Jumaat, 5 Februari 2010

ANGKARA MAKHLUK BERNAMA SYAITAN

Malam ini aku teringat kisah kehidupan kita semasa di SMSJ dahulu di mana selalu digembar-gemburkan dengan cerita-cerita hantu, pontianak dan penanggal. Macam-macam versi dapat didengar yang mana kata terlihat pontianak terbang, ada terlihat penanggal dengan perut terburai di tepi tingkap dan ada pula kehilangan duit sebab dicuri oleh toyol. Jadi di sini aku ingin berkongsi maklumat serba sedikit akan hal sebenarnya.
"Wahai anak-anak Adam, janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga,sambil ia memyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka!" - Surah al-A'raf 7:27)
Ayat di atas menunjukkan bahawa syaitan adalah makhluk yang hidup di alam ghaib dan manusia tidak dapat melihat mereka walaupun mereka dapat melihat manusia. tetapu kedu-dua makhluk yang hidup di kedua-dua alam yang berbeza ini boleh berkomunikasi dan berhubungan. Mereka boleh bertemu di satu alam, samada di alam manusia atau di alam syaitan (ghaib).
Apabila seseorang manusia dibawa mengembara atau di bawa masuk ke alam ghaib,dia akan dapat bertemu, berkomunikasi dan berhubung terus dengan semua makhluk syaitan tadi kerana berada di alam yang sama. Pada masa yang sama, dia juga akan hilang daripada pandangan manusia umum kerana berada di alam ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Hal ini pernah berlaku pada sesetengah manusia, dan apabila berlaku maka keadaan ini (mengikut kepercayaan Melayu) sebagai disembunyikan oleh orang bunian.
Para ulama mengatakan bahawa syaitan boleh menjelma ke alam nyata dan manusia boleh melihatnya. Oleh kerana syaitan tidak mempunyai bentuk yang khusus bagi menggambarkan identitinya yang sebenar, maka syaitan boleh menjelma dalam berbagai-bagai rupa dan bentuk yang disukainya. Di sinilah letaknya  perbezaan nama yang diberi kepada makhluk syaitan seperti toyol, pelesit, pontianak dan sebagainya.

(Petikan buku Islam dan Anda, oleh Abu Hassan Din al-Hafiz, DPB, 1995)

Tiada ulasan: