Ahad, 21 Disember 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku suka tengok wayang cina. Aku kumpul filem Wong Kar Wai dan Chen Kaige sejak lebih 10 tahun. Aku minat hasil kerja mereka kerana kehalusan seni wayang dan kehebatan lakunan para pelakunnya yang sering menampilkan antara lain Tony Leung, Maggie Cheung, Zhang Yiyi, Gong Li dan mendiang Leslie Leung. Malah balik-balik, orang ini juga yang sering ada dalam filem mereka. Namun nikmat aku menonton wayang cina selalu terkecewa oleh hambatan bahasa. Sedia maklum, kebergantungan kepada sarikata bererti ternyahlah unsur-unsur puitis dialognya. Apa nak buat, aku segan belajar bahasa cina dulu.

Satu hari aku terpegun oleh sarikata, aku dapat kamu cun dan mengancam. Aku ulang balik untuk melihat sarikata inggerisnya. Tertulis, I find you pretty and attractive. Apa sudah jadi dengan Bahasa Melayu kita? Adakah aku yang ketinggalan dengan kemajuan Bahasa Melayu sekarang yang sudah menjadi Bahasa Malaysia dan masih degil enggan menerima hakikat kemajuan bahasa kita, jiwa kita. Bahasa Melayu jiwa melayu, Bahasa Malaysia jiwa Malaysia. Orang Malaysia kini cacamarba bahasa dan jiwanya pun serupa, begitu? Bagaimana dengan aku, orang Malaysia mengaku jawa tak tahu cakap jawa minat tonton wayang cina.

Aku tepuk dada tanya nak makan apa.

3 ulasan:

kembara kelana berkata...

ogy
masalah bahasa melayu sekarang ni memang menjadi masalah besar, DBP hilang taring untuk menguatkuasakan akta bahasa, kerana tiada kuasa yang diperuntukan kepadanya. pendukung bahasa tidak diberi tempat untuk memainkan peranannya. penggubal undang undang bergelumang dengan kemelut isu dan lobi melobi kuasa hingga hilang halatuju. guru di sekolah yang menjadi agen perubahaan ini diheret kesana sini hingga memeningkan kepala, kejab Bahasa Melayu, pastu tukar Bahasa Malaysia, kemudian ada PPSMI pulak, guru BI diberikan elaun, guru BM tak ada elaun..istilah jadi begitu dinamik, slanga kutu, slanga rempit, ejaan sms ejaan DBP, ejaan pasar, akhirnya bahasa rojak mendapat tempat pulak. kau tau tak makna OTAI..ini mana ada dalama bahasa kita , bahasa ini di uar-uarkan dalam Raja Lawak..dan semua pakai..bahasa ni bahasa kutu dan mat rempit..maknanya Old Timer. Paklah pulak gunakan Guru Super..mana ada ni, Tok Jib buat pulak Glokal...semua nak cipta istilah sendiri..istilah cun melecun, tangkap lentok, tangkap sedih..bahasa kutu dipopularkan oleh mama juwie..sibapok. dapat tempat dalam paper..dah..orang macam ni dapat tenpat..dibaca secara menyeluruh satu malaysia, sikit sana sikit sini..lama lama jadi bukit sana bukit sini..akhirnya..karangan murid pun jadi cacamarba... selagi tiada jiwa bangsa dalam bahasa, janganlah lagi kita menyebut bahasa jiwa bangsa..slogan itu kini jadi slogan sahaja. [ eh? beleter pulak...hahahaha]

fati berkata...

Aku dalam bab bahasa ni, kalau aku cakap, org kata aku pembangkang. Aku yg dulu ngajar math dan sains, terang kat budak2 dalam bahasa melayu pun depa lambat nak faham, ni pulak dalam bahasa inggeris. Dah lah cikgu yg ngajar tu tak cekap bah. Ing (macam akulah), nak terangkan dlm bahasa ing, bukan budak makin faham, makin keliru adalah. Tapi sapalah kita , org tak dengar pendapat kita ni. Yang pakar bahasa pun ( konon pejuang bahasa) bila bercakap pun tak guna bahasa melayu (takut jatuh standard). Nak salahkan sapa tu?

sha'ri berkata...

Aku setuju sangat dengan pandangan dan komen "you all", dan saya agak marah dan kadang-kala naik angin bila pandangan ahli profesional/pakar bahasa/ ilmuan dan akademik di ketepikan dalam membuat keputusan bahasa ini. [saya english stream tapi saya bangga berbahasa melayu bagi forum/majlis formal yg guna bahasa melayu] Saya kira satu hari nanti orang melayu tak akan cakap melayu dan apa lagi bangsa lain yang berpuluh tahun duduk di negara ini yang masih tidak mengerti bahasa melayu. Walau apa pun, kita buat lah apa yang kita mampu dalam 'cakerawala' kita masing-masing memperjuangkan perkara asas membina tamadun bangsa kita.