Jumaat, 5 September 2014

Musim Pencen

SMSJ78

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sahabat dan rakan seangkatan Batch 1978...Semoga bahgia dalam dunia masing masing. Dunia Kerjaya Dunia Keluarga dan Dunia Kehidupan.

Sejak akhir ni aku sering kali pulak membuka blog yang kini telah berusia 6 tahun. Entah kenapa. Barangkali sejak akhir ini ada rasa keinginan untuk bertemu kembali kut. Atau adajuga semacam satu desakan untuk menjadikan blog ini titik pertemuan kita di alam maya.

Beberapa rakan kita telah lama bersara dari kerja. Ada yang sedang menunggu masa dan ada yang ingin meneruskan kerja hingga 2021. Tahun 2021  itu kita berumur 60 tahun.

Bagi yang kerja sendiri telah pun lama menikmati erti kerja keras dan kerja sendiri. Bagi yang kerja dengan syarikat atau kerajaan....beginilah...bila kitakuat semua kerja kita mampu buat, bila kita dah beransur letih, semua kerja dah slow dan rehatnya yang lebih.

Selamat berehat kepada yang telah bersara
Selamat berehat kepada yang bakal  bersara
Selamat bekerja pada yang masih mampu mencurah bakti...

Musim berganti musim
Musim Bunga Berkembang ...sek rendah dan sek sains
Musim Mencari Kehidupan....masa kita belajar dan cari jodoh
Musim Membina Keluarga....menyekolahkan anak dan menjodohkan mereka
Musim Menikmati Hari Tua...pencen dan bermain dengan cucu

Akhirnya....kita semakin tua...hahahahahaha
Jumpa di kenduri Prof Arbakaria Arif...di Bukit Expo UPM...esok sabtu...6 september 2014

Tiada ulasan: