi atau satu jawapan bagaimana untuk menyedapkan bubur tersebut supaya kesedapan bubur itu boleh membuat org lupa untuk makan nasi… Maaf kalau ada yg tak terima atau tersinggung bila aku sebut BUBUR kerana ada masalah geraham..
Sepohon kayu daunnya rimbun...
Lebat buahnya serta daunnya...
Hidup didunia beribu tahun....
kalau tak sembahyang apa gunanya....
........ Betul ke lagu ni khas untuk kanak2 tadika aja....

31 ulasan:

bong berkata...

Roslan bin Sukimi aku minta maaf sebab panggil kau Bagio@Bag tapi aku tak kira kau suka atau tak suka aku sinonim panggil kau BAGIO.
Ada siapa2 nak bantu aku.Alaaa Kassimmm.
Yusop kau nampaknya betul2 sibuk hingga tak kesempatan.Dah baik pening Sop.
Kau Sop tak ada panggilan yg pelik, jangan takut nak muncul.
Wak Bar, kau suka abang Mim atau Penggail, nanti aku suruh Teja pilih.
Fatimah, kau suka Fati atau Timah?
G, kau macammana pula nak panggil Fauziah atau G.
Aku tak apa kau panggil Bong.

pakroslan berkata...

Salam Bong,
Masa sekolah, kau ada panggil budak batch kassim tu... Tok Yem..
Ingat lg tak nama dia..

fati berkata...

Bong, keluarga belah johor mmg panggil aku 'Pati/ fati', kawan-kawan smsj pun sama, kat maktab dulu ada yg panggil Fatimah atau fati ( bergantung kepada keakraban bersahabat). Setelah bekerja ada yg panggil cikgu fatimah atau cikgu timah ( ada yg tambah bosnia lepas timah tu sbb ada 2 @ 3 orang cikgu timah kat sekolah). Keluarga belah pakwe aku semua panggil'kak chaq', tak pernah dengar depa panggil fati atau fatimah.... kalau panggil aku 'timah' selalu nya aku respond slow sikit, mcm pakwe akulah, kalau dia nak sakitkan hati aku dia panggil timah , jawabnya teh tarik dia dpt esok hari jer.....

fati berkata...

Pakroslan, nama ustazah kita yg disayangi , ustazah salmiah, cikgu cina pompuan yg kecik2 ajar math moden masa f5 tu pn Sim ( yg kau org selalu gelakkan bila dia pakai baju takde lengan) cikgu cina yg ajar kita fizik ke yg kau maksudkan tu? tu, mr chin, aku suka dia ajar faham sangat, masa f4 blank habis! ( cikgu rambut afro tu ajar)

nasruddin mohd rawi berkata...

wah kau, tetiba beremosi ni apahal ? 1976 aku sebilik dgn kau, kau sendiri yg perkenalkan diri kau sebagai BAGIO SOSANTO, masa tu kau ada topi navy yg kau tulis nama BAGIO. salahkah aku panggil kau BAGIO ? atau salahkah kau memilih memperkenalkan diri kau sebagai BAGIO ? siapa salah ?

sulaimi berkata...

salam, nas, agaknya dah tua2 ni dah beremosi sikit, tak pe, memang dah lumrah. kesian dia kena KO dgn kau. masa tu sebilik, halim arshad, shukri, xxx, en. roslan a.k.a bxxxx, en mohd fauzi mohamad, xxxx (lupa), xxxx (lupa juga), dr imran ho dan engkau nas. rasanya betul. saya kat sebelah, en azman abd rahman, mohamad bin maelah, azman ihsan, xxxx, dr mustafa samsudin, xxxx, saya, dan en mohd noh.

bong berkata...

Nas dan Sulaimi kau orang jangan bimbang BAGIO tetap Bagio.
Kau tau tak orang rumah dia pun panggil BAGIO.
Fati, kau rupannya banyak nama ye, kat akhirat nanti nak panggil apa kat kau? Tapi bukan 'Timah Juling' kan.

kembara kelana berkata...

lan
kau masih gagal menekan entri fatimah kebawah...masih dapat di skroll oleh pembaca...entri lagi lan...panjang panjang sikit

lan
apa yang suarakan tu memang ada kebenarannya...aku setuju...gunakan blog untuk rapatkan silaturahim dan bermaaf maafan...

aku baca dan perhatikan kadang kala kita berseluruh untuk ceriakan blog as a friends..bukan nak melukakan hati..harap maklum kepada semua kawan kawan dan keluarga..kalau salah langkah atau terlebih harap maaf...

bong...
kau semakin steady..dan aktif...teruskan bong..aku masih bergelumang dgn cat..

pakroslan berkata...

Salam Nas n Sulaimi,
aku kena ikut trend org melayu skrg.. nak glamour mesti lupakan asal usul..minimal
Salam Bong,
kau lah satu2 kawan aku yg susah aku nak tipu. Betullah bini aku panggil aku bagio pasal Dayak yg ajar..

pakroslan berkata...

Salam Fatimah,
Terima kasih fatimah pasal ingatkan aku dgn Puan Sim dan Ustazah Salmiah.. Kedua duanya mempunyai jelingan manja yg sexy.. Suami Ustazah Salmiah pun Ustaz tp lupa jg nama dia. Orgnya hansom gila..Yg ajar Fizik itu kalau tak Cikgu Chin (Cikgu Kedet)tp dia bukan "Inoki". nanti aku cuba cari gambar dia. Kenapa org panggil kau "Timah Bosnia"? cerita sikit. Apa pun Aruah Basar Bani adalah terfavorite aku.. Alfatiha..

pakroslan berkata...

Salam Sop,
perangai kita skrg mmg beza dari perangai 1978.. Kita semakin tua dan semakin sensitif.. Maklumlah berkawan dgn "Budak" umur 49 tahun.. Ikhlas aja lah kalau kena belasah..

sulaimi berkata...

salam, cuba cari siapa mufti kerajaan Negeri Kelantan sekarang? Boleh bagi klu suami ustazah salmiah tu. Kalu tak silap dari egroup sajoha pernah orang maklumkan.

pakroslan berkata...

Sulaimi,
betul ke? Aku memang nak cari mufti kelantan pasal surat nikah batch aku yg kawin kat siam tu ada masalah. Ini serious...

bong berkata...

Bag, trep ke Siam lum lagi, tp trep ke Bantam sudah....
Kenapa le kau buka cerita Siam Bag oiii... Tu kan program kita 2 saja.
Timah kan dah tahu, dia cuma boleh sampai Perlis je.
Kau nak aku n3 baru tak?

kassim berkata...

Bong & PakRoslan, orang yang korang panggil Tok Yem tu namanya Hashim Minhat (masa jadi Pengawas memang berantai)..dgn aku dia takleh nak makan maklumlah....

bong berkata...

Haa!Haa! betul le tu, aku rasa Pengawas yg paling popular....popular dengan sikapnya yg berantai.Kalau masa tu ada undi SMS aku rasa dia yg boleh memegang takhta.
Macamana le Tok Yem sekarang ye...

pakroslan berkata...

semoga Allah memaafkan dosa2 kita yg lampau...amin

kassim berkata...

awat cek nak tukaq nama oi...kan nama Bagio tu bagui...takpa...cek nak tukaq nama apapun Mamak tak kesah.. asalkan cek mau pi saja... kita pi pusing SATU Malaysia..

fati berkata...

Bar, depa pulun sungguh buat entri sbb nak tekan entri aku sampai tak nampak dah...... so aku relaks laa kejap kan....heheheh

nasruddin mohd rawi berkata...

wah2 wak kang mimbar pun berbunyi ? hehehe

sulaimi,
bilik B12 tu ada 16 orang. kau lupa zulkifli ahmad @ chep bdk melaka (bdk kg kau kot ?), fuad othman kat bilk aku. sebelah kau tu aku pun dah tak ingat siapa lagi.

bagio,
mmg ustaz shukri tu skrg dato mufti kelantan.

pakroslan berkata...

Salam Kassim,
nama penuh bagio... wilibrodos sarendrarendrabagiososantosantupatrus.. aku dapat nama tu masa kat asrama putra SSI.. satu bilik dgn samsul n jastan. Nama tu bukan di ambil dari nama pelakun indonesia tp cikgu yg ajar pelajar tingkatan 6 SSI. Mgk Samsul msh ingat lg cerita tu. Nama cikgu tu Bagio Sosanto. Ajar sajak ws rendra tp aku lupa nama sajak tu. Santu patrus adalah watak dlm sajak tu.
tak kisahlah kau nak panggil aku apa.. saja nak buat enti panas..

pakroslan berkata...

Salam Fatimah...
boleh diam tak....
Salam nas n Sulaimi,
Memory kau mcm gajah.. boleh ingat semua.. Terima kasih pasal ingatkan nama Ustaz sukri. Rasanya betullah tu. Aku lupa psl dia tk ajar aku..
Salam Mimbar,
aku msh tak yakin dgn nama tu. Ada satu cikgu perempuan yg dagu panjang Miss Lau bkn EN Law.. Miss Lau ni pakai spec n jambu jg tp aku dgr blm kawin lg.

pakroslan berkata...

SalaM Mimbar..
lupalah. Siapa yg kau panggil "kambing" tu... atas alasan apa sampai kena panggil "kambing"...

g berkata...

WillibrodusSurendraBrotoRendra adalah namanya sebelum dia memeluk Islam circa 1970 lalu menukar nama kepada Wahyu Sulaiman Rendra.

sambungan ...

Santu Petrus!
Tiga detik tanpa suara.
Matahari terus menyala.
Lalu pastor kembali bersuara:
Kamu telah tergoda dosa.
Tidak tergoda. Tapi melulu berdosa.
Kamu telah terbujuk setan.
Tidak. Saya terdesak kemiskinan.
Dan gagal mencari kerja.
Santu Petrus!

... bersambung ...

NYANYIAN ANGSA - puisi hebat antara nyanyian-nyanyiannya.

NB. Aku berkejar cari buku puisi dia kat AmCorp Mall flee market 2 hari lepas dia meninggal. Dapat!

fati berkata...

Bye, bye...aku nak diam......

pakroslan berkata...

Salam Fauziah,
bagus lg otak awak ni.. teringat kisah Nabi Adam lihat burung terbang berkawan2 didalam syurga... saya lupalah Lepas tu nabi Adam a.s minta apa kat Jibrail...?
Salam Fatimah,
aku pun nak ikut diam mcm kau... bye bye.. Kerja tgh banyak gila ni..

bong berkata...

Bagio dan Fatimah, kau berdua ni bikin panas ini blog.

pakroslan berkata...

Salam Membar,
kau buat aku pening bila sebut nama Miss Yong pasal aku tak boleh ingatkan muka dia...aku tak pernah ngantuk dlm mana2 kelas psl dlm kelas aku ada lebih dari 10 perawan yg berumur 17 thn tp kalau skrg... mesti ngantuk pasal semuanya sudah tak perawan lg dan dah berumur 49 thn..

g berkata...

sudahlah tu kangmas-bagio, teruna atau perawan by default kita semua dah kategori nenek-datuk.
nenek perawan, datuk teruna : janggalnya bunyi.

lain lah kalau ada yang berangan nak ikut jejak shidee ...

sulaimi berkata...

salam,

Miss Lau Moi Chai tu ajar sains paduan, dedikasi cikgu tu, walaupun muridnya "lawannya" (macam perkataan anak saya)

Sukimin berkata...

Yap Sui Fong tu cikgu yang ajar Mekanik. Dia ni memang best - tak pernah marah, lembut, ajar dengan bersungguh2. Subjek dia ni memang aku paling suka dan tunggu2. Dia kawin dengan cikgu pompuan sekolah kita juga. Ho Wah Sun pun ajar best. Tapi aku dengar dia dah berhijrah ke Australia