Isnin, 15 Mac 2010

PISANG SEJUTA MANFAATNYA

Bagio dengan sistem toolsnya berkenaan menu. Aku pula tertarik nak cerita tentang buah. Kalau yang lepas aku cerita tentang peria, kali ini aku nak cerita tentang pisang pula.
Buah pisang merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan.
Daun pisang sering digunakan sebagai alas makanan kerana ia mempunyai bau yang harum apabila dibaluti makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, atau pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat. Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit serta mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang yang masak boleh dimakan begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur.
Menurut kajian, 100gm pisang menyediakan 1.2gm protein, 0.3gm lemak, 17mg kalsium, 78gm karotin, 88gm kalium, 27.2gm karbohidrat, 0.4gm fiber dan 116 kcl tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, magnesium, fosforus, iodin, kuprum, vitamin B1,B2,B6 dab C, niasin, folat dan sebatian kimia penting. Pisang juga kaya dengan tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Kajian membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup semasa beraksi.
Buah pisang juga punyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasium yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kelori lemak, sodium yang membantu merendahkan kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - ialah penyakit kurang darah. Pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat penyakit malah rasanya sedap pula.
Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan kita ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungnya.
Jika digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

6 ulasan:

pakroslan berkata...

Salam Bong,
mgkn aku tak pandai mcm org lain tp yg aku tau kalau tersangkut tulang kat tekak... makanlah pisang..

pakroslan berkata...

Bong,
main kat blog kau pulak... sekolah tgh cuti ni...

asri berkata...

Tanam pokok pisang yang paling mudah pokok pisang nipah dan awak.Tapi d Pontian pisang nipah dah mula reda daripada serangan virus Afrika.

Paling rumit tanam pokok pisang tanduk. Pernah gak tanam pokok Pisang Berangan keliling pagar SMK Kayu Ara Pasong dan d Rezab JPS.

Tak pasti katanya buah pisang makanan d syurga nanti.

bong berkata...

Bag, blog aku suci dan bersih.Aku jadikan himpunan hadis dan kata2 pujanga.Tapi kalau kau nak komen boleh je.

bong berkata...

Wak Mim, kalau ikut kat doktor sesiapa yg berpenyakit kencing manis jangan makan pisang banyak sebab pisang mengandungi kandungan gula yg lebih, itu kat doktor (kawan aku) bukan kata aku tau.Apa pun kalau kita tengok Grand Slam Open pemain tenis akan makan sedikit pisang masa berehat.

bong berkata...

Abang Asri, memang betul tanam pisang tanduk memang susah hidup, satu lagi yg aku perasan tanam pisang ambon mcm tu juga.Apa pun yang senang hidup dan membiak ialah pisang kapas.
Kang, kau pernah tak makan bahagian lembut dlm batang pisang.Aku pernah, ada orang masak kari dengan daging lembu dan ada yang masak goreng berlada, sedap bang oiii rasa macam kita makan sulor keladi.